Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Kisah masalah kulit muka berjerawat terutamanya di zaman remaja sememangnya akan menjadi sebahagian rencah kehidupan kebanyakan daripada kita.

Ada sesetengah orang, masalah jerawatnya biasa-biasa sahaja.

Ada juga orang yang masalah jerawatnya teruk dan berpanjangan sehinggalah dewasa.

Alhamdulillah den tidak pernah mengalami masalah kulit muka berjerawat yang teruk sepanjang hidup den.

Kebiasaannya jerawat-jerawat nakal suka untuk memunculkan diri apabila den tidak boleh solat.

Walaupun jerawat yang dikatakan sebagai jerawat nasi ini hadir hanya dalam tempoh seminggu tetap la juga ianya menjengkelkan lagi-lagi kalau ada program melepak bersama teman-teman.

Kehadirannya sedikit dalam tempoh yang singkat tetapi masih memberi kesan tidak best begitu.

 

Ada beberapa orang kawan den, lelaki dan perempuan mempunyai masalah kulit muka berjerawat batu.

Sumber google

Memang kesian bila tengok depa jaga pemakanan, asal ada orang bagitau wujudnya produk pembersih muka ke skincare yang boleh merawat jerawat batu mereka akan beli.

Ada yang sampai jerawatnya tuh ada di kulit belakang badan.

Memang tumpang simpati sebab keyakinan diri diaorang merudum jatuh, kalau tersalah pakai bedak ke skincare ke jerawatnya akan kelihatan berkilat (orang Penang kata merening) dan sebagainya.

 

Akhirnya mahu tidak mahu diaorang memang mendapatkan rawatan di klinik dermatologi dan rawatan kulit muka setelah habis segala ikhtiar tidak memberikan hasil yang berkesan.

Sebelum den cerita pasal klinik rawatan kulit yang korang boleh pertimbangkan, kita tengok dulu apa jenis jerawat yang ada, punca jerawat dan cara merawat jerawat.

 

Jenis Jerawat

Selama ini den berpegang kepada dua jenis jerawat sahaja iaitu jerawat nasi dan jerawat batu tetapi rupa-rupanya ada 6 jenis jerawat iaitu whiteheads, blackheads, papules, pustules, nodules dan cyst.

Sumber google

Jerawat yang selama ini den panggil jerawat nasi adalah dalam kategori papules dan pustules.

Jerawat batu pula adalah cystic acne dan nodules.

 

Punca Kulit Muka Berjerawat

Ada pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kehadiran jerawat atau acne vulgaris pada kulit muka kita.

Korang boleh google untuk dapat penjelasan terperinci tentang kemungkinan punca jerawat tetapi secara ringkasnya penyebab jerawat termasuklah:

Alahan makanan - kebiasaannya makanan kekacang dan berminyak. Lepas itu kurang pula minum air. Memang kombinasi pencetus jerawat. Ada orang yang perlu berpantang terus daripada makan semua makanan sebegini agar kulit muka dapat dijaga sebaiknya.

Perubahan atau ketidakseimbangan hormon - kadang kala wanita mengandung tiba-tiba naik jerawat bersungguh di mukanya. Kalau macam den semasa period mesti akan ada jerawat timbul. Ada kawan den yang makan ubat bagi merawat radang sendinya turut diserang jerawat.

Genetik - kawan den yang ada jerawat batu katanya mungkin akibat genetik kerana ayahnya turut mempunyai jerawat batu.

Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja boleh menyebabkan jerawat tetapi juga boleh membawa kepada masalah lain seperti peningkatan berat badan dan tekanan.

Pemilihan produk yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit muka boleh mengakibatkan liang pori kulit muka tersumbat lalu tumbuh jerawat. Kalau memang ada perangai selalu menukar produk skincare juga salah satu sebab kenapa jerawat boleh muncul.

