Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Diharap semuanya sihat walafiat dan tetap bersemangat untuk bertahan hidup.

Walaupun ada pepatah kata is best to live rather than surviving tapi kalau udah idok bertahan hidup, mana mahunya hendak hidup iya tak?

Mula-mula kita bertahan hidup.

Lepas itu baru kita live life to the fullest ye.

Enggak apa-apa kalau ambil masa yang panjang sedikit sebab pace kita masing-masing tidak sama ye.

 

Okay tentang tempat menarik di Ipoh yang semakin viral sejak akhir-akhir ini iaitu Tasik Cermin.

Tasik Cermin ni termasuk dalam Geopark Lembah Kinta ye.

In sya Allah den akan kongsikan lebih banyak gambar di dalam coretan akan datang cumanya di dalam post ini den hendak maklumkan bahawa korang kena pergi sekali harung ke empat tempat Tasik Cermin 1 (Mirror Lake) - Tasik Cermin 2 (Hidden World) - Snake Mouth Cave - Kin Loong Valley kalau korang ke Tasik Cermin sebab ianya berdekatan.

 

Tasik Cermin dan Kin Loong Valley nih lokasinya berdekatan, makanya kira kome tapau sekali harung je la bila datang ke sini ye.

In sya Allah memang berbaloi banget sebab kome akan dikelilingi dengan tasik, batuan kapur dan pokok hutan.

Kita satu kali kita meletakkan kenderaan, kita berjalan ke empat-empat tempat ini sekaligus ye.

Tasik Cermin

Terdapat 17 aktiviti atau tarikan di Tasik Cermin sebenarnya.

Semasa den pergi ke sini Ogos 2023, hanya 8 tarikan yang dibuka kepada orang ramai iaitu:

Tasik Cermin 1 (Mirror Lake)

Mirror Lake Tunnel

Mirror Lake Mini Jetty

Tasik Cermin 2 (Hidden World)

Hidden World Tunnel

Tasik Cermin 2 Jetty

Monkey Swing

Snake Mouth Cave

 

Den pergi kesemua tempat kecuali Monkey Swing.

Tak perasan pun ada Monkey Swing masa tu huhuhuhuhuhu.

Tiga kafe yang ada dalam perancangan pun belum beroperasi.

Antara aktiviti yang belum beroperasi

Memang perlu habiskan setengah hari di sini.

Itu pun bagi mereka yang bergambar ala kadar dan minum kopi sekadar minum kopi macam den nih ha.

Kalau kome sejenis berOOTD sakan di sana sini dan minum kopi sambil menghayati pemandangan dengan jayanya, makanya memang lebih masa diperlukan di sini.

 

Mohon pakai baju yang bersesuaian ye lagi-lagi kalau kome hendak naik bot untuk menyusuri tasik di Tasik Cermin 1 dan 2.

Macam den dan sepupu den sebab tidak rancang ke sini, sakan la berbaju kurung begitu.

Langsung sopan banget jadinya huhuhuhu.

 

Tasik Cermin 1 (Mirror Lake)

Tasik Cermin 1 ni ada 3 komponen - laluan terowong, jeti dan menyusuri tasik atau Tasik Cermin 1 (Mirror Lake), Mirror Lake Tunnel dan Mirror Lake Mini Jetty.

1 tiket - laluan terowong dan jeti (Mirror Lake Tunnel dan Mirror Lake Mini Jetty).

Korang akan berjalan melalui terowong yang membawa kepada Mirror Lake.

Di sini kome boleh bergambar sakan di sekitar tepi tasik dan jeti comel yang ada di sini.

Untuk menyusuri Mirror Lake, kome kena beli tiket lain.

Den tidak menyusuri Tasik Cermin 1 kerana hujan gerimis, Tasik Cermin 1 lebih kecil berbanding Tasik Cermin 2 dan rasa macam mahal kena bayar lagi tiket huhuhuhuhu.

 

Snake Mouth Cave

Snake Mouth Cave ni terletak di antara Tasik Cermin 1 dan 2.

Ianya comel banget.

Tidak sampai 10 minit udah abis explore.

Ini untuk orang yang bergambar sekupang cuma ye.

Tiada bayaran apa masuk ke sini sebab comel nak mati pun guanya hehehehhe.


Tiada ular dijumpai masa kami merayap di sini.

Dinamakan sebagai Snake Mouth Cave sebab dikatakan mulut gua ni macam mulut ular.

Disebabkan mata den memang kero, den tidak bentuk begitu huhuhu.

 

Tasik Cermin 2 (Hidden World)

Ini satu tiket dapat pergi ke 3 tempat iaitu Tasik Cermin 2 (Hidden World), Hidden World Tunnel dan Tasik Cermin 2 Jetty.

Kalau kome ada bajet yang terhad dan hendak pilih satu tasik je untuk disusuri, sila pilih sebab ianya lebih besar dan bot akan melalui terowong bawah gua.

Dalam 30 minit juga kita menyusuri tasik ini sambil diberi penerangan oleh staff yang bersama-sama naik bot dengan kita.

Ada satu spot untuk ambil gambar adik tuh kata akan nampak bentuk apa ye dah lupa hahahahaha.

Begitu lah kalau lama baru nak dicoretkan di blog ye.

Semua info lupa habis.

Tapi dia kata gambar tuh akan jadi kalau guna iPhone je huhuhuhu.

Disebabkan den dan sepupu den dua-dua orang guna android, makanya tidak dapat la gambar yang diperkatakan itu.

Tasik Cermin 2 (Hidden World) ni terletak sebelah Kafe Lake View yang belum beroperasi.

Di sini ada kemudahan tandas dan surau ye.

Kami sempat solat di suraunya.

Alhamdulillah selesa.

 

Waktu Operasi Tasik Cermin 1 (Mirror Lake) - Tasik Cermin 2 (Hidden World) - Snake Mouth Cave

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (9 pagi - 6 petang)

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/KvLV2ry2ihWZbeqr9

 

Kin Loong Valley

Walaupun bukan bawah spesies yang sama dengan Tasik Cermin, sila singgah sekali ke sini sebab sepelaung je lokasinya.

Bisa berjalan kaki ke sini dari mana-mana lokasi di Tasik Cermin.

Sini pun cantik bergambar sebab gugusan batuan kapur itu bagi latarbelakang yang molek.

Setakat ni masuk ke kawasan ini percuma.

Café tuh tempat yang sebenarnya highlight di sini.

Tetapi disebabkan kami kesuntukan masa, jenguk ambil gambar sekupang pun idok di café nya huhuhuhu.

So den tak tau apa menunya di sini.

In sya Allah kena la den singgah lagi gamaknya ye.

 

Jadinya selamat berjalan-jalan di Tasik Cermin dan Kin Loong Valley ye.

Kalau rajin esok lusa tulat den kongsikan lebih banyak gambar ye.

In sya Allah.

4 Comments

  1. Seriuss la dah lain bangat tasik cermin ni. dulu dtg free dan scary jer sebelum sampai tasik cermin tu ikut gua buatan tu huhuu.. kene repeat ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sekarang macam-macam ado. Sediakan aje duitnya begitu😅

      Delete
  2. tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pencinta alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk santai bersama keluarga dan kawan-kawan

      Delete