Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Baru-baru ini den berpeluang menghadiri kursus di Hyogo, Jepun selama lebih kurang 16 hari pada Jun 2023 yang lepas.

Itu adalah kali pertama den menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu.

In sya Allah pengalaman berkursus di Jepun akan den ceritakan suatu hari nanti.

Pemandangan dari bilik asrama tempat kursus pun dah cantik kan?

Walaupun hanya berkesempatan berjalan sekupang dua kerana jadual kursus yang begitu padat, den akhirnya mengerti kenapa ramai orang mencadangkan untuk melancong ke Jepun.

Selalu den lihat daripada pembacaan atau tengok video ramai yang mencadangkan untuk melancong ke Jepun paling kurang sekali kerana Jepun awesome banget.

Jadinya den senaraikan 18 sebab kenapa Jepun adalah salah satu negara yang ideal untuk percutian bersama keluarga, teman-teman atau solo traveller:

1. Negara Paling Selamat Untuk Solo Traveller

2. Public Transport Mantap, Meletop dan Awesome

3. Banyak Kawasan Hijau dan Alam Semulajadi (Hutan, Taman, Kolam Air Panas, Tasik, Air Terjun, etc)

4. Sakura atau Cherry Blossom

5. Kekayaan Sejarah (Ancient History)

6. 25 Tapak Warisan Dunia UNESCO (World Heritage Sites)

7. Kekayaan Adat Resam, Budaya dan Gaya Hidup

8. Aneka Pilihan Taman Tema

9. Makanan Tempatan dan Tradisional Jepun

10. Negara Maju dan Berteknologi Tinggi

11. Negara Sangat Bersih, Pelbagai Kemudahan Mesra Muslim dan Rakyat Berhemah dan Berdisiplin

12. Syurga Barangan Pre-Loved dan Barangan Berjenama

13. Syurga Skincare dan Kosmetik

14. Banyak Tempat Menarik Percuma

15. Syurga Anime, Manga dan Superheroes

16. Lokasi Strategik - Antara Negara Empat Musim Yang Dekat dengan Malaysia

17. Tidak Perlukan Visa

18. Rakyat Berbudi Bahasa dan Sedia Untuk Membantu Walaupun Wujud Kekangan Bahasa

Jom baca perincian 18 sebab kenapa Jepun adalah salah satu negara yang ideal untuk percutian bersama keluarga, teman-teman atau solo traveller.

Memang panjang berjela pula penerangan den siap contoh, gambar bagai huhuhuhu.

Tapi in sya Allah berbaloi pembacaan kome nanti.

Jadi mari kita lihat 18 sebab kenapa kome kena pilih Jepun sebagai destinasi liburan ye.

 

1. Negara Paling Selamat Untuk Solo Traveller

Berdasarkan satu survey yang dijalankan oleh satu agensi pelancongan dan diterbitkan pada Jun 2023, Jepun merupakan negara yang paling selamat di dunia untuk solo traveller.

Kalau udah paling selamat untuk solo traveller, in sya Allah akan paling selamat juga untuk kumpulan yang lebih besar iaitu keluarga dan teman-teman.

Berdasarkan survey tersebut, Jepun di tempat pertama negara paling selamat dengan markah tertinggi iaitu 76.9%.

Jepun mempunyai indeks kadar jenayah di bandar besar seperti Tokyo dan Osaka yang rendah iaitu 23.1%.

Untuk pembacaan lanjut tentang perkara berkaitan negara selamat untuk solo traveller boleh layari

https://www.newsobserver.com/detour/article276548816.html#storylink=cpy

 

Semasa den berkesempatan berjalan sekupang dua, memang rasa selamat walaupun merayap di waktu malam.

Vibes selamat itu memang terasa.

 

Sesi berjimbaan ke mana-mana baik ikut tour group, pergi sendiri bersama keluarga atau kawan-kawan lagi-lagi kalau solo traveller, hendaklah pilih negara yang selamat bagi meminimakan risiko dan memaksimakan kegembiraan semasa berjalan-jalan.

Jadinya in sya Allah bila kita maklum negara tuh selamat, hati tenang hendak berjimba di sana sini.

 

2. Public Transport Mantap, Meletop dan Awesome

Den berkesempatan menaiki jaringan keretapi dan bas semasa berkursus di Jepun.

Sempat menggunakan pengangkutan awam ke Kobe - Osaka - Nara - Kyoto.

Itu pun sebab hanya ada sedikit masa untuk berjalan asbab jadual kelas padat.

Kalau memang pergi berjalan sendiri, tidak tahu la ke mana den merayap sakan ye hehehehe.

Kalau kome membuat carian negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam terbaik di dunia, tidak kira siapa atau agensi mana yang membuat senarai tersebut, pastinya Jepun akan termasuk di dalam senarai itu.

Bagi den, walaupun sakan sesat barat sebab keliru antara Japan Railway Line, Hashin Line, Subway Line, local train, etc pengangkutan awam di Jepun memang kelas A++.

Banyak beno laluan keluar makanya sesat barat itu normal

Capaian public transport ke seantero pelusuk tempat di Jepun + frekuensi/kekerapan yang tinggi + tepat masa + bersih.

Untuk pelancong sebenarnya ada beberapa pass yang kita boleh beli bagi penjimatan macam Japan Rail Pass, Tokyo Metro Pass, Kansai Thru Pass, Kansai One Pass, Osaka Amazing Pass, Kawaguchiko sightseeing bus pass, etc.

Disebabkan den tidak berkesempatan ke mana sangat pun, tidak sesuai membeli pass sebegini pada kali ini.

Den cuma menggunakan kad ICOCA sepanjang 16 hari den di Jepun.

