Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Apa khabar semua?

Harapnya semua sihat dan bersemangat juang untuk menjalani kehidupan yang sememangnya keras.

Anak-anak sedang bergembira sekarang ini sebab mereka telah bercuti selama 2 minggu sejak esok 16 Disember 2023.

Di kala statistic Covid19 semakin meningkat setiap hari, ada di antara kita mengambil langkah berjaga-jaga mengurangkan aktiviti di luar.

Walaupun kebanyakan kita telah divaksin, kita berwaspada setakat yang mampu ye.

Disebabkan den mengurangkan aktiviti di luar, den senaraikan beberapa aktiviti di dalam rumah agar masa anak-anak terisi.

Aktiviti yang den cadangkan ini tidak melibatkan penggunaan gajet yang biasanya kiddos guna untuk main game.

Jom kita tengok aktiviti apa yang kita boleh buat bersama anak-anak dengan belanja minima.

Ini versi aktiviti tidak perlu keluar dari rumah ye.

 

1. Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)

Ini antara salah satu aktiviti yang den suka buat dengan budak-budak sebab happening.

Kebiasaannya den pilih puzzle yang mereka suka macam dinosaur, mineral, planet, peta dunia dan sebagainya.

Dramatik naw sorang ni siap pakai head lamp buat puzzle hehehe

500 keping sedang elok sebenarnya untuk anak-anak supaya mereka boleh fokus dan menikmati proses tersebut.

1000 keping agak mencabar sebab anak-anak mungkin akan terbosan kerana akan ambil masa yang lebih lama dan lebih kompleks begitu.

Pilih puzzle yang memberikan maklumat supaya sambil mencantumkan kepingan puzzle, kita boleh belajar sekali.

Masa: Setengah hari hingga 2 hari bergantung kepada kroniknya setiap puzzle tersebut.

Kelebihan:

1. Belajar pelbagai maklumat baru seperti jenis batuan dan mineral, dinosaur, negara di dunia, etc.

2. Aktiviti santai boleh meniarap bagai bila buat puzzle ni.

3. Boleh buat pada bila-bila masa siang atau malam.

Kos:

Ada 1 set jigsaw puzzle di Shopee berharga RM10-RM30

 

2. Boardgames dan Kad - Shahiba, Saidina, Catur, Dam Ular, Uno dan sebagainya

Boardgames ni ada banyak spesies jadinya pilih mana yang berkenan di hati ye.

Dam ular dan dam haji kualiti yang cikai boleh dapat dalam RM2.50 je di kedai jual biskut timbang.

Boardgames yang lebih berkualiti agak mahal sedikit tetapi berbaloi beli.

Boleh digunakan berulang kali sehingga lunyai.

 

Shahiba

Si A tuh cengkelat betul kalau main Shahiba.

Suka suki dia je campur perkataan Bahasa Melayu dan English.

Kadang-kadang perkataan yang tidak wujud pun dia taram je huhuhuhu.

Belum kira dia cilok abjad kita kalau kita tak perasan.

Best kalau kita kira markah.

Saja suka-suka.

Saidina

Boleh kecil hati tau bila anak den berjaya beli rumah dan hotel lalu den kena bayar ribu riban dengan dia bila terberhenti di kawasan itu huhuhuhuhu.

Lagi sedih kalau asyik dapat kad ‘langsung masuk penjara, bayar denda RM500’ macam tuh.

Salah percaturan bisa bangkrup ye.

Bukan sahaja dalam kehidupan di alam nyata udah keterhutangan serius.

Main Saidina pun asyik kantoi aje pengurusan kewangannya huhuhuhu.


Catur

Ini permainan yang sampai sekarang den tak faham walaupun telah diajar berkali-kali oleh anak den F.

Kiddos selalu main dengan papa depa catur ni.

Den kalau main memang kalah sakan sebab tak boleh hadam pergerakan king, queen, knight, etc.

Sama macam main kad Uno.

Tak faham den macam mana mainnya.

Kalah sokmo.

