Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Ipoh adalah antara ibu negeri yang menawarkan pelbagai pilihan hotel untuk kita bermalam di sini.

 

Kali ini den dan den memilih hotel bajet BMC Hotel untuk bermalam satu malam.

Kami sampai pun dah dalam 8.30 malam dan check out esok dalam 9 pagi.

Hotel bajet sempoi yang dekat dengan pelbagai kemudahan.

Dalam bangunan rumah kedai yang sama, ada kedai mamak yang tidak 2 minit berjalan kaki (sempat kami pekena teh tarik dan makan roti di sini sebelum tidur), ada dobi, kedai serbaneka, etc.

Disebabkan kami datang semasa hari bekerja, maka memang mudah mendapat spot parkir di depan hotel.

 

Bilik hotel comel banget tapi just nice untuk kami berdua yang hanya perlukan tempat untuk melelapkan mata dan melepaskan lelah seketika cuma.

Poyo gila ayat ye acah nak karang cerpen heheehhee.

Bilik bersih, kemas dan selesa.

Ini je pun kriteria yang biasanya den pentingkan bila tidur di mana-mana pun lagi-lagi kalau sekadar bermalam sekejap dan esoknya udah check out pagi-pagi.

Lagi-lagi kalau satu malam dalam RM100, kira okay dah bilik macam ni.

Kalau dapat bilik yang spacious, ada pelbagai rangkaian siaran televisyen, etc itu kira bonus la.

Tapi kebiasaannya kalau bilik yang awesome harga agak keras sedikit.

 

Tilam dan bantal gebu gebas dan pendingin hawa yang berfungsi mantap membuatkan den tidur lena sakan di sini.

Bilik air pun bersih, air panas molek bisa menyebabkan kita bersiram lama.

Siaran televisyen tidak banyak tetapi setiap siaran yang ada jelas gambarnya.

Keciwa kalau siaran televisyen udah la ada 3 sahaja tetapi gambarnya penuh dengan statik dan gambar tidak terang.

SOP kebanyakan hotel bajet yang den pergi ada disediakan air minuman dan uncang kopi dan teh.

Yang penting ada lif sebab bila udah tua dan lutut mula terpleot, agak bercinta hendak panjat tangga huhuhuhu.

Hotel yang mempunyai lif kebiasaannya menjadi pilihan keluarga dengan anak kecil dan orang tua.

Pasrah je sepupu den melayan den ambil gambar di sana sini

Walaupun hotel ini comel dekorasinya boleh tahan menarik.

Hiasan dalam bilik memang sweet dengan kertas dinding Paris.

Di ruang legar, disediakan sofa dan kerusi untuk kita berehat dan boleh spot menarik untuk OOTD.

BMC Hotel boleh dipertimbangkan sekiranya kome datang ke Ipoh.

Just nice untuk penginapan 2 hari 1 malam.

 

Lokasi BMC Hotel https://maps.app.goo.gl/Ar2bhD4Ugs2Cc4ZM6

 

2 Comments

  1. Cantik hotel ni.. kemas bersih dan bilik air dia nampak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha yang penting ada lif. Orang tua macam ksarie ni begitu la. Lutut telah terpleot sudah

      Delete