Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dia kan kalau udah jumpa kedai cermin mata dengan harga mampu milik yang wow sangat kan memang tidak akan pergi ke kedai lain dah sebab mengikut saranan optometrist atau doktor mata seelok-eloknya periksa keadaan mata dan tukar cermin mata setiap dua tahun sekali.

Lagi pula kalau kedai cermin mata itu ada human touch atau memberi layanan mesra kepada pelanggan di samping memberikan maklumat, tunjuk ajar dan tips tentang penjagaan mata serta cermin mata dengan berhemah, memang akan lekat dekat jiwa untuk jangka masa yang panjang.

Makanya bila anak den si kedondang sayang tuh yang berumur 8 tahun itu dimaklumkan oleh cikgu kelasnya kena pakai cermin mata pada tahun lepas, makanya kena la buat cermin mata ye.

Sebelum den kenal dengan Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza, den bawa anak den ke kedai cermin mata di Shah Alam.

Disebabkan anak den tuh sakan melasak di sana sini, udah terpleot cermin matanya dan memerlukan penggantian cermin mata baru huhuhuhu.

Sudah pastilah den akan pergi ke Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza kerana den telah membuat cermin mata di sini pada awal tahun ini.

Boleh baca cerita cermin mata den di sini ye https://www.dinohauz.com/2023/04/percaya-tak-boleh-dapat-cermin-mata.html

Sedih juga hati sebenarnya bila anak den kena pakai cermin mata sebab bagi orang yang udah memakai cermin mata sejak berumur 13 tahun ni, den faham kekangan bila berkaca mata lagi-lagi bila hendak membuat aktiviti luar terutamanya aktiviti lasak.

Kata doktor mata, kemungkinan anak den ni matanya terpleot atas faktor genetik sebab kedua omak dan ayahnya memakai cermin mata huhuhuhu.

Silalah menjaga mata masing-masing dengan molek ye sebab apabila mula memakai cermin mata, bukan sahaja banyak aktiviti yang agak terhalang tetapi kos untuk membuat cermin mata setiap dua tahun adalah sangat tinggi.

Sayangilah mata anda ye.

Power Boleh Tahan Tinggi

Walaupun umur anak den sekarang 9 tahun, boleh tahan tinggi power cermin mata yang perlu dibuat iaitu 300.

Bila optometrist cakap rabunnya disebabkan faktor genetik memang tidak boleh kata apa sebab mula-mula den bebelkan juga budak ni ingat sebab dia main game di telefon (screen time yang berlebihan).

Jadinya budak kedondang ni akan menyertai pasukan mama dan papa yang perlu memeriksa mata setiap 2 tahun huhuhuhu.

Hanya tinggal anak sulung den sahaja yang matanya masih normal dan diharapkan berkekalan sampai ke akhir hayat dia la hendaknya.

Pencarian Kedai Cermin Mata Murah

Disebabkan den telah ada pengalaman 30 tahun sejak memakai cermin mata mencari kedai cermin mata murah setiap dua tahun sekali, makanya bila terjumpa Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza pada awal tahun ini yang diperkenalkan oleh kawan den, makanya ke sini la kita untuk membuat cermin mata anak den.

Sejak dulu den biasanya akan memilih bingkai yang paling murah tidak perlu jenama bagai dan tidak kisah la bentuknya macam mana kerana apa yang penting adalah kantanya kerana bagi keadaan mata den ni, kanta yang diperlukan adalah segala mak nenek spesifikasi.

Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza

Masa den mencari kedai cermin mata awal tahun ini, member den bagaitau ‘Apa kata hang pi tengok kedai Eye Pro Vision di Sungei Wang. Den buat di sana. Harganya murah setakat yang den dah survey. Siap dalam masa satu (1) jam. Layanan mesra pula tu’.

Disebabkan den pernah membuat cermin mata di sini, den whatsapp pemilik kedai iaitu Mr. William untuk bertanya tentang kesesuaian masa untuk ke sana.

Boleh je kome terjah ke kedainya bila-bila masa pun tetapi den saja whatsapp Mr William.

Walaupun bukan kali pertama ke kedai Eye Pro Vision, tetap juga den terkesima sebab meriahnya orang di kedai tuh macam orang membeli belah jualan murah akhir tahun di pasaraya.

Sepanjang 31 tahun den memburu cermin mata murah, inilah satu-satunya kedai yang den jumpa penuh dengan orang memilih bingkai cermin mata, diperiksa matanya dan lain-lain.

Selama den pergi mana-mana cermin mata, paling ramai ada dalam tiga (3) orang pelanggan pada satu-satu masa.

Sementara den menunggu pemilik kedai, Mr William dapat meluangkan masa untuk memeriksa mata si kedondang sayang, den minta anak den cuba pelbagai jenis bingkai yang tersedia.

Ada banyak pilihan bingkai cermin mata.

Siap ada bingkai yang warna warni ceria di Aidilfitri begitu.

