Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum cerita sesi berjimba ke Semporna inj mereput dalam ingatan sebagaimana sesi berjimbaan yang lain makanya marilah kita cuba cerita di dalam blog ini sekupang dua untuk kenangan di masa akan datang.

Semporna Hari Pertama

KLIA - Tawau Airport - Semporna Jetty - Nusakuya Resort

Semporna Hari Kedua

Hiking Bohey Dulang - Santai & lunch di Pulau Mantabuan - Santai & Snorkeling di Pulau Sibuan - Nusakuya Resort 

Semporna Hari Ketiga

Santai di Pulau Mabul - Snorkeling di Pulau Kapalai - Jeti Semporna - Check in Pacific Inn Semporna - Jualan hidupan laut di tepi Jeti Semporna - Dinner di Seaview Restaurant - Urut kaki sambil dengar live band

Semporna Hari Keempat

Hiking Bukit Tengkorak - Check out dari hotel - Shopping Ikan Bilis di Pasar Tanjung Tawau - Flight balik ke KLIA untuk kembali ke jalan yang benar.

Den pergi ke Semporna dengan partner in crime yang biasa ke hulu ke hilir dengan den iaitu Kak Eita.

Sumpah cantik banget pulau-pulau di Semporna ni.

Trip Semporna ni pun terjadi asbab MAS udah email kami berulang kali bagitau tarikh akhir untuk redeem tiket flight adalah sebelum Jun 2023.

Tiket flight ini asalnya dibeli untuk berjimba pada 2021 yang mana tidak disangka-sangka berlanjutan tempoh PKP nya.

Makanya MAS tukarkan kepada e-voucher yang perlu diredeem dalam tempoh yang ditetapkan.

Udah berapa kali MAS ingatkan suruh redeem sampai la email terakhir sampai yang kobakan kalau tidak redeem by June kira burn begitu maka kelam kabut la cari ke mana hendak pergi berjimba dengan syarat tidak mahu top up harga tiket lebih RM100.

Dasar hendak berjimba tapi kedekut😂

 

Untuk orang yang malas hendak study apa-apa pasal trip ini dan berangan hendak berjimba ala-ala tai-tai walaupun sebenarnya duit tidak semeriah mana makanya kita ambil pakej aje la supaya tidak pening kepala😂

Sebelum ini kalau menyiasat tentang pakej Semporna mesti ternampak post daripada Pakej Budak Merah (PBM).

Baca review pun nampak mengancam.

 

Ada pelbagai pakej daripada pakej marhaein kepada pakej VIP yang PBM sediakan.

Member den cakap hendak duduk di resort yang buka je pintu bilik boleh terjun terus tiruk ke dalam laut😅

Hendak duduk di Nusakayu Resort katanya.

Makanya kena la sediakan ongkosnya walaupun memang keras ye😅

 

Dari mula bertanyakan tentang pakej pada bulan Mac lepas sehingga kami sampai di Tawau Airport untuk kembali ke pangkal jalan selepas puas berjimba😅, PBM menyantuni kami dengan penuh berhemah.

Kami ambil pakej 3D2N di Nusakuya Resort + island hopping ke lima (5) pulau - Bohey Dulang Mantabuan, Sibuan, Mabul dan Kapalai.

Satu (1) malam lagi memang kami tidur di Semporna sebab den hendak ke Bukit Tengkorak😅

Boss PBM, En Zaki menyantuni kami seusai kami sampai di Jeti Semporna, selesai kami check in baru beliau balik.

Seharian En Zaki teman kami pada hari kedua.

En Zaki hantar dan ambil kami di Bukit Tengkorak pada hari keempat walaupun ianya tidak termasuk di dalam pakej.

Siap carikan guide untuk hiking bersama kami.

En Zaki pastikan kami naik kereta ke Tawau Airport sebelum said goodbye to us dengan pesanan pada pilot kereta kami untuk carikan kami grab di Tawau Airport yang boleh bawa kami ke Pasar Tawau untuk shopping ikan bilis.

 

Staff PBM semuanya awesome banget.

En Rosli sangat bertabah😅 melayan karenah kami hendak bergambar dengan sampan kristal bagai😅 di Pulau Sibuan.

Beliau juga melayan kami yang hendak snorkeling tapi takut hanyut bagai hehehehehe.

En Pilly walaupun hari terakhir bertugas dengan PBM semasa aktiviti kami di pulau Mabul & Kapalai, tetap bersemangat membawa kami snorkeling & mengambil gambar kami di sana sini.

Tidak dilupakan 2 orang pilots yang mengemudi bot dengan begitu awesome.
Sempat den tertido walaupun kelajuan bot ala-ala scene dalam Miami Vice
😅

Memang mantap meletop awesome PBM💪💪💪

Terima kasih PBM 🥰

Kome kalau hendak pergi ke pulau-pulau di Semporna boleh berhubung dengan En Zaki PBM ye 0198993544

In sya Allah memang berbaloi.

Semua lima (5) pulau yang kami pergi memang cantik semuanya.
Memang berpadanan dengan deskripsi crystal clear water, white sandy beach, etc.


In sya Allah kena ulang pergi ke Semporna kerana tidak sempat menjejak kaki di Pulau Mantaking, Timba-Timba dan Pom-Pom.

Moh kome berjalan ke Semporna.

In sya Allah memang awesome banget.


4 Comments

  1. best package nie thank you PBM

    ReplyDelete
  2. hi nk tnya.. naik grab di airport ke pasar kena charge brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi RM70 untuk 2 hala (airport ke pasar -grab yang sama tunggu kami shopping - pasar ke airport)

      Delete