KLIA - Tawau Airport - Semporna Jetty - Nusakuya Resort

Semangat ye masing-masing bila berjimba hehehehehe.

Gerak dari Shah Alam pukul 4 pagi sebab flight dari KLIA - Tawau adalah pada 7.30 am.

Sampai KLIA, lengang je sebab sebelum Subuh sapie kan.

Jadinya kita breakfast dulu dekat kedai yang buka paling dekat dengan surau dan balai berlepas.

Disebabkan jarang ada kesempatan untuk naik flight, sedaya upaya den akan pilih tempat duduk sebelah tingkap sebab hendak tengok pemandangan.

Tidak kira flight malam atau siang, tetap berusaha untuk duduk sebelah tingkap.

Tengok pemandangan awan adalah salah satu small little thing that make me happy.

Cumanya bila duduk sebelah tingkap ni, payah la pula hendak pergi ke tandas sebab kena kacau orang di tempat duduk B dan C supaya mereka dapat bagi laluan.

 

Flight dari KLIA ke Tawau mengambil masa 2 jam 50 minit.

 

Sejak dulu lagi, kalau naik flight den akan baca majalah travel dan jualan yang ada di dalam poket tempat duduk sebab suka colourful glossy magazine ni.

Kadang-kadang ada maklumat tentang tempat menarik yang den terjumpa di dalam majalah ni.

Walaupun sudah early breakfast di KLIA, tetap habis ye makan meal dalam flight ni.

Lepas tuh musykil kenapa tidak kurus hehehehehe.

Masa menulis ni baru perasan eh den tidak ambil gambar di Tawau Airport sekeping pun.

Sampai je di Tawau Airport, telah ada wakil Pakej Budak Merah (PBM) menunggu kami di balai ketibaan.

 

Terus aje bergerak ke Jeti Awam Semporna yang terletak dalam 82 km dari Tawau Airport.

Dalam 1 jam 30 minit perjalanannya merentasi deretan ladang kelapa sawit.

Sampai je di Jeti Awam Semporna, terkesima sekejap sebab tengok air laut membiru yang cantik banget.

Macam ‘wahhhhh…..kat sini pun air lautnya dah lawa’.

 

Memang ada terjumpa dengan beberapa kanak-kanak yang meminta sedekah di dari mula turun kereta sampai la kami hendak menaiki bot.

Tetapi kami tidak layan.

Jadinya mereka tidak mengganggu kami.

Kepada sesiapa yang tertinggal topi, baju pantai, cermin mata, beg kalis air, etc yang berkaitan dengan aktiviti pantai, boleh sahaja membeli barang-barang ini di deretan kedai yang terdapat berdekatan dengan Jeti Awam Semporna.

 

Kami berjumpa dengan Encik Zaki, pemilik PBM di sini.

Tidak sampai 10 minit melepak di Jeti Awam Semporna ni, terus sahaja kami naik bot ke tempat penginapan yang dipilih oleh Eita iaitu Nusakuya Resort.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam dari Jeti Awam Semporna ke Nusakuya Resort.

Tidak terasa jauh sebab sakan dok menghayati pemandangan lautan biru yang awesome teruk.

En Zaki hantar kami sampai ke Nusakuya Resort dan memastikan kami selesai mendaftar masuk sebelum beliau tinggalkan kami.

Aktiviti island hopping dan snorkeling bermula esok.

Jadinya hari pertama lebih kepada perjalanan dan berehat-rehat di Nusakuya Resort.

Sempoi je check in di pelantar jeti

Penting ye melepak sampai lebam dan healing di Nusakuya Resort ini sebab bayarannya keras hehehehehe.

Jadinya marilah kita bersantai dengan jayanya di sini agar berbaloi dengan pelaburan yang telah dibuat.

Memang cantik Nusakuya Resort ni.

Nanti den ceritakan pada Nusakuya Resort ni di dalam post yang akan datang ye.

Tenang dan tempat menarik untuk bergambar.

 

Kami letak beg di bilik kami terus lunch di café.

Memang konsepnya breakfast, lunch dan dinner with a view begitu sebab dikelilingi laut.

Lepas lunch kami terus jalan-jalan sekitar resort.

Sakan ye bergambar sana sini hehheheee.

Sempat ye kami tukar baju dan mengambil gambar dengan kanu transparent di sekitar kawasan resort.

Terima kasih staf Nusakuya Resort yang bertabah melayan acik-acik bawang hendak bergambar.

Lepas puas bergambar, kami berehat di buaian yang tersedia sebelum balik berehat di bilik.

 

Kami melepak di pelantar di resort melayan matahari terbenam.

Memang breathtaking view bak kata orang putih.

Hari pertama di Semporna diakhiri dengan dinner yang meriah dengan ketam, seaweed, ikan bagai.

Sempat den melepak di buaian selepas dinner mendengar deruan ombak sambil melayan hembusan angin bayu.

Chewah.

Hari pertama yang awesome di Semporna.

 

0 Comments