Orang kata kalau pergi Jepun tidak lengkap itinerari kalau tidak naik keretapi laju atau bullet train yang dikenali sebagai Shinkansen.

Kali ini tidak ada rezeki naik Shinkansen walaupun sempat singgah di satu stesen Shinkansen dan nampak kelibat Shinkansen.

In sya Allah den akan cuba naik Shinkansen bila ada rezeki menjejak kaki ke Jepun lagi pada masa akan datang.

Shinkasen sejak mula diperkenalkan pada 1964, sepanjang 50 tahun operasinya dan membawa lebih 10 billion penumpang, tidak pernah berlaku satu pun kemalangan dan kecederaan kepada penumpangnya.

Jadinya memang kena datang Jepun lagi untuk naik Shinkasen la kan?

Memang awesome teruk pengangkutan awam di Jepun ni.

Mudah untuk kita berjalan ke sana sini ke seantero kawasan.

3. Banyak Kawasan Hijau dan Alam Semulajadi (Hutan, Taman, Kolam Air Panas, Tasik, Air Terjun, etc)

Sebut sahaja Jepun, pasti antara perkara pertama terlintas di fikiran adalah Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun (3776 meter).

Ini salah satu tempat wajib pergi di Jepun.

Kalau tidak ke Gunung Fuji seolah-olah pergi Malaysia tapi tidak melawat Menara Berkembar Petronas begitu.

Cumanya den memang tidak sempat ke Gunung Fuji kerana jauh lokasinya dari tempat kursus den.

In sya Allah satu hari nanti ye.

 

Kita biasa dengar ada taman di Malaysia yang berkonsepkan Taman Jepun yang memberikan ketenangan dan keindahan kepada pemiliknya.

Yang terdekat adalah Taman Jepun berdekatan Tasik Shah Alam yang den belum sampai lagi huhuhuhu.

Jadinya kalau ke Jepun kita perlu masukkan agenda melawat paling kurang satu taman sebegini.

Shinjunku Gyoen National Garden di Tokyo dikatakan antara taman yang wajib singgah sebab keindahannya.

 

Den berkesempatan melawat Koko-En Nishi Oyashiki-Ato Garden.

Taman ini pun sudah cukup cantik, tenang dan awesome untuk den dengan pelbagai spesies pokok menghijau, aneka bunga berwarna-warni, kolam yang mengandungi ikan koi, susunan batu, jambatan, etc.

Kome kena singgah tau Nara Park sebab boleh beramah mesra dengan rusa-rusa jinak yang ada di sini.

Cuma den kena datang lagi Nara Park untuk panjat Gunung Nakakusa yang terletak berdekatan Nara Park bagi melihat pemandangan Nara dari puncak.


Sila masukkan dalam agenda Maiko Park juga kerana boleh nampak pemandangan Jambatan Akashi Kaikyo, the second longest suspension bridge in the world

Ini tempat den hendak ulang pergi satu nanti nanti.

Sumpah berbaloi.

 

Kome kena masukkan dalam itinerari untuk naik cable car bagi berjalan-jalan di taman herba dan ros di Kobe Numobiki Herbs Garden & Ropeway.

Wanita lagi-lagi emak-emak in sya Allah akan suka tempat ini sebab memang cantik semua bunga-bunga yang ada di sini.

Den hendak ulang pergi di sini kerana tidak sempat masuk ke rumah kacanya.

Pergi Kyoto tetapi tidak pergi ke Arashiyama Bamboo Groove macam tidak lengkap itinerarinya.

Tapi itu la tidak sempat den hendak ke sini.

Alasan kuat untuk menabung ke Kyoto lagi nampaknya.

 

Onsen, kolam air panas (hotspring) semulajadi pun antara pengalaman wajib rasa di Jepun kata orang.

Den tidak sempat ke mana-mana onsen pun huhuhuhu.

Kena masukkan dalam agenda untuk bersantai di private open-air bath di Kawaguchiko sambil mengadap pemandangan Gunung Fuji.

 

Lake Biwa, Lake Kawaguchiko, Lake Saiko dan pelbagai tasik lagi kena masukkan dalam agenda juga.

Ini satu pun den tidak sempat pergi.

Tombori River Cruise pun macam menarik kan?

 

Terdapat pelbagai keindahan alam semulajadi di Jepun ni.

Kedua-dua tempat ini terletak bersebelahan tempat kursus den

Antara sempat atau tidak sahaja kita hendak pergi.

Kena susun itinerari betul-betul supaya kita boleh memaksimakan tempat yang boleh dilawat dalam tempoh hari yang terhad.

4. Sakura atau Cherry Blossom

Ada lebih kurang 20 negara di dunia yang kita boleh melihat pemandangan cherry blossom atau sakura.

Yang terdekat dengan Malaysia adalah Taiwan, Thailand dan Myanmar.

Tetapi tetap la juga ramai pelancong ke Jepun di antara akhir Mac dan awal Mei pada musim bunga setiap tahun bagi merasai pengalaman melihat bunga sakura di negara matahari terbit itu.

 

Apa isitimewanya bunga sakura atau cherry blossom di Jepun ini?

Bukan sahaja taburan bunga sakura berada hampir di setiap pelusuk Jepun.

Tokyo, Osaka, Sapporo, Nagoya, Hiroshima dan Fukouka adalah lokasi kebiasannya orang menghayati bunga sakura.

Keadaan geografi Jepun itu sendiri menyebabkan pemandangan keindahan sakura sangat awesome.

 

Tetapi apabila datang ke Jepun semasa musim bunga sakura, mohon bersedia dengan harga tiket kapal terbang, penginapan dan sebagainya melambung tinggi.