Bakteria - kadang kala memang tidak perasan jari jemari sakan mengutil atau memicit jerawat. Bukan sahaja akan meninggalkan parut hodoh pada kulit muka tetapi berkemungkinan menyebarkan bakteria menjangkit ke kawasan muka yang lain.

Pendedahan kepada persekitaran yang tidak ideal. Ini berlaku kepada diri den kerana kerja di tapak. Jadinya debu, habuk dan sinaran matahari itu memang sudah menjadi sebahagian daripada hidup den huhuhuhu.

 

Rawatan Kulit Muka Berjerawat

Secara sinopsisnya, kena berdisiplin untuk merawat jerawat ini.

Perlu minimakan pengambilan makanan berminyak dan kekacang serta pastikan minum air yang mencukupi.

Sila dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Perlu berusaha mengawal tekanan di dalam hidup.

Memilih produk skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit kita.

Sekiranya telah berjumpa dengan produk skincare yang serasi dengan kulit kita, jangan kerap menukar produk.

Perlu elakkan memicit dan mengutil jerawat.

Untuk orang kerja di tapak macam den, perlu sentiasa pakai sunscreen dan topi selalu bagi meminimakan pendedahan kepada persekitaran yang tidak ideal.

 

Mahu tidak mahu kome perlu merujuk dan mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar dermatologi dan kulit muka bagi kes jerawat akibat genetik dan perubahan hormon ini atau apabila semua kaedah rawatan sendiri yang dibuat tidak memberi kesan yang diharapkan.

Kita serahkan kepada pakar la ye untuk membuat diagnosis dan cadangan rawatan yang bersesuaian dengan permasalahan jerawat yang dihadapi.

Korang boleh mendapatkan rundingan atau konsultasi daripada Klinik Dr Bazilah iaitu salah sebuah klinik untuk rawatan kulit dan rambut.

Klinik Dr Bazilah mempunyai doktor-doktor yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Klinik Dr Bazilah bukan sahaja menyediakan perkhidmatan rawatan jerawat, ada pelbagai jenis rawatan berkaitan kulit dan rambut yang ditawarkan iaitu rawatan parut jerawat, jeragat, eczema, psoriasis, pigmentasi, rawatan membuang bulu dan rambut yang tidak dikehendaki, rawatan rambut gugur dan sebagainya. 

Doktornya semua bertauliah, terdapat pelbagai jenis rawatan kulit dan rambut yang ditawarkan, tempat rawatan atau klinik juga sangat welcoming.

Awesome kan?

Klinik Dr Bazilah ini mempunyai empat cawangan iaitu:

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)

Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,

8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Tel: 013-817 7005

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur

 

Klinik Dr Bazilah Shah Alam,

R-02-01, Emira,

Jalan Akuatik A13/64A,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-5035 7359

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam

 

Klinik Dr Bazilah Bangi,

C 10 G, Plaza Paragon Point,

Jalan Medan,

Pusat Bandar 5 Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor

Tel: 03-8922 9681 / 0111-590 5931

 

Klinik Dr Bazilah Damansara

R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian,

Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03-7661 3950

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah serta memerlukan penjelasan lanjut, korang borang menghubungi WhatsApp Klinik Dr Bazilah pada pautan di bawah:

WhatsApp: +6013-8177005 (Kuala Lumpur)

Website: www.klinikdrbazilah.com

Facebook: klinikdrbazilah

Instagram: @klinikdrbazilah

Waktu Operasi Klinik: 10.00 pagi - 6.00 petang

4 Comments

  1. pernah la kene serang jerawat masa duduk asrama dulu tapi sikit jer la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada orang yang rezekinya jerawat acah-acah ada kejap lepas tuh hilang. Untung orang macam tu

      Delete
  2. waktu remaja mengalami klut yang berjerawat dab kesannya sehingga hari ini...harap ada rezeki untuk rawat muka agar lebih licin nanti...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki nanti tuan. Boleh dapatkan kulit flawless macam oppa

      Delete