Pergi sudah anak manja keluarga kami.

Kesayangan semua orang.

 

Bila kita panggil 'Putihhhhh.....' berlari-lari dia datang ke kita.

Overdose makan. Langsung tidur pengsan.

Selalu kena marah dengan mama sebab makan pokok basil mama.

Teman mama pesoh pokok-pokok mama yang sokmo mati kejung.

Teman mama baca buku.

Selalu teman atok menjahit.

Duduk di hujung kaki atok dekat celah mesin jahit.

Atok selalu risau dia tersepit di situ.

Teman atok berehat melepas lelah menjaga nenek sakit.

Bila atok minum kopi, Putih duduk di sebelah kaki atok.

 

Kiddos balik sekolah mesti cari Putih dulu.

Pasrah je dia dikendong dicium dikejar dek budak-budak.

Doa tambahan mereka sejak Putih ada.

'Ya Allah masukkanlah arnab-arnab kami ke dalam syurga'.

Ucapan selamat malam kiddos mesti ada ‘selamat malam Putih dan arnab-arnab semua’.

Kesayangan papa juga ni.

Kiddos cakap papa sayang Putih lebih daripada deme😅

 

Selalu bila sembang pasal masa depan, mesti ada Putih dalam plan itu.

Tidak sangka Putih mati semasa kami semua tiada di rumah.

Putih digigit anjing liar yang masuk ke kawasan rumah.

Terkoyak pahanya…berdarah-darah di sana sini.

Tragis sangat.

 

Menangis sakan kiddos.

 

Janggal pula bila balik rumah tidak panggil nama Putih.

Macam ternampak-nampak Putih berlari bila kita panggil nama dia.

Suka korek lubang yang seekor ni

Bila hendak tulis post ini, baru perasan tidak banyak gambar kami dengan Putih.

Banyak gambar dengan arnab-arnab lain tapi gambar dengan Putih sekupang dua je.

Kitaorang selalu main dengan Putih sampai terlupa nak capture moment tu untuk kenangan.

 

Terima kasih Putih bagi kami menumpang kasih setahun setengah ini.


0 Comments