Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya den tidak perlu memperkenalkan lagi restoran dimsum di Ipoh iaitu Canning Dimsum kerana kebiasaannya restoran ini akan termasuk di dalam salah satu tempat makan yang dicadangkan oleh ramai orang untuk dicuba di Ipoh.

Ada beberapa restoran dimsum di Ipoh yang ramai orang cadangkan untuk kita cuba apabila kita ke Ipoh sebenarnya.

Ini masa den datang masa restoran baru buka pintu 7.30 pagi

Den telah datang makan ke Canning Dimsum ini sebanyak 3 kali setakat ini.


Empat sebab kenapa Canning Dimsum ni awesome untuk den adalah:

Pelbagai pilihan dimsum dan makanan seangkatan dengannya

Cukup rempah dan perisa makanannya

Persekitaran restoran yang tenang dan welcoming

Tempat untuk OOTD

 

1. Ada pelbagai pilihan dimsum dan makanan yang berhubungan dengannya macam ketiaw goreng, tauhu dan lain-lain.

Memang ada aneka dimsum di sini daripada inti udang, ayam, ketam, daging, itik, sayur, etc.

Dianya macam you name it, we have it here begitu.

Terpulang atas kapasiti perut dan juga dompet kita sebab harganya agak keras sedikit hehehehhe.

Eh tapi ada ke dimsum yang harga tidak begitu keras kan?


2. Cukup rempah dan perisa. Sedang elok dekat tekak den.

Untuk den semua dimsum dan makanan yang ada di sini mempunyai perisa dan rasa yang tersendiri.

Disebabkan den ini adalah seorang yang tidak begitu cerewet bab makan, sedap aje la semua makanan di sini heheehhehe.

Rasa sedap makanan dekat tekak setiap orang berbeza sebab setiap orang mempunyai citarasa dan deria rasa yang berbeza.

Jadinya kome kena cuba sendiri makanan di Canning Dimsum ye.

 

3. Persekitaran restoran yang tenang dan welcoming

Bagi orang berumur macam den nih ha, den mendambakan suasana yang tenang apabila menjamu selera.

Lagi-lagi kalau harga makanan di restoran tersebut agak bisa bikin dompetnya terpleot.

Udah tua ni daya untuk mengunyah dan menelan makanan pun semakin berkurangan.

Jadinya kalau suasana restoran agak gegak gempita bisa bikin den tercekik makanan begitu.

Den paling suka meja marmar di sini sebab ada aneka warna.

Orang tua-tua macam tuh la.

Marmar warna-warni pun bisa bikin hati gumbira hehehehehe.

 

4. Tempat untuk OOTD

Ini sesuai untuk mereka yang memang suka bergambar.

Banyak sahaja ruang dan tempat untuk bergambar yang menarik.

Antara rajin dengan tidak sahaja la.

Tempat meletak kereta tidak begitu banyak di sini.

Kalau datang hari cuti umum atau hujung minggu, memang akan bercinta untuk mencari tempat meletak kereta.

Kena bertabah juga menunggu meja kosong untuk makan di sini ye.

Waktu Operasi: 7.30 pagi - 3.30 petang (tutup Rabu)

Lokasi: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

https://maps.app.goo.gl/DLt5qrkhU9dHZcFp7

 

Mengikut boss Canning Dimsum yang sepupu den sempat sembang, mereka rancang untuk buka 2 cawangan baru.

Satu cawangan tema industri di kawasan Gunung Lang, Ipoh pada November 2023.

Satu cawangan di Selangor pada 2024.

 

Kalau hendak tengok menu dan aneka gambar dimsum, boleh layari media social mereka ye:

Website: https://www.canningdimsum.com/

Facebook: https://www.facebook.com/canningdimsumipoh/

Instagram: https://www.instagram.com/canningdimsum/

Moh la kome makan di sini kalau kome jalan-jalan di Ipoh ye.

 


4 Comments

  1. Hujung tahun ini in syaa Allah akan datang ke sini lagi. Terakhir datang Jun 2023.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canning Dimsum tidak pernah mengecewakan kan

      Delete
  2. Memang wajib kene pergi ni .. tempat dan makanan dia nampak awesome ni hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba paling kurang sekali. In sya Allah berbaloi

      Delete