Perlu bertabah juga dengan berenyut-renyut manusia pada ketika ini.

 

Kalau den berpeluang ke Jepun semasa musim bunga sakura, den hendak tengok bunga sakura di empat tempat.

1. Kawaguchiko sebab hendak lihat Gunung Fuji di sebalik bunga sakura.

2. Gunung Yoshino di Nara.

Dikatakan terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang meliputi kawasan gunung ini.

3. Arashiyama.

Hendak lihat pemandangan jambatan Togetsukyo yang berlatarbelakangkan bunga sakura dan gunung-ganang.

4. Sungai Mekuro, Nakameguro.

 

Kalau dapat sewa kimono dan berjalan di bawah rimbunan bunga sakura, pasti cantik gambar-gambarnya kan?

Disebabkan den tidak pernah tengok bunga sakura di mana-mana pun, den kongsikan gambar yang den dapat di google ye.

5. Kekayaan Sejarah (Ancient History)

Panjang sejarah Jepun ni kalau kita baca bermula dari Nara Period.

Tetapi sejarah Jepun yang den pernah baca sedikit sebanyak adalah Edo Period (era Shogun Tokugawa Ieyasu dan Samurai), Meiji Restoration Period dan Perang Dunia Kedua terutamanya pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Tinggalan perkara berkaitan lipatan sejarah Jepun dapat dilihat pada bangunan istana (castle), shrine, temple, muzium dan sebagainya.

 

Den berkesempatan melawat Kinkakuji Temple atau lebih dikenali sebagai Golden Pavillion, Kyoto.

Tokong ini asalnya merupakan villa seorang shogun, Ashikaga Yoshimitsu.

Torri gates atau pagar tradisional Jepun yang dikatakan sebagai pintu pengantara dunia manusia dan alam ghaib merupakan antara tempat popular yang pelawat sering kunjungi.

Antara torri gate yang sering diabadikan di dalam gambar adalah Fushimi Inari Shrine, Kyoto.

Den tidak berkesempatan untuk melawat torri gate kali ini.

 

Kepada mereka yang kurang selesa untuk melawat shrine, temple dan torri gates, boleh pilih pelbagai castles dan bangunan bersejarah lain untuk dilawati ye.

Den sempat singgah di Kitano Tenman Shrine

Osaka Castle dan Nagoya Castle antara castles yang kena masukkan di dalam senarai castle yang perlu dilawati di Jepun.

Ada beberapa istana (castle), shrine dan temple yang dikategorikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

 

Walaupun era shogun dan samurai telah berakhir pada 1870an apabila bermulanya era Meiji Restoration, samurai tetap menjadi lagenda kepada Jepun.

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun dikenali dengan nama Samurai Blue.

Tokugawa Shogunate adalah shogun terakhir di Jepun.

Kita boleh melawat Tokugawa Garden and Art Museum di Nagoya.

Ada Muzium Samurai juga di Tokyo.

Boleh juga melawat Samurai & Ninja Museum di Kyoto.

 

Den sempat lawat Kobe Earthquake Memorial Museum (The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial Disaster Reduction and Human Renovation Institution) yang merekodkan sejarah dan pembangunan semula Kobe, Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala 7.3 magnitud skala Ritcher pada 5.46 pagi, 17 Januari 1995.

Cumanya tiada gambar di sini kerana tidak dibenarkan mengambil di dalam kebanyakan tempat dalam muzium.

Den tidak sempat hendak pergi ke Kobe Maritime Museum walaupun sepelaung dari tempat kursus.

Sempat ambil gambar di luar Hyogo Prefectural Museum of Art ni je. Tidak sempat pergi walaupun sepelaung je dari tempat kursus

6. 25 Tapak Warisan Dunia UNESCO (World Heritage Sites)

Berdasarkan senarai tapak warisan dunia UNESCO bagi Jepun pada 2023, terdapat 25 tapak warisan dunia yang telah diwartakan.

Kena pilih mana satu tapak warisan dunia yang kita hendak lawat ye.

 

Kansai Region meliputi Kyoto, Nara, Osaka, Hyogo, Shiga, Wakayama, Tokushima dan Tottori mempunyai pelbagai kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia yang boleh dibahagikan berdasarkan era:

1. The Ancient Time Area

2. The Asuka Period Area

3. The Nara Period Area

4. The Heian Period to Muromachi Period Area

5. The Warring Period to Edo Period Area

Kome memang perlu melawat Himeji Castle atau White Heron Castle (Hakuro-jo) ye kerana ianya merupakan tapak warisan dunia pertama Jepun yang diwartakan sebagai UNESCO Cultural World Heritage Site.

Kukuhkan kekuda kaki untuk menjelajah istana setinggi 6 tingkat ini ye.

Tempat wajib bergambar di sini

Nijo-jo Castle yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994 juga molek untuk dilawati.

Nijo-jo Castle yang dibina pada tahun 1603 ini pada asalnya merupakan tempat tinggal Tokugawa Ieyasu, seorang shogun pada zaman Edo (1603-1867).

Memang terserlah kehalusan dan keindahan seni bina istana ini terutamanya lukisan-lukisan yang terdapat pada dinding istana.

Ada motif harimau, burung, bunga, pokok, etc.

Ada dewan yang ditempatkan dengan replika shogun dan orang kenamaan yang berjumpa beliau.

Sayangnya tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam istana ini.

 

Nara sememangnya dikenali sebagai kawasan ancient history.

