Pengalaman Jalan-Jalan di Mabul Water Bungalow Resort
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mabul Water Bungalow Resort ni sememangnya resort kayangan ye.
Resort 4 bintang ini mempunyai 24 unit.
Harga dekat website deme pun letak dalam USD.
2 hari 1 malam bilik twin sharing seorang adalah US$676.
Lebih kurang RM2,704 seorang ye.
Kalau pergi Hatyai ni mau dapat 10 hari gamaknya ye.
Disebabkan den dan Eita tidak termasuk di dalam target market penginapan ini, makanya dapat bergambar di sini sekupang dua pun udah cukup molek.
Kena bayar fee RM30 seorang untuk masuk ke kawasan Mabul Water Bungalow Resort ni.
Memang cantik banget persekitaran resort nya.
Ada banyak gila tempat untuk kome bergambar.
Kalau kome terdatang sekali dengan pelancong dari China macam kami, memang berkicap hendak tunggu deme habis bergambar dekat satu-satu tempat.
Ada tempat yang kami give up hendak tunggu sebab lama sangat kena beratur tunggu giliran hendak bergambar.
Disebabkan kami juga datang sini waktu tengahari, memang tidak larat hendak berjalan sakan ke setiap pelusuk kawasan untuk bergambar.
Cantik bergambar di dalam panas terik mentari.
Tapi untuk orang yang kuat migraine macam den nih memang tidak lalu hendak berlama-lamaan di bawah sinaran matahari.
Jadinya asal bergambar sekupang dua begitu tajuknya.
Tetapi eh sempat ye tukar baju hehehehhehee.
Kami lebih banyak melepak berehat tengok air laut sekitar resort ini.
Air laut di sini jernih banget.
Ada gambar orang Bajau Laut naik sampan macam terapung suspended mid air sebab jernih sangat air lautnya.
Air laut kombinasi warna hijau, biru, turquoise semua ada macam tuh.
Memang breathtaking bak kata orang putih.
Selama ini den tengok orang kongsi gambar kecantikan laut di Pulau Mabul.
Bila tengok sendiri, memang terkesima sebab sumpah cantik teruk.
Tidak tahu hendak digambarkan bagaimana.
Memang kome kena datang sendiri tengok betapa indahnya laut di sini.
Landskap sini penuh dengan bunga kertas pink dan oren.
Kombinasi cantik antara warna air laut + warna bunga kertas + warna resort kayu.
Udah alang-alang berehat, kami beli buah kelapa muda daripada seorang anak kecil.
Cekap ye dia memanjat dari sampan ke pelantar untuk hantar buah kelapa.
Ramai orang Bajau Laut menjual buah kelapa dan hasil tangkapan laut dari perahu.
Ada lobster, pelbagai jenis ikan, udang lipan, siput, etc.
Memang cantik teruk laut dekat sini.
Kalau oppa, abang, pasangan, pakcik, atok, etc yang termasuk dalam kategori lelaki yang tidak larat hendak menapak jauh dan bergambar di sana sini dengan pasangan masing-masing, kome boleh aje berehat di beberapa gazebo yang tersedia di sini.
Boleh minum air kelapa muda segar sambil main game Minecraft ke apa ye.
Boleh juga berehat makan dan minum di café yang ada.
Cuma harganya agak keras la ye.
Faham tuh kadang-kadang jenuh melayan akak dan acik bawang macam kami yang sakan hendak bergambar di sana sini ye.
Berbaloi la bayar RM30 seorang untuk melihat pemandangan cantik di sini, merasa tiupan angin sepoi-sepoi bahasa walaupun kami hanya bergambar sekupang dua.
Kalau mereka yang memang kaki OOTD di sana sini, memang heaven la tempat ini untuk kome.
Dia macam asal menapak je ada spot cantik begitu.
Antara kome rajin tidak rajin je hendak bergambar.
Selamat bergambar sakan di sini ye.
0 Comments