Jalan-Jalan Cari Makan 2023 Tapah dan Ipoh 2H1M Hari Kedua
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"The rain doesn't ruin plans. It creates unexpected adventures"
Begitu kesimpulan
hari kedua kerana sakan hujan dengan jayanya semasa kami makan di Canning Dim
Sum.
Masih tersisa hujan
renyai-renyai sehingga kami bergerak keluar dari Ipoh selepas tamat sesi
berjimbaan.
Breakfast di Canning Dim Sum - Tasik Cermin - Ah Mat Kafe - kembali ke pangkal jalan
Sakan hujan lebat
semasa kami makan di Canning Dim Sum.
Lepak sini 2 jam
sampai hujan seriyat sedikit.
Sempat sembang
sekupang dengan boss nya.
Depa rancang buka
outlet di Selangor by 2024 dan satu outlet tema industri di kawasan
Gunung Lang, Ipoh pada November 2023.
Lepas meredah
hujan, kami ke Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village.
Rancangannya hendak berjimba di sini.
Lepak dalam kereta
hampir 30 minit di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village sementara
tunggu hujan seriyat tetapi hujan tetap lebat.
Jadinya idok la
dapat berjalan di sini.
Tukar rancangan ke Tasik Cermin dengan harapan dapat berjalan dalam terowong di kala hujan.
Hujan masih belum
seriyat semasa sampai di Tasik Cermin.
Kami pergi ke Tasik
Cermin 2 (Hidden Lake) terlebih dahulu.
Berjalan dalam
terowong di kala hujan masih bersisa.
Tetap bersemangat Snake
Mouth Cave walaupun hujan gerimis.
Rezeki hujan
berhenti seusai hendak naik bot di Tasik Cermin 1 (Mirror Lake).
Buang tebiat pakai
baju kurung yang beli di Ipoh Night Market semalam naik bot bagai padahal ada
je jeans dan tshirt.
Langsung gambar
semua ala-ala sopan santun begitu.
Dari Tasik Cermin 1
gigih berjalan ke Kin Loong.
Sini pun cantik
bergambar sebab gugusan batuan granit itu bagi latarbelakang yang molek.
Tidak singgah minum
di Kin Loong Cafe sebab kejar masa.
Kami singgah minum
petang di Ah Mat Kafe (cafe milik anak arwah Mamat Khalid).
Sedap lempeng dan
lontong di sini.
Memang penuh poster
movies arahan arwah.
Vibes dulu-dulu sangat
lepak sini.
Dari sini kami kembali ke pangkal jalan.
Sasaran langkah tercapai.
Kesimpulan sesi
berjimbaan kali ini adalah harta pusaka perlu diuruskan ye anak-anak.
Sering urusannya
agak berliku, berlapis-lapis, mengambil masa, berpenat lelah, menuntut uang
yang kadang kala banyak, etc tetapi mahu tidak mahu kena diselesaikan ye.
Den tiada
harta....hutang piutang bertingket-tingket je meriah melimpah ruah huhuhuhu.
2 Comments
Dah lama tak ke Tasik Cermin... Tasik Cermin 2 tak pernah pergi lagi. Dulu ade 1 tu je la... Nampak sangat lama betul tak pergi situ
ReplyDeleteKena ulang pergi tuh. Macam-macam ada sekarang ni
Delete