Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Malaysia ni memang terkenal dengan aneka jenis makanan.

Di samping penduduk negara kita ni berbilang kaum, pendatang asing juga ramai gila.

Jadinya variety makanan tuh memang la terlalu banyak sampai ada makanan yang den tidak pernah tau kewujudannya.

 

Disebabkan Malaysia ada terlalu banyak spesies makanan.

Ditambah pula dengan makanan viral.

Makanya rakyat Malaysia juga termasuk di dalam kategori bermasalah daripada segi obesiti, kencing manis dan kolesterol.

Jadinya moh la kita berusaha berpada-pada makan supaya kita tetap kekal sihat.

 

Den memang suka makan daripada kecil.

Arwah abah cakap den ni daripada kecil senang banget untuk dipesoh.

Bagi je makanan dan pasangkan televisyen.

Selesai duduk terjelepok elok je macam tuh katanya hehehehe.

2 perangai ni lekat sampai sekarang hehehhehe.

 

Kali ini den akan cerita tentang 12 makanan pilihan den untuk tahun 2023.

Susah sebenarnya hendak buat pilihan sebab hampir semua makan sedap untuk tekak den hehehhee.

 

1. Apom atau Apam Lenggang, Pasar Pagi Sementara Seberang Jaya

Ini memang tak boleh buat apa sebab dia kira my bias la.

Den suka makan apom sejak kecil lagi masa arwah mak ada circa 80an.

Dekat Lembah Klang den cari merata apom ni sampai ke Bangsar bagai.

 

Den pernah makan apom Parit Buntar, Georgetown, Bangsar, etc.

Apom di kedai-kedai mamak sekitar Lembah Klang juga den pernah makan.

 

Tapi untuk tekak den, apam lenggang terbaik adalah di Pasar Pagi Sementara Seberang Jaya.

Garing, ringan dan ada rasa.

Sekali hadap den boleh makan 10 keping.

Rasanya apom ini akan jadi antara makanan favourite den sampai bila-bila.

 

2. Lempeng

Udah tua macam ini la.

Suka makanan tradisional begitu.

Tahun 2023 ni merupakan tahun den cuba makan lempeng di merata-rata kedai.

Lempeng pisang, kelapa, biasa, etc semua den makan.

Kebetulan makan di Rumah Kueh sambil baca buku Kuih

Kesimpulannya den suka semua lempeng yang den cuba hehehehehe.

 

3. Puri

Ini pun antara makanan yang den cuba makan di sana sini apabila ada peluang pada tahun ini.

Den paling suka puri di restoran mamak di Seksyen 3 Shah Alam.

Puri ni nak kena ringan teksturnya baru sedap.

Lepas tuh kuih kentangnya kena pekat memikat dan ada kentang yang tidak begitu hancur.

Kalau tebal sangat roti purinya, rasanya cepat muak.

 

4. Kuih Sepit Langkawi

Kuih sepit yang paling sedap den pernah makan adalah kuih sepit yang arwah abah buat.

Arwah abah selalu buat kuih sepit dan bawa balik ke Port Dickson semasa hari raya.

Den selalu pesan dekat arwah abah supaya simpan 2 balang untuk den.

Ringan, rangup dan cukup rasa ini kuih sepit abah.

Den tidak sangka langsung terjumpa kuih sepit yang lebih kurang rasa dan tekstur macam abah buat di Pusat Kratangan Langkawi semasa kursus pada Februari lepas.

Cumanya ia tidak boleh dipos sebab fragile.

Macam akan tinggal serdak bila sampai ke tangan den begitu.

 

Maka haruskah den ke Langkawi bila craving hendak makan kuih sepit sedap?

Ke kome tahu ada kuih sepit yang sebegini dekat Lembah Klang ni?

 

5. Sambal Bilis Pucuk Ubi Garing Langkawi

Ini adalah salah satu makanan awesome untuk tekak den yang dijumpai di Pusat Kraftangan Langkawi.

Sebelah menyebelah je gerainya dengan kuih sepit.

Ratah sahaja pun sedap.

Makan dengan nasi, bubur, maggi, etc pun ngam.

Rasanya tahun ini den udah pesan 5,6 kali daripada peniaga.

Molek elok sampai dengan pos.

Kawan-kawan den yang den bagi sebekas dua sambal garing ni pun kata kena dengan tekak deme.

Kalau kome nak rasa boleh pesan pada nombor yang terdapat pada bekas tuh ye.

Ini macam udah kena pesan lagi sebab hendak makan semasa Ramadhan nanti lagi-lagi waktu sahur.  

 

6. Croissant Gebu Gebas di Kaffe Kop, SACC Mall

Rasanya den udah bawa beberapa orang kawan den dan saudara makan di sini.