Todaiji Temple, Kohfukuji Temple, Gangoji Temple, Toshodaiji Temple, Yakushiji Temple, Kasuga Taisha Shrine, Heijo Palace Site dan Kasaguyama Primeval Forest adalah kawasan di Nara yang diwartakan sebagai Historical Monuments of Ancient Nara, World Heritage Sites oleh UNESCO.

Den cuma sempat melalukan di hadapan Kohfukuji Temple semasa hendak berjalan-jalan di Sanjo-dori Street, Nara.

Kalau kome memandu, kome boleh menggunakan lebuhraya The Rekishikaido (Historical Highway) yang menghubungkan semua kawasan di dalam Kansai Region ini.

Tottori Sand Dunes dan San’in Kaigan merupakan kawasan yang diwartakan sebagai UNESCO Global Geopark Area.

Banyak lagi la kawasan yang telah diwartakan di UNESCO ni.

Cuma kitanya sempat melawat yang mana je kalau ke Jepun nanti.

 

7. Kekayaan Adat Resam, Budaya dan Gaya Hidup

Jepun sememangnya terkenal dengan budaya, adat resam dan gaya hidup.

Kyoto adalah bandar legasi budaya.

Diikuti oleh Nara.

Jadinya dua tempat ini jatuh kategori wajib pergi kalau bicara tentang budaya.

 

Kalau sebut Jepun tidak sah kalau tidak dikaitkan dengan kimono.

Kome boleh menyewa kimono (atau yukata pada musim panas) untuk bergambar di sekitar tarikan pelancong yang indah di Jepun.

Ada banyak tempat menyediakan perkhidmatan sewaan kimono dan yukata

Semasa den berjalan di Nara, ada sewaan kimono dan yukata.

Sewaan kimono dalam 3,850 yen (RM130).

Tapi memang tidak sempat pada ketika itu hendak sewa kimono bagai sebab mengejar masa.

Kalau di Gion, Kyoto terdapat banyak rumah teh, restoran dan kedai yang ada pelayan tradisional Jepun iaitu Geisha.

Siapa peminat buku dan movie Memoirs of A Geisha mungkin tidak mahu melepaskan peluang bertemu dengan geisha secara realiti.

 

Ada persembahan tradisional juga macam teater Kabuki dan Nogaku dan sebagainya.

 

Den berkesempatan minum teh hijau di dalam tea ceremony di Kyoto tetapi bukan dalam kawasan tradisi.

Kami pergi ke rumah teh di tengah-tengah bandar Kyoto.

Pekat betul teh hijau masa tea ceremony ni

Kalau baca buku The Japanese Way of Tea oleh Soshitsu Sen, terdapat lebih kurang 331 aturan untuk proses tea ceremony ni.

Tea ceremony bermula di Jepun sejak 1591.

 

Kalau Thailand terkenal dengan Muay Thai, Jepun terkenal dengan Sumo.

Jika berpeluang satu hari nanti ke Jepun lagi dan ada bajet lebih, teringin hendak tengok perlawanan sumo yang lengkap siap dengan bow twirling ceremony (yumitori-shiki).

 

Teringin juga hendak bersantai di ryokan (penginapan tradisional Jepun dengan bilik tatami-matted).

Lagi awesome kalau ryokan mempunyai onsen untuk kita berendam sakan kan?

 

Kehidupan orang Jepun digambarkan sebagai mendukung konsep ikigai (sebab untuk hidup), kaizen (penambahbaikan berterusan), omoiyari (empati dan bertimbang rasa) dan sebagainya.

Banyak lagi budaya, adat resam dan gaya hidup orang Jepun yang tidak tertulis di sini.

Banyak benda hendak tengok dan hendak dilakukan di Jepun ni kan?

 

8. Aneka Pilihan Taman Tema (Amusement Parks)

Ha….sebab yang satu ini kenapa perlu melancong ke Jepun adalah bagi mereka yang sukakan adventure atau aktiviti yang meningkatkan kadar adrenalin atau aktiviti yang bisa tercopot jantungnya.

Ada berenyut-renyut taman tema di Jepun tetapi yang selalu meniti di bibir orang Malaysia adalah Universal Studio Japan, Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea.

Den memang tidak berminat dengan aktiviti yang bisa membuat kadar degupan jantung meningkat ni.

Kalau hendak pergi ke Universal Studio Japan pun den cuma hendak pergi ke Wizarding World of Harry Potter begitu.

Anak den si F pasti hendak masuk ke Jurassic Park.

Adik dia udah tentu hendak masuk ke Spiderman.

 

Tetapi mereka yang pernah pergi ke taman-taman tema di Jepun ini mengatakan tidak cukup satu hari untuk menikmati semua permainan atau tarikan yang ada.

Bagi tarikan yang ramai peminatnya, kadang kala beratur sahaja boleh mengambil masa paling kurang 1 jam.

Kawan satu kursus yang pergi ke Universal Studio bagitau paling kurang kena ambil masa 2 hari untuk puas hati bermain segala mak nenek tarikan yang ada di sini.

Cilok gambar di Universal Studio Japan ni dari kawan-kawan satu kursus yang pergi ke sana

Jadinya kepada sesiapa yang memang suka pergi ke taman tema, kena setkan masa betul-betul supaya dapat maksimakan kegirangan bermain di sini.

 

9. Makanan Tempatan dan Tradisional Jepun

Di merata tempat di Malaysia ni kita boleh jumpa makanan Jepun.

Paling sinonim adalah restoran sushi.

Memang kebanyakan makanan Jepun kita boleh temui di Malaysia.

Senang sebab confirm halal lagi kan cumanya feeling nya agak berbeza bila kita makan makanan tempatan dan tradisi tersebut di negara asalnya sendiri.

Jadinya bila udah ke Jepun sudah tentu kita hendak rasa masakan tempatan dan tradisional Jepun.