 

Masa: 1 - 2 jam.

Kelebihan:

1. Boleh belajar tentang perkataan (Shahiba), pengurusan kewangan (Saidina), strategi dan cara bertahan hidup (catur), etc.

2. Aktiviti santai boleh meniarap bagai.

3. Boleh buat pada bila-bila masa siang atau malam.

Kos:

1. Bergantung kepada jenis boardgames nya RM10 - RM50.

2. Perlu keluarkan kos sekali sahaja untuk beli boadgames nya.

Boleh digunakan berulang kali sehingga lunyai.

 

3. Baking dan Memasak

Tidak semestinya melibatkan baking atau memasak makanan yang complicated.

Masakan yang ringkas pun bisa sahaja.

Kalau hendak masak cucur kodok pisang, kita boleh minta kiddos kupas kulit pisang, penyekkan pisang, masukkan tepung, gula, etc.

Ini pun sebenarnya udah buat deme gembira.

 

Kadang-kadang den buat butter sugar cookies dengan kiddos.

Ini memang panjang proses dia tapi in sya Allah berbaloi.

Boleh tengok sini untuk langkahnya ye

https://www.dinohauz.com/2023/04/resepi-butter-sugar-cookies-dinosaur.html

F biasanya akan pilih acuan dinosaurs.

A akan pilih superheroes.

Kena berlapang dada ye bila deme hias cookies dengan royal sugar icing sebab memang berterabur hehehhehhee.

Kita raikan sahaja deme begitu konsepnya.

Nih kalau deme yang hiasnya

Ini kaloden yang buat

Boleh je ganti dengan baking cookies spesies lain yang lebih ringkas dan murah kosnya.

 

Boleh juga ganti cookies dengan puding, kek, lempeng, bengkang, etc yang mana sesuai untuk kita buat bersama anak-anak.

Tujuan utama adalah aktiviti bersama anak-anak.

Apa jenis masakan pun tidak kisah sebenarnya.

 

Masa: 3 -5 jam bergantung kepada jenis masakan.

Kalau cucur kodok pisang dalam 1 jam udah selesai.

Kelebihan:

1. Boleh belajar tentang jenis bahan, sukatan, pengurusan masa, etc.

Kos:

1. Cucur kodok pisang boleh dapat bawah RM20.

2. Butter sugar cookies agak keras kosnya.

 

4. Melukis

Ini antara aktiviti yang kiddos suka.

Kalau F kebiasaannya memang akan lukis dinosaurs dan hidupan laut.

A selalunya lukis robot.

Ini lukisan A 2 minggu lepas

Masa: 1 - 2 jam bergantung kepada kekronikan sesuatu lukisan.

Kelebihan:

1. Melatih otak kreatif untuk imaginasi.

Kos:

1. Kertas A4 atau kertas lukisan RM7 - RM15.

Den lebih suka kertas A4 sebab 1 bungkus kertas A4 ada yang 400 keping.

Maka la kome sampai lebam begitu konsepnya.

2. Pen berwarna warni atau pensel warna.

Bergantung kepada spesies dan bilangannya RM5 - RM30.

 

5. Buat Aiskrim Sendiri

Aktiviti ni pun seronok sebenarnya.

Simple yet fun konsepnya begitu.

Kiddos boleh pilih jenis perasa apa depa hendak buat aiskrim tuh.

Kalau malas, den bancuh air sirap, air ribena atau air oren je.

Kalau rajin, den potong buah epal, anggur atau pear kecil-kecil.

Masukkan dalam bancuhan air sirap, laici, etc.

Lepas tuh masukkan dalam bekas aiskrim.

Masukkan dalam freezer dalam 2 jam udah boleh makan aiskrimnya.

Ini memang awesome kalau kita buat semasa cuaca panas lit-lit.

Masa: 15 minit penyediaan bancuhan aiskrim untuk dimasukkan dalam bekas aiskrim.

2 jam untuk aiskrim sejuk.

