Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tinggal hanya 3 bulan lebih sebelum kita menutup tirai 2023.

Semoga kita diizinkan Allah untuk melipatkan gandakan amal ibadah yang berpanjangan.

Mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk memberi sumbangan melalui Kempen Musim Sejuk Syria-Palestin-Yaman oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bermula 15 September 2023 sehingga Febuari 2024.

Syria Humanitarian Needs Overview (HNO) menganggarkan lebih 15.3 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria, menjadikan jumlah itu adalah jumlah tertinggi dari bermulanya krisis di Syria. Manakala lebih 6.8 juta telah menjadi pelarian akibat kehilangan tempat tinggal di dalam Syria sendiri.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Musim Sejuk yang memasuki tahun ke 12 bertujuan mengumpul dana sumbangan untuk penyaluran bantuan kepada negara Syria serta dua negara lain yang turut mempunyai krisis kemanusiaan terburuk; Palestin yang berterusan diserang rejim Israel tanpa henti bermula dari tahun 1948 dan Yaman yang dikategorikan sebagai negara Arab termiskin setelah terperangkap dalam perang sivil yang berpanjangan mengakibatkan jutaan rakyat di negara itu di ambang kebuluran.

“Bantuan akan diutamakan kepada dua jenis, Suapan Kasih dan Selimut Kasih. Seperti tahun sebelumnya, Suapan Kasih akan diberikan di dalam bentuk makanan dan bekalan makanan ruji untuk kegunaan harian mereka manakala Selimut Kasih diberikan di dalam bentuk pakaian dan barangan khusus musim sejuk supaya dapat memberi kehangatan kepada saudara kita,” kata Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang ditemui ketika acara pelancaran kempen ini.

Bantuan Suapan Kasih:

#Set hidangan panas

#Kotak makanan bekalan 2 minggu bagi setiap keluarga

#Infaq Pembinaan Telaga air di Yaman

Bantuan Selimut Kasih:

#Selimut tebal

#Set pakaian musim sejuk (jaket, stokin, kasut & mafla)

#Alat Pemanas

#Bahan bakar (Minyak diesel, birin, hampas kering zaitun)

Bantuan lain juga turut diberikan mengikut keadaan seperti bantuan kesihatan bagi golongan kurang upaya dan mereka yang terkesan akibat perang dan memerlukan rawatan atau pembedahan ekoran dari tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria beberapa bulan yang lalu. Selain itu, Peduli Insan juga meningkatkan usaha mereka dalam memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan sewajarnya.

https://www.facebook.com/peduliinsan.my/posts/pfbid0327SHQ5ysqrN3otTwSweezSxjM5MPo2dgJvDhW4pyZKRZ3NsU9NRavamRJgMHnxjdl

“Kita semua sedar pendidikan adalah salah satu cara untuk membuka ruang dan peluang buat anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka dan juga keluarga mereka. Kita dengar sendiri luahan anak-anak di kem pelarian Syria menyatakan hasrat mereka ingin ke sekolah ketika pasukan menyertai misi yang lalu tetapi keadaan kehidupan mereka yang terlalu dhaif tidak mengizinkan.” tambah beliau lagi.

Kempen Musim Sejuk (12) ini mensasarkan kutipan dana RM5 juta ringgit bermula dari tarikh pelancaran 15 September 2023 yang lalu sehingga bulan Febuari 2024.

Bagi orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya serta warga tua di tiga negara yang terlibat di dalam kempen ini boleh salurkan sumbangan melalui:

BANK ISLAM

0704 3011 0620 82

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

Ihsan Demi Insan

www.peduliinsan.org

Seringkali kita diperdengarkan dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W di dalam Riwayat Muslim:

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Marilah kita sama-sama menyumbang agar dapat membantu meringankan beban mereka yang amat memerlukan.

 


 

 


0 Comments