 

Cumanya hendak mencari kedai yang halal agak sukar sedikit lagi-lagi apabila kita berada di luar Tokyo dan Osaka.

Kita harapkan usaha Jepun untuk menyediakan kemudahan yang mesra Islam termasuk makanan halal akan lebih meningkat di masa hadapan.

 

Sushi, ramen, udon, takoyaki, tempura, wagyu dan sebagainya antara yang kita perlu makan di Jepun.

Den tidak jumpa sushi dan ramen halal di Jepun hari tu, jadinya tidak la makan kedua makanan ini.

Menggoda kan tapi itu la tidak sempat menyiasat sushi yang halal

Sempat makan takoyaki di Restoran Matsuri, Osaka.

Rupanya takoyaki di Jepun hanya ada sotong sebagainya intinya.

Memang berenyut manusia dekat kedai Matsuri ni
Macam-macam toping ado tapi ini model je ye yang sebenar lupa ambil gambo terus makan. Haish

Rezeki dapat makan udon semasa ke pusat latihan bola sepak di Sakai.

Serious teringat-ingat dekat udon di sini. 1500 yen untuk hidangan buffet macam ni berbaloi sangat kan?

Pertama kali makan daging wagyu di Wagyu Yakiniku Osaka Panga.

Gambar sebelum je mampu. Terlupa langsung nak ambil gambar lepas daging digrill

Harga memang keras tapi betul la kata orang daging wagyu ni dia cair dalam mulut.

Baru den mengerti frasa ‘melt in your mouth’.

 

Kome memang perlu makan mochi di Nara sebab sedap banget.

Lembut sungguh.

Teringat-ingat sampai hari ini.

Mochi ni adakah sebenarnya tepung gomak?

Kalau cerita pasal makanan laut di Jepun, semua jenis hidupan laut ada.

Ketam Alaska, lobster, scallop besar tapak tangan semua ada.

Pilih aje mana berkenan di hati.

Kena ulang pergi Osaka yang turut dikenali sebagai tenka no daidokoro (dapur negara) sebab banyak makanan yang den tidak sempat makan macam Ramen Honolu dan Okonomiyaki.

Memang berenyut ye manusia di lorong yang ada macam-macam restoran di Osaka ni. Kalau bawa budak, pegang tangan deme kuat-kuat ye sebab kalau terlepas jenuh juga

Kalau pergi Kobe tidak makan Kobe Beef macam tidak kena kan?

Nampaknya kena ulang pergi Kobe untuk cari Kobe Beef halal nanti ni.

Ni makan di supermarket dekat tempat kursus. Sedap sungguh akar teratai tuh

Kalau pergi Jepun tidak minum teh hijau (green tea) dan matcha memang tidak lengkap kembara ke Jepun begitu.

Tea ceremony menggunakan teh hijau dan matcha.

Teh hijau ni juga sesuai dijadikan souvenir kepada keluarga dan rakan taulan.

 

Semoga banyak lagi kedai makan di Jepun yang sediakan makanan mesra muslim di masa akan datang.

Untuk senarai kedai halal di Jepun boleh baca sehingga habis post ini ye.

 

10. Negara Maju Berteknologi Tinggi

Negara pengeluar kenderaan Honda, Nissan, Toyota dan sebagainya ini sememangnya terkenal sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi.

 

Tengok sahaja la keretapi laju mereka, Shinkasen.

Mula diperkenalkan sejak tahun 1964.

Kalau cerita pasal keretapi ni, kena masukkan dalam itinerary untuk melawat SCMAGLEV and Railway Park, Nagoya.

Muzium keretapi ini menempatkan 39 buah keretapi yang pernah beroperasi di landasan keretapi Jepun.

 

Perkakasan elektrik jenama Panasonic yang masih bertahan sehingga kini diasaskan pada 1918.

 

Den tidak berkesempatan jumpa pelbagai jenis vending machine sebab tiada kesempatan merayap sakan.

Jepun dikatakan mempunyai lebih 5 juta vending machine yang jual aneka jenis makanan dan barangan.

Den cuma sempat jumpa vending machine yang jual pelbagai jenis air, aneka jenis kopi dan vending machine jual Orizuru (origami berbentuk burung bangau).

Sold out orizuru ni

Bila den melawat Pusat Informasi Jambatan Akashi Kaikyo dan Omron Global, baru den mengerti kenapa Malaysia masih berterusan menghantar pelajar cemerlang negara untuk belajar kejuruteraan di Jepun.

Teknologi termasuk kejuruteraan di Jepun adalah top notch.

 

Berdasarkan buku Bridges A History of the World's Most Spectacular Spanish by Judith Dupré yang menyenaraikan 56 jambatan terpilih dari seluruh dunia bermula dari jambatan yang dipilih dari 18 B. C. (2040 tahun dahulu) atau A. D. 134 sehingga jambatan yang dibina pada 2020, tiga buah jambatan di Jepun termasuk di dalam senarai ini.

1. Hitsuishijima and Iwakurojima Bridges, Kojima-Sakaide merentasi Seto Inland Sea.

Siap pada 1988.

Seto Inland Sea merupakan laluan pengangkutan utama dan taman negara terletak di kawasan gempa bumi dan taufan.

 

2. Tatara Bridge, Hiroshima-Ehime merentasi Seto Inland Sea.

Siap pada 1999.

Merupakan jambatan cable-stayed terpanjang di dunia (1999 - 2008) sehingga Sutong Yangtze River Bridge, China dibuka pada 2008.

 

3. Akashi Kaikyo Bridge merentasi pulau Awaji ke Onaruto Bridge dan berakhir di pulau Shikoku.

Sebahagian daripada Kobe-Awaji-Naruto Expressway.