Kelebihan:

1. Budak-budak gembira dapat buat aiskrim sendiri.

2. Aktiviti santai tetapi menarik.

Kos:

1. Bekas aiskrim di Mr DIY RM5 - RM10.

2. Kordial dan buah RM5.

 

6. Basuh Kereta dan Main Air

Ha ini aktiviti yang memang budak-budak sangat suka.

Basuh keretanya sedikit tapi main air yang sakan sungguh sampai kecut-kecut jari tangan dan kaki.

Sampai kena suruh berhenti main la baru deme masuk rumah.

Molek dibuat dalam cuaca panas.

Masa: 1 - 2 jam.

Basuh keretanya mungkin 15 - 30 minit je tapi main air tuh yang meriah.

Kelebihan:

1. Kereta bersih.

2. Aktiviti santai tetapi sangat membahagiakan budak-budak.

Kos:

1. Bil air mungkin meningkat hehhhehe.

2. Mungkin juga ada flora yang terkorban.

 

7. Menonton Semua Movie Kartun

Disebabkan den sampai sekarang suka cerita kartun, makanya ini aktiviti yang den memang boleh buat bersungguh-sungguh dengan kiddos.

Aktiviti santai yang mungkin mengundang peningkatan sodium dalam badan sebab kebiasaannya akan disertai dengan makan jajan dan biskut.

Cerita kartun atau animasi sememangnya banyak ada input positif dan nilai murni.

Kadang-kadang den yang tua ni lagi touching berbanding budak-budak ni hehehehe.

 

Masa: 2 jam.

Yang lamanya adalah hendak tunggu budak-budak ni setuju movie mana yang deme nak tengok hehehehehe.

Kelebihan:

1. Perbincangan dengan budak-budak tentang jalan cerita movie.

2. Aktiviti santai siap boleh duduk dalam selimut kalau cuaca sejuk.

Cozy sangat ni.

Kos:

1. Jajan dan biskut RM10 - RM15.

 

8. Binaan Lego

Ini aktiviti favourite A.

Memang kesukaan dia sampai sekarang.

Kadang-kadang surprise bila tengok dia yang selalu tidak sabar dalam kebanyakan perkara boleh sabar banget menyiapkan kapal, robot, etc dengan lego ni.

F lebih suka binaan lego membentuk dinosaurs.

Paleontologist seorang ini walaupun sudah 13 tahun tetapi tetap obsess dengan dinosaurs.

Masa: 1 - 2 jam.

Bergantung kepada kekronikan sesuatu binaan.

Disebabkan den hanya beli lego yang biasa dan kecil selalunya 1 jam udah siap.

Kelebihan:

1. Belajar bersabar sebab setiap binaan perlu teliti.

2. Meningkatkan kreativiti.

Kos:

1. RM10 - RM30.

Lego yang banyak pieces, kronik binaannya dan cantik memang mahalnya boleh macam hendak bayar pinjaman kenderaan begitu.

Ini den belum mampu lagi.

Jadinya den beli je lego yang biasa-biasa di Mr DIY, Daiso macam tuh je.

Biasa syarat den lego di bawah RM10 setiap kali pembelian begitu.

 

9. Membaca

Ini aktiviti yang banyak manfaat tapi anak-anak den kurang minat hendak buat huhuhuhuhu.

Jarang dapat buat tetapi kalau berjaya buat memang awesome.

F lebih suka baca komik.

A kebiasaannya baca buku bergambar macam simple coffee table book.

Budak ni komen buku mama ni boring takde gambar katanya

Den suka aktiviti ni sebab kami boleh duduk rapat-rapat di atas tilam sambil membaca.

Lepas tuh kami akan bincangkan watak-watak dalam komik dan buku yang deme baca.

Biasa kena jawab soalan maksud sesetengah perkataan.

Jargon perkataan dalam Bahasa Melayu sekarang nib oleh tahan sukarnya sampai kadang-kadang den terpaksa google jawapannya.

 

Masa: 30 minit - 1 jam.

Biasanya tidak lama sebab budak-budak ni cepat bosan huhuhuhu.

