Pengalaman Jalan-Jalan Semporna Hari Ketiga
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita kembali lagi ke segmen jalan-jalan Semporna yang telah berkurun lama berlalu ye.
Begitulah kalau orang yang hendak mencoretkan cerita itu ada aneka agenda di dalam hidupnya.
Kejap dia mencangkung tengok pokok-pokok yang mati secara berjemaah.
Kemudian dijeling aje 2 bakul baju yang menggunung sambil terfikir ada tak baju yang boleh digantung aje.
Belum masuk masa yang dihabiskan untuk ilih cerita apa la hendak tengok di Neflix sampai kering nasi di jari jemari yang semakin mendompok.
Hmmmmm…..
Jadinya moh la kita sambung cerita hari ketiga di Semporna yang memang awesome.
Santai di Pulau Mabul - Snorkeling di Pulau Kapalai - Jeti Semporna - Check in Pacific Inn Semporna - Jualan hidupan laut di tepi Jeti Semporna - Dinner di Seaview Restaurant - Terowong Street Semporna - Urut kaki sambil dengar live band
Seusai Subuh den melepak di pelantar di luar bilik di Nusakuya Resort.
Menjamu mata tengok pemandangan cantik masa mentari tertib.
Sambil layan perasan dengar lagu.
Memang ngam ye suasana tuh.
Selepas breakfast, kami mandi laut.
Terjun tiruk dari pelantar di bilik kami.
Sakan juga kami mandi laut sampai la check out.
Lepas tuh sesi bergambar sakan di Mabul Water Bungalow Resort.
Kena bayar fee RM30 untuk masuk ke sini.
Memang cantik banget resort nya.
Air laut di sini jernih extra hijau, biru, turquoise semua ada macam tuh.
Memang breathtaking bak kata orang putih.
Selama ini den tengok orang kongsi gambar kecantikan laut di Pulau Mabul.
Bila tengok sendiri, memang terkesima sebab sumpah cantik teruk.
Tidak tahu hendak digambarkan bagaimana.
Ramai orang Bajau Laut menjual buah kelapa dan hasil tangkapan laut dari perahu.
Kami minum air kelapa di sini.
Beli daripada seorang anak kecil yang begitu cekap memanjat untuk menghantarkan buah kelapa dari sampan ke pelantar.
Kami makan tengahari lunch pax di sini juga.
In sya Allah den kongsikan gambar-gambar di sini kemudian ye.
Hentian terakhir sebelum bergerak ke daratan adalah snorkeling di Pulai Kapalai.
Biasanya orang jumpa penyu di sini.
Tapi idok ada rezeki kami pada kali ini.
Haruskah ulang pergi Semporna lagi?
Hehehehehe.
Terus sahaja kami naik bot menuju ke jeti Semporna.
Kami check in Pacific Inn Semporna sebelum berjalan di sekitar jeti.
RM150 untuk satu malam siap sarapan pagi memang okay banget.
Hotelnya pun bersih, selesa dan kemas.
Ada lif lagi.
Kami berjalan sekitar kawasan jeti.
Meriah je jualan hidupan laut di tepi Jeti Semporna.
Den cuci mata tengok lobster, pelbagai jenis ikan, udang lipan, siput, etc.
Terkesima tengok hidupan laut yang den tidak pernah nampak sebelum ini.
Boleh je kita beli hidupan laut di sini dan minta restoran masakkan.
Kami makan malam awal di Seaview Restaurant.
Sakan si Eita tuh pesan makanan walaupun den cakap ambil sikit je sebab kita berdua.
Ada ikan, udang dan sotong.
Lepas tuh dianya makan sedikit je.
Den la yang tukang habiskan makanannya.
Mana la den tak bulat kan?
Den suspek dia sengaja bagi den kekal bulat supaya dia nampak langsing hehehe.
Padahal dia tuh dah memang kecil molek dah.
Den paling suka pisang cheese dan jus avocado.
Untuk tekak den, jus avocado dia sedang elok.
Setanding jus avocado yang den pernah minum di Bandung pada 2005 dulu.
Pisang cheese dia tidak berminyak dan cheese pun tidak melimpah ruah.
Den suka macam ni sebab tidak muak sangat.
Malamnya lepas Maghrib, kawan Eita datang mengambil kami.
Bawa ke Terowong Street Semporna.
Makan lagi.
Ya Allah…..bila la hendak kurus ye.
Makan ketupat Semporna eh ke apa namanya lupa sudah huhuhuhu.
Makan latok juga.
Ini jatuh kategori makanan wajib makan ye kalau datang ke Sabah.
Ramai orang Sabah yang berbakat besar dalam bidang hiburan ye.
Dalam 1 jam kami melepak di Terowong tuh, sempat kami tengok beberapa persembahan.
Mamat yang menyanyi lagu Aku dan Sesuatu XPDC tuh memang buat den terkesima.
Jarang hendak jumpa orang suara rock macam tuh.
Sekarang ni ramai penyanyi suara ala-ala kepit pun iya hehehhee.
Ada seorang lelaki ni menari lemah gemalai gila.
Smart tariannya.
Sampai je hotel, kitaorang urut kaki dulu sambil dengar live band.
Penuh jadual dan penat tapi best.
In sya Allah kita berjumpa dalam cerita akan datang ye.
Jaga diri semua.
Kes influenza dan Covid19 makin meningkat khabarnya.
Kita jaga diri molek ye.
0 Comments