Menghubungkan pulau Honshu dan Awaji.

Siap dibina pada 1998.

Dikatakan sebagai an engineering marvel and record breaker kerana direkabentuk untuk bertahan gempa bumi dengan 8.5 magnitud.

Merupakan suspension bridge terpanjang di dunia (1998 - 2022) sehingga Cannkkale Bridge, Turki dibuka pada 2022.

 

Terdapat 17 jambatan di Jepun direkabentuk mempunyai jangka hayat 200 tahun (2 kali ganda melebihi kebiasaan antarabangsa).

Den berkesempatan melawat Pusat Informasi dan masuk ke ruangan jambatan Akashi Kaikyo yang dibenarkan.

Memang awesome teruk.

Den yang tiada latarbelakang kejuruteraan pun terkesima dengan semua maklumat yang ada sampai menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di sini.

In sya Allah den hendak ulang datang sini lagi suatu hari ini.

 

Banyak lagi binaan dan bangunan yang menterjemahkan teknologi dan nilai seni Jepun.

Den hendak pergi melihat Umeda Sky Building dan macam-macam bangunan lagi.

Moh la kita menabung ye.

Pemandangan dari Shibuya Sky, Tokyo. Kawan kursus yang ke Tokyo kongsikan gambar ni.

11. Negara Sangat Bersih, Pelbagai Kemudahan Mesra Muslim dan Rakyat Berhemah dan Berdisiplin

Jepun adalah sebuah pulau yang dikelilingi dengan laut, sungai, tasik dan gunung ganang.

Ramai orang tanya den sempat tak jumpa longkang yang ada ikan koi di kawasan perumahan di Jepun.

Disebabkan den tidak sempat berjalan ke mana sangat, den tidak jumpa tempat sebegini.

Tetapi den sempat nampak longkang konkrit yang airnya jernih banget.

Semasa den brisk walking di sekitar tempat kursus beberapa pagi, den akan bertembung dengan beberapa orang warga emas yang membawa penyepit dan bag plastik bagi mengutip sampah.

Sampah diikat kemas dan diletakkan di satu tempat walaupun tiada tong sampah.

Den juga nampak kawasan yang dikhaskan untuk menghisap rokok di stesen keretapi.

Sepanjang den berkesempatan berjalan sekupang dua di beberapa tempat di kawasan Kobe-Osaka-Nara-Kyoto, seantero tempatnya memang bersih banget.

 

Di Osaka Station dan Namba Mall, Osaka tersedia prayer room siap lengkap dengan tempat wuduk, sejadah, telekung bagai.

Bagi kawasan yang tiada prayer room, kita boleh solat di ruang yang ada samada di tepi kedai, powder room dan sebagainya sebab kawasan di sini memang bersih.

Banyak je masjid di Jepun. Den berkesempatan pergi ke Masjid Kobe.

In sya Allah tidak sukar untuk solat di Jepun kerana kawasannya bersih.

Cuma pastikan jangan berkecah-kecah ambil wuduk ye.

Deme tidak suka lantai basah.

 

Kemudahan sewaan locker untuk menyimpan beg dan barang di beberapa tempat terutamanya stesen keretapi yang besar.

Den nampak deretan locker ini di Stesen Keretapi Osaka.

Ini akan memudahkan sesi berjimbaan di beberapa tempat yang mana memerlukan tempat persinggahan sebentar untuk barangan kita.

 

Daripada segi trafik, Jepun memberikan priority kepada pejalan kaki dan mereka yang menaiki basikal.

Laluan pejalan kaki dan laluan basikalnya macam ada di merata-rata.

In sya Allah rasa selamat berjalan kaki dan berbasikal di sini.

 

Den terkesima sekejap dengan toilet di Jepun.

Beraneka butang ye yang ada.

Ada pilihan tekanan air, suhu air dan cara pancuran pembersihan.

Sesetengahnya siap ada lagu lagi.

Tetapi disebabkan den mengejar masa.

Tidak la sempat den dengar lagu bagai.

Dua gambar ni je yang den sempat ambil

Ada beberapa toilet yang perlu tunjukkan tapak tangan macam Iron Man untuk flushing.

Boleh pula 16 hari duduk di Jepun tidak terfikir hendak ambil gambar toilet yang canggih di dalam bilik asrama itu.

Haish.

 

Tetapi ada beberapa kawasan yang toiletnya tiada built in bidet.

Ada juga kawasan yang agak lama hanya ada toilet cangkung.

Jadinya bagai toilet sebegini, kena bersedia dengan botol kosong untuk ambil air di sinki dan tisu basah ye.

 

Den terjumpa dengan kawasan kecil yang sedang dalam pembinaan.

Terkepung elok kawasan pembinaannya.

Sedap mata memandang.

 

Penutup lurang (manhole cover) di Jepun serius unik ye.

Den ambil gambar setiap penutup lurang yang den terjumpa berbeza corak berdasarkan keunikan tempat tersebut.

Penutup lurang di Nara ada gambar rusa sebab Nara terkenal dengan rusanya.

Den kongsikan sedikit gambar penutup lurang yang sempat den ambil gambar ye.

Kebanyakan rakyat Jepun mematuhi peraturan dengan jayanya.

Kalau lampu merah mereka memang tidak akan melintas walaupun tiada kenderaan di situ.

Mereka hanya akan melintas di kawasan yang ada lintasan belang.

 

Memang unik, bersih dan awesome Jepun ni.

 

12. Syurga Barangan Pre-Loved dan Barangan Berjenama

Jepun sememangnya terkenal dengan barangan terpakai (second hand dan pre-loved) dalam keadaan yang masih elok dan kadang-kadang macam baru.