Kakitangan Eye Pro Vision Memberi Penerangan Terperinci dan Layanan Kelas A

Semua pekerja di Eye Pro Vision ini memberikan penerangan terperinci dengan penuh berhemah ye.

Pekerjanya juga membantu anak den membuat pilihan bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka.

Ciri utama pemilihan cermin mata untuk anak den adalah bingkai cermin mata tersebut haruslah tahan lasak disebabkan dia adalah seorang kanak-kanak yang jenis bergelinjang, tidak boleh duduk diam, akan bergasak sana sini dengan kawan-kawan sekolah dan abangnya serta pasti akan tertidur sambil pakai cermin mata.

Sabar je kakitangan Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza ni melayan anak den pakai satu demi satu bingkai cermin mata yang dia berkenan sebab boleh tahan cerewet budak kedondang seorang tu (ikut perangai siapa la kan hehehehehe).

Pemeriksaan mata anak den dibuat dengan teliti melalui alat mesin di mana dia perlu tengok gambar belon panas sebelum diteruskan dengan pemeriksaan secara manual.

Abang tumpang periksa mata sekali

Cermin Mata Multifocal RM450 Siap Dalam Masa Satu Jam Bagi Mereka Yang Power Cermin Matanya 400 ke Bawah dan Silau Yang Tidak Tinggi

Ini sebenarnya yang istimewa tentang kedai ini.

Kanta mata berkualiti tinggi pada harga di bawah RM500 yang boleh siap dalam masa satu jam serta pemeriksaan mata terperinci.

Mula-mula korang kena buat pemeriksaan mata terperinci terlebih dahulu untuk menentukan tahap kesihatan mata korang ye.

Kalau mata korang memenuhi kriteria:

Kuasa (power) mata 400 ke bawah

Silau yang tidak tinggi

Rabun bukan kombinasi rabun jauh + rabun dekat,

korang boleh mendapatkan cermin mata multifocal RM450 yang boleh siap dalam masa satu jam.

Lengkap pakejnya ye - kualiti + harga mampu milik + jimat masa + pemeriksaan mata menyeluruh.

Mata anak den adalah di dalam kategori ini di mana power nya adalah 300.

Semasa hendak menentukan kedudukan titik anak mata bagi cermin mata yang akan dibuat, bersungguh-sungguh kakitangannya periksa mata anak den.

Siap Dalam Masa Satu (1) Jam

Selepas memilih bingkai cermin mata yang tahan lasak dan sesuai dengan bentuk muka anak den, kitaorang siap pergi makan dan jalan-jalan dulu di sekitar Plaza Sungai Wang.

Sempat budak-budak ni main game VCR di sini.

Bila kami datang semula ke kedai dalam masa satu (1) jam, tadaaaaa cermin mata anak den telah siap.

Memang awesome ye cermin mata siap dalam masa satu (1) jam.

Selepas mencuba cermin mata baru, pekerjanya memberikan penerangan penjagaan mata agar mata tidak cepat penat dan sebagainya.

Molek sungguh layanannya.

Jom tengok video kami di sini.

Kenapa Perlu Pilih Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza?

Bagi den perkara yang paling penting sejak mula memakai cermin mata adalah kanta cermin mata berkualiti pada harga mampu milik.

Memang excited ye tengok Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza memberikan harga RM450 bagi bingkai + kanta cermin mata multifocal + siap dalam tempoh 1 jam.

Cermin mata di sini juga dilengkapkan dengan UV420 bagi melindungi mata dari silau malam dan cahaya dari gajet (handphone, laptop dan komputer).

Siap pula dalam masa satu (1) jam - bonus point.

Pemeriksaan menyeluruh + layanan mesra - bonus point.

Baru den faham kenapa kedai Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza ini diserbu oleh ramai pelanggan.

Memang sajak la kedai ini viral.

Bagi pemakai cermin mata yang telah merayap merata mencari cermin mata pada harga yang paling minima, den sarankan korang datang ke kedai ini untuk buat cermin mata korang.

In sya Allah berbaloi.

RM450 all in one no hidden charge

Mano eh hendak dapat di kedai lain.

Terkilan beno rasa hati den lambat terjumpa kedai ni.

Tapi kita memegang konsep better late than never begitu la ye.

In sya Allah lepas ini memang cermin mata den anak beranak buat di sini aje la.

Bersama dengan boss Eye Pro Vission, Mr William

Di Mana Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza?

G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

https://maps.app.goo.gl/RKiiGDW4oMSSu2x97

Berdekatan dengan kiosk Famous Amos.

Boleh datang naik kereta atau LRT ke sini.

Boleh hubungi Mr William sebelum datang tapi boleh je kalau walk in pun.

Boleh telefon atau whatsapp 016-3771304

Waktu perniagaan setiap hari 11 pagi - 8 malam.

Boleh layari https://www.facebook.com/EyeProVisionViral

Moh la kita dapatkan cermin mata multifocal pada harga mampu milik.

Moh la kita.

 

0 Comments