6 Sebab Kenapa Lirik Lagu Penting Di Dalam Hidup Kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Apa aktiviti hari Ahad ni?
Harap semuanya sihat dan dipermudahkan semua urusan hariannya.
Hari ini den hendak berkongsi pendapat den tentang lirik lagu.
Den daripada umur dalam 11 tahun rasanya memang sudah mula jatuh cinta dengan pelbagai lirik lagu dan melodi.
Siap ada buku lirik hehehehehehe.
Gigih ye den sediakan kaset kosong untuk rekod lagu bagi menyalin lirik lagu yang den suka.
Lirik lagu sebenarnya memainkan peranan di dalam den menjalani kehidupan sehingga sekarang.
Enam (6) Sebab Kenapa Lirik Lagu Penting Di Dalam Hidup Kita
Den hendak kongsikan enam (6) sebab kenapa den rasa lirik lagu penting di dalam kita menjalani liku-liku kehidupan.
1. Belajar Bahasa Terutamanya Bahasa Inggeris Melalui Lirik Lagu
Den belajar dan memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris den melalui lirik lagu.
Kalau dilihat kepada lirik lagu zaman 70an hingga tahun 2000, kebanyakan lirik lagu adalah sangat puitis, mendalam maksudnya dan begitu mengasyikkan.
Semasa perlu membuat karangan Bahasa Inggeris bila membuat kerja sekolah atau assignments di universiti, kebiasaannya den memang akan jadikan lirik lagu sebagai contoh atau dimasukkan ke dalam assignments tersebut bagi menambah perisa kepada penulisan den.
Kebanyakan lirik Bahasa Inggeris mempunyai tatabahasa yang betul.
Jadinya secara tidak langsung den belajar memperbaiki tatabahasa.
Kadang kala lirik lagu dilengkapkan dengan perkataan-perkataan yang den tidak pernah dengar.
Jadinya den akan belajar perkataan baru dan menyemak maksud perkataan tersebut di kamus.
Den bukan setakat belajar perkataan English melalui lirik lagu.
Den juga belajar beberapa perkataan Mandarin, Hindi, Jepun dan Korea melalui lirik lagu yang den pernah minat.
Semasa tahun 90an iaitu era 4 Heavenly Kings den belajar perkataan Mandarin melalui lirik lagu seperti Under The Vast Sky (Beyond), lagu-lagu Emil Chau dan lain-lain.
Pada zaman kegemilangan Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhania Le Jayangge dan Kabhi Kushi Kabhi Gham, den memang belajar beberapa perkataan Hindi melalui lirik-lirik lagu daripada lagu-lagu yang memang menjadi siulan ramai pada ketika itu.
Bila mula terjebak dengan KDrama semasa PKP, langsung jatuh cinta dengan original soundtrack KDrama Investigation Couple, jadinya terbelajar juga sepatah dua kata perkataan Korea.
Den belajar perkataan Jepun melalui lirik lagu First Love (Utada Hikaru) masa sakan minat teruk dengan Takuya Kimura.
Jadinya lirik lagu banyak membantu den menambah kosa kata di dalam hidup den terutamanya lirik lagu English.
2. Lirik Lagu Menyampaikan Rasa Hati atau Perasaan Yang Terpendam
Ada sesetengah perkara kata orang are better left unsaid begitu.
Kadang-kadang ada pelbagai perkara yang hendak dibicarakan tetapi tidak tahu how to put it in words.
Ada juga perkara yang kita tidak tahu hendak jelaskan atau sampaikan bagaimana kepada seseorang yang bermakna kepada kita seperti ibu bapa, keluarga, sahabat, pasangan, anak-anak dan sebagainya.
I have died everyday waiting for you
Darling, don’t be afraid
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Lirik lagu A Thousand Years oleh Christina Perri adalah untuk anak den yang sulung sebab lepas 4 tahun kawin, 2 kali keguguran dan a complicated pregnancy, dia hadir dalam hidup den.
We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time’s forever frozen, still
Lirik lagu Photograph oleh Ed Sheeran pula untuk anak den yang kedua sebab den hendak rakamkan setiap detik bersama dia untuk den kenangkan bila berjauhan dengan dia.
Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Biarlah kubuktikan janji hatiku
Lirik lagu Sayang Sampai Mati oleh Republik ini adalah lagu untuk kedua anak den sebab itulah rasa sayang den pada mereka.