 

Kalau di Malaysia kita ada kedai Jalan Jalan Japan dan 2nd Street, di Jepun ada pelbagai kedai barangan terpakai di seantero Jepun yang bisa bikin rambang mata untuk kita pilih barang-barangnya.

Daripada pakaian, beg tangan, topi, kasut, jam, aksesori, etc macam-macam ada.

Memang banyak sungguh kedai barangan terpakai yang kedainya tidak macam jual barang terpakai sebab barangannya masih molek, ada yang macam baru, tidak mempunyai bau yang pelik, etc.

Dalam pada sempat berjalan sekupang dua tu, sempat juga den dan kawan-kawan menjengah beberapa kedai pre-loved seperti 2nd Street dan beberapa kedai lain yang den telah lupa namanya huhuhu.

Memang sakan deme nih membeli belah hehehehe.

 

Kalau pergi ke Osaka jangan lupa singgah untuk membeli belah di Shinsaibashi, Yodobashi, Dotonburi, Namba, Umeda dan lain-lain.

Sini pun bisa rambang mata kerana macam-macam kedai yang ada terutamanya kedai pakaian, kasut, aksesori, peralatan muzik dan aneka barangan lagi.

Pelbagai jenama antarabangsa seperti LV, Puma, Nike dan lain-lain.

Sediakan aje la duitnya ye.

Kalau Uniqlo dan Daiso di Malaysia hanya ada 1 ruang kedai, Uniqlo dan Daiso setiap satunya 3 tingkat di Osaka.

Memang ralit kalau masuk ke dua tempat ini.

Cuma rajin tak rajin hendak beratur panjang untuk membayar kalau datang sini masa hari minggu.

Tokyo lagi la kan syurga membeli belah.

Tetapi disebabkan den tidak pergi ke Tokyo, idok la den tahu pasal tempat membeli belahnya.

Kalau kita baca di internet, biasa orang sebut kena pergi shopping di Shinjuku, Shibuya dan Harajuku.

 

Japanese Cotton antara produk yang pastinya emak-emak suka.

Kami terjumpa sebuah kedai menjual Japanese Cotton di Nara.

Terlupa hendak ambil gambar sebab kalut hendak beratur membeli mochi.

 

Ada macam-macam lagi benda yang kena shopping di Jepun.

Memang syurga membeli belah Jepun ini rupanya.

 

13. Syurga Skincare dan Kosmetik

Den yang tidak begitu ambil kisah tentang skincare dan barangan kosmetik pun rambang mata tengok aneka pilihan produk yang dijual di Osaka dan Hyogo.

Banyak sungguh drugstore dan kedai yang menjual skincare dan kosmetik.

Itu belum lagi shopping di Tokyo ye.

 

Walaupun produk SKII harganya lebih kurang sama dengan harga di Malaysia, ada produk skincare jenama lain yang kata kenalan den yang kerjanya keluar masuk drugstore untuk beli skincare jauh lebih murah dari di Malaysia.

Contohnya jenama Hada Labo.

 

Ada pelbagai pilihan produk skincare dan kosmetik buatan Jepun yang tiada di Malaysia.

 

Apa yang den perasan, memang ada pelbagai jenama face mask di supermarket dan drugstore.

Den dapat beli 40 helai face mask dengan harga 500 yen (RM16.50).

Jadinya sehelai face mask jatuh dalam 42 sen.

Murah teruk kan?

Walaupun bukan jenama terkenal tetapi tetap la juga menarik harganya itu.

 

Bagi sesiapa yang memang peminat skincare dan kosmetik, in sya Allah kome memang akan terpesona dengan pelbagai pilihan yang ada.

Cuma perlu meluangkan banyak masa untuk memilih dan membandingkan setiap satu produk yang kome berkenan.

Kena sediakan berenyut-renyut wang juga.

 

14. Banyak Tempat Menarik Percuma

Walaupun banyak tempat menarik tumpuan pelancong di Jepun ada entry fee dan sebagainya tetapi banyak juga tempat percuma yang tidak kurang menariknya.

Sebahagian taman-taman indah, kawasan semulajadi, muzium, temple, shrine, perpustakaan dan lain-lain di Jepun ada yang percuma.

Kawan satu kursus kongsikan gambar dia melepak tengok Shibuya Crossing di Tokyo

Meiji University Museum, Tokyo Waterworks Historical Museum, Currency Museum dan Panasonic Museum adalah muzium yang den berhasrat hendak pergi melawat suatu hari nanti.

 

The East Garden of Imperial Palace, Higo-Hosukawa Garden, Yoshikien Garden, Musashimurayama Sunflower Garden, Shinshuen Garden dan beberapa taman lain adalah antara taman yang percuma setakat ini.

 

Taman percuma yang den sempat pergi adalah Hyogo Perfectural Maiko Park (pemandangan jambatan Akashi Kaikyo) dan Nara Park (rusa).

Sempat juga den bersantai ambil angin malam di Kobe Harborland.

Sayang betul den tidak pergi ke Nunobiki Waterfall padahal den telah sampai di Nunobiki Herbs Garden.

Haish.

Banyak tempat indah percuma di Jepun cumanya kita kena susun itinerari cantik molek agar dapat maksimakan tempat yang boleh dilawat dengan kos paling minima.

Kalau datang Osaka wajib ambil gambar di sini

15. Syurga Anime, Manga dan Superheroes

Jepun memang dikenali sebagai syurga anime dan manga.

