Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama udah den hendak review KDrama yang satu ini tetapi itu la asyik tertangguh.

Episod: 16

Genre: Drama Komedi

Waktu Tayangan: Disember 2019 - Februari 2020

Pelakon Utama: Lee Sun-kyun (Lee Seon-woong) dan Jung Ryeo-won (Cha Myeong-joo)

 

Gambling…once you’re hooked, there is no quitting.

Begitu pengajaran episod 5 kisah berjudi.

 

Ini adalah antara KDrama dalam genre kehidupan atau slice of life yang awesome banget bagi den.

Drama komedi kehidupan harian pendakwaraya + paling meriah dengan scenes makan-makan bersama rakan sekerja.

Sejenis drama yang memang akan buat kita terkesima seawal 5 minit episod pertama di mana ketua jabatan pendakwaraya (Chief Kim In Joo) dan pendakwaraya (Lee Seon-woong) menceroboh kawasan larangan tentera untuk memancing.

Memang bengong tau.

Udah la penjawat awam.

Pendakwaraya lagi.

Selamba je trespassing.

Kantoi pula tuh hehehehehe.

 

Lee Seon-woong bekerja di Jabatan Jenayah 2 di Jinyeong (ala-ala tempat jin bertendang) bersama 3 orang pendakwaraya lain iaitu:

1. Hong Jong Hak - senior prosecutor yang ala-ala lurus bendul dan baik hati. Banyak kes yang dikendalikan asyik tertangguh;

2. Oh Yoon Jin - mempunyai anak kembar yang berusia bawah 1 tahun. Kalut menguruskan anak-anak sebab PJJ dengan suami. Anak sakit, tidak cukup tidur semua ada; dan

3. Kim Jung Woo - pendakwaraya baru dan muda yang suka selfie dan update sosial media beriya. Selalu terlepas peluang untuk pergi berdating sebab tuntutan kerja.

 

Jabatan Jenayah 2 diketuai oleh Cho Min Ho yang disenangi oleh anak-anak buahnya sebab sekepala dengan depa.

 

Jabatan Jenayah 2 ni keroje deme asyik makan je la.

Makan tengahari bersama.

Meriah betul lauk deme makan tengahari.

Dekat ofis pun makan lagi.

Lepas keroje minum lagi bersama.

Rasanya ada dalam 30% drama ni adegan makan je.

Bila Cha Myeong-joo pendakwaraya dari Seoul menyertai Jabatan Jenayah 2, memang bertambah haru-biru sebab Myeong-joo ni sejenis ikut buku orangnya.

Biasa kita tengok KDrama tentang pendakwaraya, biasa ditunjuk tentang kehebatan pendakwaraya berhujah tentang kes-kes yang dibentangkan di mahkamah.

 

Tetapi Diary of A Prosecutor KDrama ini mengisahkan tentang kehidupan pendakwaraya di samping mereka bertugas sebagai pendakwaraya - tertangkap berjudi, menguruskan anak sampai tidak cukup tidur, ayah yang memberi rasuah, pertelingkahan dengan Jabatan Jenayah 1, berurusan dengan boss yang pilih kasih dan suka diampu, politik pejabat, masalah anak membuli di sekolah, masalah kesihatan, kisah keroje tidak siap, selisih faham dengan rakan sekerja, kena tipu dengan netizen, siap ada drama hantu bagai, etc.

Sumpah best cerita ni.

Memang banyak adegan mengundang ketawa tetapi setiap episod ada pengajaran.

Den paling suka episod deme hendak melumpuhkan sindiket perjudian di dalam hutan.

Love story hanya sekupang dalam cerita ini antara pendakwaraya muda tu.

 

KDrama yang satu ini telah menjadi antara feel good KDrama kepada den.

Den akan ulang tengok KDrama ni bila den rasa under the weather.

Sila tengok ye.

In sya Allah berbaloi.

0 Comments