Kenapa Surah Al Fatihah Sangat Penting Dibaca Dengan Makhraj Atau Tajwid Yang Betul?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Surah Al Fatihah turut dikenali sebagai Ummul Kitab ini diturunkan di Mekah dengan tujuh ayat, 27 kalimat dan 140 huruf.
Surah pertama di dalam Al Quran inj merupakan surah yang teragung memang begitu istimewa dan dekat dengan diri seorang Muslim sebab surah ini kita akan ulang baca sekurang-kurangnya tujuh belas (17) kali setiap hari kerana surah Al Fatihah merupakan salah satu syarat rukun solat fardhu.
Oleh itu, surah Al Fatihah turut dikenali sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat baik solat fardhu atau solat sunat.
Jadinya memang sangat penting kita belajar membaca Surah Al Fatihah dengan betul.
Sebenarnya semua ayat di dalam AlQuran kita perlu baca dengan tajwid yang betul cumanya Al Fatihah sangat terutama kerana ianya merupakan surah wajib di dalam solat fardhu.
Baru je lagi den sertai kelas tajwid atas sebab
pengaruh rakan sebaya hehehehhehe.
Kalau ikutkan den yang lagho ni memang tidak akan sertai kelas tajwid secara
sukarela.
Alhamdulillah Allah hadirkan kawan-kawan yang sama-sama hendak menambah ilmu
dan memperbaiki diri.
Memang kerdil dan pilu tersayat hati apabila ayat pertama Surah Al Fatihah pun tidak betul tajwidnya bila den baca.
Selama ni den tidak perasan langsung Bismillah merupakan ayat pertama dalam Surah Al Fatihah.
Padahal Bismillah ni kita baca hampir setiap masa bermula dari bangun tidur, sebelum makan, sebelum naik kenderaan, etc.
Jenuh ye ustazah hendak membantu den memperbetulkan
bacaan Surah Al Fatihah den.
Sabar betul ustazah mengajar den satu bulan lebih bagi menambahbaik bacaan
surah Al Fatihah den.
Terima kasih ustazah.
Den doakan ustazah dikurniakan rezeki yang mencukupi, diberikan kelapangan untuk terus mengajar ilmu mengaji dan sentiasa sukses selalu.
Kome boleh membaca tadabbur surah Al Fatihah melalui pelbagai pautan di internet.
Yang pastinya, kadang kala akan terasa sayu hati apabila membaca surah ini terutamanya ayat yang terakhir di dalam surah ini di kala waktu hening lagi-lagi apabila Solat Tahajud mengadu tentang keluh kesah kehidupan kepada Allah.
Marilah kita sama-sama belajar membaca surah Al Fatihah dengan tajwid yang betul.
Ayuh kita.
0 Comments