Kelebihan:

1. Membaca jambatan ilmu.

2. Membantu kiddos belajar maksud perkataan dan ayat.

Penting untuk deme dalam membuat karangan kelak.

Kos:

1. Buku RM10 - RM30.

Macam den memang udah ada koleksi buku, majalah dan komik makanya kami baca apa yang ada je dekat rumah.

 

10. Lawan Pedang, Superheroes, Robot Bagai

Ini budak-budak suka sangat aktivitinya.

Berlawan guna pedang bagai.

Den yang tidak lalunya sebab kena jadi orang jahat.

Sekejap jadi Mumbra.

Sekejap jadi Darth Vader.

Sekejap jadi TRex.

Nampak macam simple aje aktivitinya sebab berlawan je pun kan.

Tapi mengundang peningkatan adrenalin sebab kena berlari bagai untuk mempertahankan diri.

Kalau nasib tidak baik jari, kepala bagai akan terketuk dengan pedang tuh semua.

Kalau kena hujung-hujung jari tuh bisa tau huhuhuhu.

 

Masa: 1 jam.

Ini paling maksima untuk den sebab sakit dowh kalau deme terpukul den.

Kelebihan:

1. Secara tidak langsung terbersenam.

2. Semua akan buat suara garau bagai sebab menghayati watak bagai hehehee.

Kos:

1. Guna aje permainan apa sedia ada.

 

11. Senaraikan Bucketlist atau Wishlist

Ini den baru je cuba buat dengan kiddos.

Menarik sebab ada senarai deme tuh den tidak terjangka.

Kadang-kadang kita tak sangka kita kiddos ada rasa atau hajat tertentu.

Udah penghujung 2023, boleh minta kiddos buat 10 perkara yang depa bersyukur untuk tahun 2023 dan 10 perkara yang depa harap dapat buat pada 2024.

Simple yet very intriguing.

Senarai F macam mudah hendak dilaksanakan kecuali yang last tuh perlu usaha gigih
List A agak deep sebab lebih subjektif dan jauh ke hadapan sampai dapat keroje hehehehe

Masa: 30 minit - 1 jam.

Biasanya si A lama nak siapkan wishlist dia sebab dia ala-ala deep thinker gitu hehehehehe.

Kelebihan:

1. Mengajar anak-anak berfikir.

2. Kadang kala kita akan terjumpa dengan aktiviti atau harapan mereka yang kita tidak jangka.

Kos:

1. Pen dan kertas sedia ada.

 

Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti indoor yang boleh dicuba dengan anak-anak.

Boleh pertimbangkan juga aktiviti:

1. kerja seni DIY crafts (lipat origami - ini den pun tak reti buat hehehehe, mewarna guna water colours, decoupages, and collages, penanda buku, etc). Banyak barang murah boleh dapat di kedai Eco, Mr DIY, Shopee, etc;

2. menyanyi (den kenal kumpulan Imagine Dragons daripada anak-anak den bila kitaorang buat aktiviti sings your heart out);

3. menari (ini den gagal teruk sebab badan dipenuhi dengan lemak tepu huhuhuhu);

4. hide and seek (ini kalau rumah besar memang best. Kalau rumah sekangkang kera macam den sekejap je ha kantoi hhhehehehe).

Meman gada macam-macam aktiviti buat buat dengan kiddos di rumah terutamanya DIY crafts.

 

Kuncinya kita rajin ke idok dan samada kiddos hendak beri kerjasama.

Jadinya moh la kita buat aktiviti dengan kiddos sementara mereka belum lagi masuk fasa remaja di mana mereka hanya hendak memerap dalam bilik nak main games sambil meminimakan komunikasi dengan kita.

Moh create memories with kiddos.

Jom.

 

2 Comments

  1. Banyak2 aktiviti ni, anak buah Cuya cuma pernah melukis je. Cuya bagi dia conteng kertas dgn Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga aktiviti melukis. Mempertajamkan kreativiti kanak-kanak

      Delete