Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Den hendak kongsikan coretan cerita den berjalan seorang diri di Singapura pada penghujung April 2023 yang lepas.

 

Tahu cerita sesi berjimbaan di Semporna belum selesai huhuhuhu.

Tetapi disebabkan tahap kerajinan untuk kurangkan resolusi gambar-gambar yang ada memang ke laut dalam.

Makanya den cerita tentang Singapura sebentar ye kerana ada gambar yang telah dikurangkan saiz resolusinya.

Tidak pernah dirancang sebenarnya.

Ramai sahaja perempuan mengembara solo ke seantero dunia sampai ke antartika bagai.

 

Tetapi bagi den yang sinonim dengan sesat barat baik di KL Sentral, hospital PPUM, perpustakaan PPAS Shah Alam, tempat meletak kereta Alam Sentral, surau/masjid, taman rekreasi dan seumpama dengannya, memang tidak pernah terdetik di hati dan akal waras untuk buat solo trip.

Sedangkan kadang kala hendak naik ke tingkat 12 dari tingkat 11 di pejabat pun tiba-tiba boleh tersalah turun ke tingkat 10, lagi kan hendak berjalan seorang ke tempat orang.

Bukan sahaja isu selalu tersasar dari jalan yang benar & lurus, memori ikan emas juga menyebabkan sesi berjimba seorang diri tidak pernah wujud dalam bucketlist.

 

Singapura terjadi destinasi solo trip pertama kerana sepatutnya transit di sini sebelum ke destinasi sebenar bersama konco-konco yang tiada rezeki untuk den menjejak kaki di sana😭😭😭😭

Tragis kisah ini sebenarnya.

Bak kata Siti Fairuz '🎵usah diungkit-ungkit kisah nan lalu🎵' chewah😅😅😅😅

 

3 hari 2 malam seorang diri di Singapura memang penuh dengan drama sesat barat merata di sana sini baik semasa berjalan kaki, berbasikal, etc, menggalas beg sandang 7 kg ke hulu ke hilir, basah ditimpa hujan, hampir dikejar monyet, tidur di kerusi di Terminal 1, Changi Airport, tidur di hostel berkongsi bilik air, etc. 

Solo trip di Singapura ini membuatkan den memahami erti kata 'menyeret kaki' yang sebenarnya😅😅😅😅

Tetapi solo trip ini buat den mengerti makna kebebasan untuk menetapkan itinerari, masa, etc ikut kepala weng den sendiri cuma 💸 memang sangat keras😅😅😅😅

Pengangkutan awam baik MRT dan bas di Singapura memang sangat awesome, mantap meletup dan efisien sampai den berulang ke Changi Airport macam kan pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam je😅😅😅😅

Terima kasih Singapura di atas pengalamannya.

 

2 Comments

  1. Lepas ni boleh terbang jauh lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah puan tapi itu la saya ni agak cuak orangnya, berdebar sokmo macam nak pengsan bila jalan sorang-sorang tu😅

      Delete