3. Lirik Lagu Boleh Membantu Kita Melalui Saat Duka dan Sukar Di Dalam Hidup Kita, Ruang Bagi Melepaskan Rasa Lelah Terhadap Urusan Dunia
Untuk orang biasa-biasa macam den nih ha, kadang kala memang rasa terpenat dengan urusan dunia yang pelbagai.
Banyak perkara yang berlaku di dalam hidup yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Jadinya lirik lagu membantu den mengharungi setiap detik sesuatu perkara yang berlaku pada ketika itu.
Semasa asyik terpleot aje markah peperiksaan di universiti, lirik lagu Hero oleh Mariah Carey yang paling dekat dengan hati den.
Semasa zaman cinta monyet di sekolah menengah, lirik lagu macam Langkah Seiringan oleh Exist serta Takdir dan Waktu sangat terkesan di hati hahahahaha.
Cringe sangat kan hehehehehehe.
Sekarang ini disebabkan kisah yang membelenggu hampir semua orang di pejabat sedang berlangsung dan tidak tahu lagi bila akan berakhir, makanya lirik lagu Fighter oleh Christina Aguilera memang perlu disemat di dalam hati semua kakitangan yang terlibat hahahaha.
Ayoh semua semangat hahahaha.
Makes me that much stronger
Makes me work a little bit harder
It makes me that much wiser
So thanks for making me a fighter
Made me learn a little bit faster
Made my skin a little bit thicker
Makes me that much smarter
So thanks for making me a fighter
4. Lirik Lagu Membawa Kita Mengimbau Kenangan Manis Di Dalam Hidup Kita
Masa dan detik sesuatu perkara berlaku di dalam hidup kita memang tidak bisa diulang kembali tidak kira betapa kita mengharapkan ia mampu terjadi lagi.
Kita akan akan ditemani dengan kenangan yang sekali sekala buat kita tersenyum.
Kenangan yang kita perlu ingat supaya kita sentiasa ingat sekurang-kurangnya kita pernah melalui perkara pahit manis tersebut.
Lirik lagu sememangnya antara medium yang terbaik bagi kita merakam kenangan kita sebagai bekalan menjalani kehidupan mendatang.
Do you still remember how we used to be?
Feeling together, believing whatever
My love has said to me
Both of us were dreamers
Young love in the sun
Felt like my savior, my spirit I gave you
We'd only just begun
Hasta mañana, always be mine
Lirik lagu Viva Forever oleh Spice Girls ini adalah lagu kenangan den semasa di UKM circa 1997 - 1999 sebab semuanya naïve betul zaman belajar dan merasakan dunia pekerjaan akan lagi awesome.
Betapa tersilapnya kita hahahahahhaha.
5. Lirik Lagu Boleh Menjadi Caption Untuk Media Sosial Kita
Disebabkan banyak lirik lagu yang puitis dan menyentuh rasa, kita boleh gunakan sebahagian lirik lagu untuk disertakan bersama gambar kita di media sosial terutamanya Instagram.
Cumanya kadang-kadang orang akan terasa macam kita sedang melalui keadaan yang diterjemahkan melalui lirik lagu itu hahahhahaa.
Padahal kita cuma suka je lirik lagu tu.
Tiada kena mengena dengan hidup kita pun.
Den biasa kena macam ni.
Haish.
Den ni dari azali suka lirik lagu yang melancholy atau yang jiwang karat sebab kebiasaannya lirik lagu sebegini awesome bagi den.
6. Lirik Lagu Menjadi Intipati Untuk Kita Menulis
Ini terpakai kepada mereka yang suka menulis tidak kira la blog ke, jurnal ke, etc.
Ada satu movie den tengok penulis novel ni bagitau novel terbaru dia diinspirasikan daripada lirik sebuah lagu.
Den belum pernah lagi menulis satu blogpost berdasarkan sebuah lirik lagu.
Mungkin den patut cuba ye.
Kalau den perlu pilih satu lirik lagu untuk den tulis satu blogpost, rasanya den akan pilih lirik lagu Hero oleh Mariah Carey.
It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And that emptiness you felt
Will disappear
Jadinya apa lirik lagu yang korang paling suka?
2 Comments
Sepanjang hidup ini memang tidak pernah terpisah dengan lagu dan liriknya. Apalagi saat menjadi dewasa seiring dengan lagu-lagu dendangan Syarifah Aini, Uji Rashid, Rafeah Buang, Sanisah Huri dan yang sewaktu dengannya. Heheheee... tak tersedar sudah jadi orang lama!
ReplyDeleteLirik-lirik lagu lama memang puitis kan? Lagu zaman rock kapak circa 90an pun syahdu je. Kita memang orang lama😅
Delete