Den memang akan pesan croissant dia.

Dia akan ambil masa 30 minit untuk croissant ni siap.

Kata pemiliknya boleh aje whatsapp dulu cakap nak tempah croissant.

Jadinya tidak perlu tunggu lama bila sampai di café nanti.

Untuk tekak den, ini croissant yang paling den berkenan dalam hidup den setakat ini.

Gebu gebas serta rangup di luar dan lembut di dalam.

Boleh baca di sini tentang croissant ni ye.

https://www.dinohauz.com/2023/08/kedai-kopi-menarik-shah-alam-kaffe-kop.html

 

7. Cencaru Sumbat Petaling Jaya

Ini cencaru sumbat legend namanya.

Diperkenalkan oleh seorang sunbae di ofis.

Kalau ada site visit atau mesyuarat yang boleh singgah ke sini, in sya Allah akan makan tengahari di sini.

Walaupun kena beratur panjang dan tunggu lama tetap ramai ye pengunjung warung tepi jalan ini.

Den rasa yang buat cencaru sumbat di sini menjadi pujaan ramai adalah kita makan dia masa panas berasap lagi.

Memang berpeluh-peluh makan di sini.

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/PwiAVLuVku3kyyQC6


8. Cakar Ayam Ipoh

Makanan zaman den sekolah rendah circa pertengahan 80an jarang den pada makanan sekarang.

Antaranya adalah mee goreng, cucur udang, cakar ayam, kerepek ubi pedas dan sagu.

Tahun ini den terjumpa satu kedai yang menjual cakar ayam yang sama rasa macam cakar ayam den makan di sekolah rendah.

Rangup, sedang elok manisnya dan tidak hapak.

Den siap pergi ke kedainya di Ipoh heheheheehhe.

Rasanya setakat ini den udah beli 3,4 balang cakar ayam ni.

Tiada pula gambarnya ye.

 

9. Scones

Tidak pasti kenapa tiba-tiba tekaknya ala-ala British begitu.

Kalau di Shah Alam ni, den pernah makan scones di Zalyn Oven (café warna pink di Seksyen 3), Teapot Deli di SACC Mall dan Campus Bean di UiTM Shah Alam.

Masa kursus 2 hari 1 malam di Cameron Highlands November lepas, sempat la den rasa scones di pelbagai café.

Abang Strawberi, KHM Strawberies & Jam, Ayahman Strawberi dan Bharat Tea Plantation.

Tidak sempat hendak rasa scones di Opah Strawberry je sebab kedai di sini 6 pm udah tutup.

Den rasa untuk tekak den scones di KHM Strawberies & Jam paling sedap.

Tapi scones di Bharat Tea Plantation datang dengan pemandangan menghijau ladang teh.

Ala-ala enjoying the scones with a view begitu.        

 

Awal November den sempat beli Scone Yatiey Cameron Highland di satu pameran keusahawanan di Kuala Lumpur.

Lebih kurang je rasa scones ni sebenarnya tapi den suka tak tau kenapa hehhehhee.

 

10. Peria Goreng

Walaupun peria goreng ini sudah lama ada di pasaran tetapi baru akhir tahun ini baru den boleh terima rasa pahitnya itu.

Den bila udah berkenan dengan satu-satu makanan tuh dia akan jadi macam mengidam.

Asal jumpa beli begitu konsepnya.

Setakat ini den berkenan dengan peria goreng yang beli seusai habis mesyuarat di Kuala Selangor.

Lupa langsung hendak ambil nombor telefon penjualnya.

 

11. Mochi di Nara, Jepun

Ini memang tidak boleh hendak cakap apa.

Menyesal beli hanya 6 ketul semasa pergi ke Nara tuh.

Lembut dan padat dengan isi kacang merah.

Kena menabung tidak tahu berapa tahun lagi kalau hendak makan mochi ini.

Ke sesiapa tahu ada mochi seumpama ini dijual di Malaysia?

 

12. Wagyu di Panga Yakiniku, Osaka

Pertama kali dalam hidup den berpeluang merasa daging wagyu.

Patut la mahal ye sebab memang berbeza sungguh kesedapannya.

Definasi cair dalam mulut.

Padahal bakar atas gril je pun.

Idok sempat ambil selepas bakar wagyu nya sebab teruih masuk mulut gitu

In sya Allah wagyu ni ada di beberapa restoran di Malaysia ni.

Cuma perlu menabung juga la sebab harga wagyu yang biasa-biasa pun seolah-olah bisa membeli tiket kapal terbang ke Langkawi begitu.

Kalau diikutkan den yang kaki makan dan hampir semua makanan sedap di tekak den, memang la senarai ni boleh jadi 120 makanan sedap di tahun 2023.


0 Comments