Rasanya ramai di antara kita di Malaysia familiar dengan Crayon Shin-Chan, Doraemon, Pokemon, Detective Conan, Chibi Maruko-chan, Dragon Ball, Sailor Moon dan Naruto.

Filem Spirited Away dan Grave of The Fireflies masih terngiang-ngiang di dalam ingatan den.

Den tidak tahu banyak perkara tentang anime dan manga.

Asal cerita tuh best den tengok sahaja.

 

Kalau kome memang peminat anime dan manga, ada banyak tempat yang kome kena pergi.

Fujiko F. Fujio Museum (Kawasaki), J-World dan Pokemon Center Mega (Ikebukuro) Ghibli Museum (Mitaka), Gundam Statue (Odaiba), Detective Conan Town (Hokuei, Tottori), Akihaba dan beberapa tempat lagi adalah tempat wajib pergi sekiranya kome peminat tegar anime dan manga ye.

Kome boleh juga shopping barang-barang anime dan manga di Namba.

Den sempat teman kawan shopping di Pokemen Center di Osaka.

Bagi den yang membesar dengan Ultraman, Kamen Ryder, Space Sheriff Gavan dan Super Sentai (Power Rangers), memang teruja dapat pergi ke kedai Ultraman World M78 di Umie Mosaic, Kobe Harbor Land.

Segala mak nenek ultraman dan raksasa ada daripada patung, kad, beg, makanan, cawan, pinggan, etc cuma harganya buat jantung tercopot.

Peminat Ultraman boleh juga pergi ke Ultraman World M78 Shop di Tokyo Station.

 

Mungkin ada banyak lagi kedai terkait dengan superheroes yang den tidak sempat siasat.

Kalau siapa ada maklumat boleh kongsi sama nanti ye.

 

16. Lokasi Strategik - Antara Negara Empat Musim Yang Dekat dengan Malaysia

Jepun boleh dikatakan sebagai negara empat musim yang dekat dengan Malaysia.

Penerbangan 6 jam 40 minit dari KLIA ke Osaka.

Penerbangan 7 jam 20 minit dari KLIA ke Tokyo.

Masih boleh dipertimbangkan kerana tidak terlalu lama kalau hendak dibandingkan perjalanan ke negara-negara Eropah.

 

17. Tidak Perlukan Visa

Setakat hari ini, orang Malaysia tidak perlukan visa untuk melancong ke Jepun dengan syarat tinggal di sana tidak melebihi 90 hari.

Hanya sediakan passport sahaja untuk ke Jepun.

Best kan?

 

18. Rakyat Berbudi Bahasa dan Sedia Untuk Membantu Walaupun Ada Kekangan Bahasa

Pejuang kebangsaan Filipina iaitu Jose Rizal pernah sampai di Jepun pada 1888.

Beliau mencatatkan dalam jurnal beliau “Japanese are happy, harmony and gracious people. They are very hardworking. The houses are clean. No quarrel on the roadside”.

 

Sehingga hari ini, rakyat Jepun dikenali sebagai orang yang berhemah, berbudi bahasa dan berdisiplin tinggi.

Walaupun di sesetengah tempat terutamanya di luar Tokyo dan Osaka agak sukar untuk berkomunikasi kerana kekangan bahasa, mereka tetap bersedia untuk membantu kita.

Sekarang sudah lebih mudah dengan adanya Google Translate.

 

Selama 16 hari den di Jepun, setiap orang tempatan yang den temui terutamanya apabila den sesat di stesen keretapi (keliru keretapi mana yang den perlu ambil) membantu den dengan begitu bersungguh-sungguh.

Asal deme nampak den terkulat-kulat tengok papan elektronik yang memaparkan maklumat keretapi, ada aje yang tegur tanya apa bisa dibantu.

In sya Allah jangan risau kalau tersesat barat di sana sini sebab ada sahaja yang sudi menghulurkan bantuan.

 

Cukup sudah 18 kriteria atau sebab kenapa kome boleh pertimbangkan untuk memilih Jepun sebagai destinasi liburan seisi keluarga, bersama teman-teman atau solo.

 

Makanya sekiranya kita ada kesempatan daripada pelbagai aspek untuk berjalan ke Jepun, moh la kita pertimbangkan untuk berjalan ke Jepun ye.

In sya Allah berbaloi walaupun tukaran wangnya keras banget.

 

Kome boleh juga menyertai kumpulan Road To Japan (RTJ) di Facebook untuk pelbagai maklumat, cadangan itinerari, senarai restoran makanan halal, pengangkutan, tips berkaitan berjalan-jalan di Jepun.

https://www.facebook.com/groups/265067703826977

 

Persoalannya sekarang berapa banyak kita perlu menabung untuk ke Jepun ni?

Berapa hari yang diperlukan untuk menjelajah Jepun yang awesome banget ini?

Den akhiri post panjang lebar ini dengan gambar terpaling favourite semasa di kursus di Jepun baru-baru ini.


 

 


6 Comments

  1. teringt dulu zaman drama2 jepun semua naik..
    masing2 menggila dengan jepun

    Moga ada rezeki seketul CUya untuk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah KSarie doakan Cuya dapat menjejak kaki ke negara matahari terbit ni

      Delete
  2. Bawa family sebab negara Jepun friendly kids..
    senang nak gerak dari satu tempat ke satu tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la....ada angan-angan nak bawa family ke sini. Kena menabung dengan jayanya ni.

      Delete
  3. Jepun mmg wajib utk mana2 traveller.. Unik dan kaya dgn sejarah reka bentuk bangunan, geografi bumi dan culture yg masih dipegang kuat oleh masyarakat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati terkinja-kinja nak pergi lagi. In sya Allah semoga ada rezeki lagi ke sini

      Delete