Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasa la den, cerita udah berkurun lama baru hendak diabadikan di blog ini.

"Life is too short to not go on that spontaneous road trip"

Tetiba terjebak dengan program berjalan di denai Hutan Keruing, FRIM.

Asalnya den hadir ke program pelancaran Sayang Kelip-Kelip yang merupakan usahasama FRIM dan Senheng di dalam memelihara dan memulihara populasi dan genetik kelip-kelip di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Meniti Forest Skywalk Jejantas Rimba FRIM

Aktiviti meniti Forest Skywalk Jejantas Rimba FRIM termasuk di dalam salah satu agenda.

Sekali pandang macam ambil gambar pre-wed plak hahhahahaa

Cerita panjang berjela tentang Forest Skywalk Jejantas Rimba FRIM termasuk tiket, waktu operasi, pakaian yang sesuai dan sebagainya boleh baca di sini ye:

https://www.dinohauz.com/2023/02/pengalaman-meniti-frim-forest-skywalk.html

 

Berjalan di Denai Hutan Keruing

Habis je program meniti Forest Skywalk Jejantas Rimba FRIM, pemandu arah (tour guide) FRIM kata kome tidak mahu ke jalan-jalan di Denai Hutan Keruing.

Udah alang-alang pemandu arah sudi membawa kita, makanya moh la kita.

Daripada 20 orang yang ada, hanya 4 orang yang hendak ikut berjalan di dalam hutan FRIM.

Cumanya kod pakaian kami bukan untuk berjalan di dalam hutan la kisahnya hehehehehehe.

Makanya kami 4 orang dengan pakaian pejabat siap berbaju korporat, kasut pejabat dan tag nama bagai masuk berjalan dalam hutan, merentas anak sungai, melangkah akar pokok berselirat bagai.

Kome mampu masuk hutan pakai kasut pejabat hehehhee

But we had a blast.

 

Rezeki dapat tengok pokok kapur yang daunnya tidak bersentuhan antara satu sama lain.

Gambar pokok ini selalu diabadikan di dalam penerbitan dan presentation FRIM.

Banyak maklumat kami dapat daripada tour guide FRIM berumur 77 tahun yang mantap sihat dan bersemangat berkongsi ilmu.

Santai je dia berjalan dalam hutan tu di celah akar pokok bagai.

Kami yang 4 orang ni sakan dok meminta nyawa hehehehehe.

Tour guide yang sangat bersemangat memberikan penerangan

Belajar mengenal spesies pokok - cengal, jelutong, keruing, simpo gajah, merbau, kelampayan (untuk buat mancis), etc sepanjang 1 jam 15 minit kami di dalam hutan.

Pokok simpo gajah
Anak pokok keruing yang tumbuh pada batang keruing yang telah tumbang
Beriya tengok deretan semut berjalan

Tengok sarang lebah kelulut asli.

Baru den tau buluh adalah spesies rumput.

Awesome day with fabulous people.

 

Terima kasih kepada Tuan Eddie Malek yang pandai sungguh mengambil gambar.

Semua gambar ini dari lensa beliau.

Sakan ambilkan gambar kami, gambar dia sekeping pun tiada semasa kami berjalan di denai ini.

Kalau kome ada hendak berkolaborasi tentang aktiviti penanaman pokok berembang atau pemuliharaan kelip-kelip kome boleh berhubung dengan beliau k.

@eddie.malek atau 012-4064712 

Beliau juga merupakan tour guide yang berdaftar dengan MOTAC.

Malim gunung pun iya tuan seorang ini.

Seorang yang serba boleh.

 

Sepintas Lalu tentang Hutan FRIM

Keluasan FRIM adalah 544 hektar.

Hutan FRIM ini merupakan hutan buatan terbesar dan tertua di dunia ini mempunyai 2276 spesies dan sedang dalam permohonan untuk dijadikan tapak UNESCO.

Jalan 1 jam lebih sedikit udah jumpa 4 spesies kulat di denai yang kami lalui

Terdapat 4 denai di Hutan Keruing ini sebenarnya iaitu Keruing Trail, Salleh Nature Trail, Engkabang Trail dan Sebasah Trail.

Kami cuma sempat berjalan di Denai Salleh dan Keruing.

Kena ulang datang ke FRIM agaknya ye untuk berjalan lagi dua denai lain.

 

Kome kalau hendak berjalan di dalam hutan untuk mengenali kepelbagaian biodiversiti di dalam FRIM ini memang perlu ambil tour guide ye sebab tidak mahu kome tersesat dan kalau ada tour guide banyak yang dapat dibelajar.

Pakej 3 jam adalah RM150 sahaja.

Murah banget kan?

Minima seorang peserta, maksima 10 orang peserta bagi setiap kumpulan.

Di hadapan bangunan yang dibina pada 1929 yang masih digunakan

Untuk keterangan atau pertanyaan lanjut, kome boleh hubungi:

Website: https://www.frim.gov.my/attractions/nature-trails/

Tel: 03-6279 7592 / 03-6279 7649

E-mail: frim_enquiry@frim.gov.my

Moh kita kembali ke alam sekitar di FRIM Kepong.


 

0 Comments