Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena Maulidur Rasul hari ini, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi, den hendak berkongsi tentang sebuah buku tentang sirah kehidupan baginda yang den baru habis baca.

Buku: Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal oleh Martin Lings. 

Terjemahan: Farhan Affandi dan Al-Mustaqeem M. Radhi

Terbitan: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

495 mukasurat

Den terjumpa ramai orang sarankan untuk membaca buku Muhammad: His Life Based on The Earliest Sources atau buku terjemahannya iaitu Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal oleh Martin Lings.

Buku ini den beli semasa Pesta Buku Selangor 2022.

Lama den berkira-kira hendak membaca buku ini bukan hanya sebab ianya tebal tetapi lebih kepada rasa risau, susah hati semua ada dek mengenangkan diri yang terpleot di sana sini.

Buku yang den tidak sangka akan termasuk di dalam kategori buku yang dibaca berterusan sebab sangat menawan hati sejak dibaca bait ayat pertamanya.

Gaya penulisan yang ringkas tetapi padat serta terjemahan yang pada den sampai kepada pembaca.

Ayat yang mudah difahami tetapi menarik membuatkan kita hendak terus membaca.

Itu yang rabak mata marathon baca.

Lenggok penulisan yang menusuk kalbu.

Ini mengundang banyak sesi juraian air mata.

Buku yang dimulakan dengan kisah Nabi Ibrahim AS dan diakhiri dengan kemangkatan Nabi Muhammad SAW.

Buku yang ada ketikanya buat rasa sebak dan sayu sampai mengalir air mata padahal baca buku ni sambil dengar lagu 2NE1, Bigbang bagai. 

Lagi-lagi bila baca tentang pelaksanaan solat semasa Perang Uhud dan kisah Rasulullah SAW bersama-sama mengorek parit semasa Perang Khandaq.

Sayu tuh tidak tahu hendak cerita macam mana.

 

Udah la den baca buku ni masa dalam ETS yang berenyut-renyut manusia kan.

Tak tau kalau ada yang kata 'acik bawang ni baca buku apa sampai teriak-teriak ni, nak kata kena tinggai marka udah tua bangka'.

Ini spekulasi den sendiri sahaja hhehehee.

Majoriti penumpang ETS tidur masa ni hehehehehe.

 

Terkesima membaca huraian tata kelola dan strategi survival dan perang.

Meremang bulu roma bila baca bab 75 Pembukaan Mekah.

Ada bab yang mendebarkan macam kisah beberapa orang tokoh Quraisy yang kita pernah belajar masa sekolah dulu atau dengar ceramah akhirnya memeluk Islam tetapi pada bab tersebut masih menentang Islam.

Diceritakan juga tentang mukjizat-mukjizat Rasulullah SAW.

Kisah pemegang kunci Kaabah dan penjaga telaga zam-zam menghuraikan tentang keadilan Nabi Muhammad SAW.

Kisah Saidina Abu Bakar buat air mata bergenang sebab beliau sangat kasih kepada Rasulullah SAW.

 

Dia jadi sayu pilu sebak jiwa kacau apa semua ni sebab mengenangkan amalan diri sendiri yang ke laut dalam sama pun iya.

Terfikir-fikir adakah den akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang akan mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak.

 

Den sangat menyarankan kome membaca buku ini sebab keistimewaannya tidak dapat den kobakan dengan tepat.

Seriously one of the best and greatest book ever written.


Tahniah kepada Inisiatif Buku Darul Ehsan kerana menterjemahkan dan menerbitkan buku yang pada pendapat den perlu dibaca paling kurang sekali di dalam hidup.

Ini buku kedua den beli daripada IBDE.

Buku pertama adalah Jose Rizal Melayu Agung.

Antara buku yang harus dibaca juga.

Ada beberapa buku oleh IBDE yang den berhasrat hendak beli tetapi itu la kena menabung dulu sebab harga buku-bukunya agak keras (untuk den) tetapi setanding kualitinya.

Tak tau la bila dapat belinya ye sebab hendak beli beras pun udah menggaru-garu kepala.

Sempena Maulidur Rasul ini, moh kita sama-sama kita berusaha memperbaiki diri agar kita dapat menjadi umat yang terbaik.

Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita.

Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan.

Firman Allah:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21).

Moh baca buku Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal oleh Martin Lings ye.

In sya Allah berbaloi-baloi.

0 Comments