Hello!!!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Acah-acah ada orang singgah baca blog den yang telah lama bersawang ini hehehehehe.
Angan-angan untuk update blog paling kurang sekali seminggu tinggal angan-angan begitu.
Kalau pakar motivasi udah akan keluarkan ayat ‘setiap orang mempunyai 24 jam yang sama setiap hari, kenapa ada orang boleh update blog sekali sehari tetapi kamu ini sekali seminggu pun terpleot’.
Bila masuk fasa hibernasi dan procrastination ini memang mengerikan.
Dia punya melemau itu memang tidak dapat dibincang.
Walaupun ada banyak maklumat boleh dikongsi dan diceritakan, rasa tidak mahu buat apa-apa itu sangat tinggi.
Sesi berjimbaan di Semporna pun tidak habis lagi dikongsikan.
Ada cerita makan sedap di kedai yang awesome.
First solo trip dalam hidup di Singapura.
Kisah kursus 16 hari di Kansai, Jepun.
Review movie, KDrama dan buku pun sudah lama tidak buat.
Terjebak pula dengan marathon main Candy Crush.
Belum lagi dikira dengan ulang tengok KDrama yang dulu-dulu.
Memang mengundang fasa kemalasan melampau begitu.
Hendak keluar daripada fasa begini memang mengambil masa.
Kadang-kadang makan bulan.
Begitulah.
Bukan sahaja blog tidak diupdate.
Semua media sosial yang lain pun terbengkalai sama.
Sudah lama tidak mohon untuk sertai mana-mana program dan review.
Memang haru biru sungguh.
Haish.
Kerja pun asbab telah beraku janji dan kalau asyik cuti haruslah kena tindakan tatatertib.
Den masih pakai mask sebab di samping mengurangkan potensi untuk mendapat penyakit bawaan udara, den sebenarnya tidak terasa hendak senyum atau bersembang dengan sesiapa.
Jadinya pakai mask ini dapat mengurangkan kebarangkalian interaksi.
Dasyat kan fasa terpleot den ni?
Rutin kehidupan harian diteruskan dengan lompong di sana sini.
Pokok-pokok yang ada sepohon dua itu pun lama den tidak pesoh, makanya habis mati hampir semua.
Padahal perlu siram sahaja kalau pun tidak mahu berbicara dengan pokok kan?
Tiba-tiba ada pokok paku pakis tumbuh di celah rekahan tiles di balkoni den ni.
Gigih dia hidup walaupun den tak siram dia sekali pun.
Tiba-tiba je muncul.
Ikan gupi den nasib baik lasak, tidak bagi makan 3,4 hari pun masih hidup.
Kalau bela ikan emas gamaknya udah mati terbelingkang semuanya.
Reading slump memang usah dibicara buat merobek jiwa begitu.
Memang tidak pandang langsung blog.
Adoi la dia pun terpleot tuh tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Tetapi sebagaimana pakar motivasi atau buku self help selalu cakap ‘apabila kita jatuh sekali, kita perlu bangun lapan kali’.
Jadinya in sya Allah mari kita cuba semula untuk update blog walaupun dengan cerita yang paling picisan supaya semangat mencoret di blog ini tetap dapat diteruskan.
Hidup memang akan ada fasa terpleot tetapi selagi namanya masih bernyawa, ayuh kita cuba menjalani kehidupan sehabis baik ye.
Chaiyok!!!!!
Bila otak jem di pejabat, kita buat lawatan tapak untuk tengok view macam ini |
0 Comments