Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sebut pasal jalan-jalan cari makan di negeri Pantai Timur, 2 perkara yang memang awesome teruk adalah makanannya dan pantai dengan pasir memutih.

Kalau kome semua sudah sakan menjamu selera dengan masakan tradisi orang Pantai Timur seperti nasi dagang, nasi kerabu dan seumpama dengannya dan berhasrat untuk menukar menu, korang boleh mencuba makanan tengahari yang unik dan berbeza yang disediakan oleh KBB Burger & Steak, KBBSteak.

Hidangan Set Nasi di KBBSteak

Dekat KBBSteak bukan sahaja ada steak, pasta dan burger tetapi ada hidangan nasi + ribs dan nasi + salmon yang memang sesuai sekali dimakan waktu tengahari.

Hidangan set nasi:

1) Spice Rice & Ribs - smokey BBQ ribs, aromatic spicey rice, fresh salad, special curry or sweet spicy soy sauce

2) Spice Rice & Salmon - Herb crusted salmon steak, aromatic spicey rice, fresh salad, special curry or sweet spicy soy sauce

 

Dengan pilihan aneka makanan yang disediakan oleh KBBSteak, hidangan makan tengahari di sini sesuai untuk seisi keluarga.

Kalau anak-anak den, deme tentu akan pilih hidangan pasta dan burger.

Den udah pasti hendak rasa steak di sini.

Suami den yang hidupnya tidak lengkap tanpa makan nasi boleh pilih samada hendak makan nasi + ribs atau nasi + salmon.

 

Makanan citarasa mewah pada harga berpatutan sebegini kita kena cuba ye.

Kedainya bersih, selesa dan cantik di samping kakitangan yang mesra pelanggan memang antara faktor yang membuatkan kita bisa menjamu selera dengan santai.

 

Dua Cawangan KBBSteak

KBBSteak ada mempunyai 2 cawangan di Kota Bharu, Kelantan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Kedai cawangan Kota Bharu, Kelantan baru sahaja diubahsuai bagi menyediakan suasana baru untuk pengalaman terbaik dan keselesaan optima bagi pelanggan yang menjamu selera di sini bersama keluarga dan teman-teman.

Jangan risau walaupun tempat premium tetapi harganya kekal sama.

Kedainya memang sesuai untuk buat event juga.

Sambutan hari lahir, makan tengahari dan makan malam bersama rakan sekerja dan sebagainya molek banget dibuat di sini.

 

Waktu Operasi dan Alamat:

KBB Burger & Steak Kota Bharu,

No 2713 Jalan Kuala Krai,

15050 Kota Bharu,

Kelantan.

 

KBB Burger & Steak Terengganu,

Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin,

Kampung Tanjung,

20000 Kuala Terengganu,

Terengganu.

 

Waktu Operasi kedua-dua kedai adalah dari 12.00 pm - 11.00 pm (setiap hari).

Untuk maklumat lanjut dan mengintai senarai menu yang ditawarkan oleh KBBSteak, kome boleh melayari media sosial berikut:

Website: https://kbbburgerandsteak.com/

Facebook: https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak

Instagram: https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak

Tik Tok: https://www.tiktok.com/kbbburgerandsteak

 

Jom menjamu selera di KBB Burger & Steak.


2 Comments

  1. Yes.. Mmg nampak pun mewah hidangan dia.. Kene try ni kalau ke sana lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....bila lagi la ksarie ni nak berjalan ke belah-belah pantai timur

      Delete