12 Sebab Kenapa Singapura Merupakan Negara Menarik Untuk Dilawati oleh Orang Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada orang tanya kenapa hendak melawat Singapura?
Udah la mahal.
Apa sahaja tarikan ke Singapura selain dari Merlion dan Universal Studio Singapore?
Betul sangat Singapura mahal lagi-lagi di waktu sekarang di mana matawang Malaysia sedang merudum ni.
Selama ini Singapura tidak pernah termasuk di dalam senarai negara yang den hendak lawat kerana faktor tukaran wang nya.
Den pernah ke Singapura atas urusan kerja sebanyak tiga (3) kali dan tempat yang dilawati bagi ketiga-tiga urusan rasmi adalah Merlion dan Marina Barrage.
Pernah juga den dan konco mengambil pakej lawatan 1 hari ke Singapura pada Jun 2019.
Sempat kami ke Merlion Park, Universal Studio Singapore (tidak masuk dalam pun), Gardens By The Bay, Singapore Zoo (belah luar je tak masuk pun) dan Studio Jalan Ampas.
Tetapi semasa solo travel pertama kali dalam hidup yang secara tidak sengaja baru-baru ini menyebabkan den rasa Singapura adalah negara yang boleh dimasukkan di dalam senarai negara untuk dilawati walaupun tukaran wangnya memang keras.
Jadi den cuba senaraikan dua belas (12) sebab kenapa Singapura boleh dipertimbangkan untuk dilawati oleh penduduk Malaysia.
1. Antara Senarai Negara Selamat Untuk Solo Traveller
Kita ni hendak pergi berjimba ke mana-mana baik ikut tour group, pergi sendiri bersama keluarga atau kawan-kawan lagi-lagi kalau solo traveller, hendaklah pilih negara yang selamat bagi meminimakan risiko dan memaksimakan kegembiraan semasa berjalan-jalan.
Berdasarkan analisis Global Peace Index 2022, Singapura disenaraikan sebagai negara yang paling aman di Asia.
Singapura juga tersenarai antara negara yang selamat untuk solo traveller dan female-friendly traveller.
Semasa den solo travel di sana 3 hari 2 malam, ternampak kelibat kereta polis di jalan raya 2,3 kali.
Masa den tidur 1 malam di Lapangan Terbang Changi, ternampak kelibat polis bantuan meronda.
Jadinya in sya Allah bila kita tau negara tuh selamat, hati tenang hendak berjimba di sana sini.
2. Lokasi Strategik - Antara Negara yang Paling Dekat dengan Malaysia
Selain daripada Thailand dan Indonesia, Singapura adalah antara negara yang terdekat dengan Malaysia.
Jadinya masa yang diperlukan untuk sampai ke Singapura adalah lebih singkat berbanding dengan negara lain.
Bagi mereka yang tidak boleh mengambil cuti yang panjang kerana pelbagai faktor terutamanya kerana tuntutan kerja (terutamanya jika boss memang tidak mahu luluskan cuti kita huhuhuhu), Singapura adalah destinasi yang sesuai untuk sesi percutian singkat.
Bagi mereka yang bekerja waktu pejabat, lepas tamat waktu bekerja pada Jumaat petang, boleh terus bergerak ke Singapura.
Ahad malam udah boleh gerak balik ke Malaysia.
Isnin sudah boleh masuk bertugas semula walaupun mungkin kepala ada sedikit weng sebab tidak cukup tidur hehehehehe.
Kalau semasa kita bercuti di Singapura, tiba-tiba ada kecemasan di Malaysia yang memerlukan kita balik ke Malaysia, in sya Allah urusan untuk balik ke Malaysia akan lebih mudah kerana jarak yang dekat itu.
3. Pilihan Akses Jalan Udara atau Jalan Darat
Mudah untuk akses ke Singapura dari Malaysia ni.
Tepuk dada tanya selera (tanya poket juga) hendak pergi ke Singapura dari Malaysia macam mana samada melalui jalan darat atau jalan udara.
Boleh pilih untuk naik flight atau kenderaan darat (bas, teksi, van, kenderaan sendiri dan keretapi).
Den pernah naik bas dan van untuk ke Singapura dari Johor Bharu sebanyak empat (4) kali.
Hanya pernah naik flight sekali sahaja ke Singapura.
Den tidak pernah ke Singapura menaiki keretapi lagi.
Kalau naik keretapi, kita perlu mengambil Tebrau Shuttle Train dari Stesen KTMB Johor Bharu Sentral ke Woodlands CIQ yang mengambil masa 5 minit sahaja perjalanannya.
Cumanya kalau macam den dari Shah Alam jauh la perjalanannya sebab kena ambil ETS dari KL Sentral ke Stesen KTMB Gemas.
Dari Gemas kena ambil intercity train ke JB Sentral.
Macam jenuh kan tapi kalau untuk pengalaman apa salahnya kan?
In sya Allah den cuba one fine day nanti ye.
Setiap jenis pengangkutan yang dipilih ada kelebihan dan kekurangannya.
Bagi mereka yang selalu berjaya mendapat tiket flight murah, flight adalah pilihan yang awesome lagi-lagi kalau solo traveller yang memang merancang hendak meneroka Singapura naik pengangkutan awam dan berjalan kaki.
Sesiapa yang naik flight, jangan lupa semak peluang untuk program SingapoRewards ye.
Memang menarik.
Bagi mereka yang berjalan ke Singapura bersama keluarga samada dengan anak-anak atau ibu bapa, warga emas, etc, mungkin jalan darat lebih sesuai macam ambil pakej terus dengan kenderaan (tidak perlu pening kepala hendak letak kereta di mana, navigasi mencari tempat hendak menarik, etc) atau memandu kenderaan sendiri.
Kalau naik flight dari KLIA ke Singapura, dalam 1 jam udah sampai.
Urusan imigresen pun lebih mudah dan dalam suasana yang nyaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Kalau naik kenderaan darat memang lagi lama la kan lagi-lagi kalau naik bas.
Urusan imigresen pun agak sedikit mencabar lagi-lagi kalau cuaca panas terik atau hujan.
Perlu berhenti di dua (2) checkpoints iaitu Imigresen dan Kastam Johor Bharu dan Imigresen dan Kastam Singapura.
Kena heret semua beg untuk pemeriksaan di kastam di kedua-dua checkpoints ye.
Jenuh la sikit kalau kita naik bas bersama anak-anak dan warga emas serta bawa banyak beg.
Jadinya mode of transportation yang mana sesuai dengan kome untuk ke Singapura?
5. Tidak Perlukan Visa
Hanya sediakan passport sahaja untuk ke Singapura.
Orang Malaysia tidak perlukan visa untuk ke Singapura.
Best kan?
Asalkan passport kita masih aktif, bila-bila kita rasa hendak ke Singapura boleh terus sahaja pergi.
Senang kan?
6. Public Transport Mantap, Meletop dan Awesome
Den berkesempatan menaiki Mass Rapid Transit (MRT) dan jaringan bas di Singapura semasa solo trip den baru-baru ini.
Capaian public transport ke seantero pelusuk tempat di Singapura + frekuensi/kekerapan yang tinggi + tepat masa + bersih + harga mampu milik termasuk kepada pelancong.
Memang kelas A pengangkutan awam Singapura ni.
Makanya mahu tidak mahu den kena bersetuju dengan banyak survey dan pendapat yang mengatakan Singapura adalah antara negara yang mempunyai jaringan pengangkutan awam terbaik di dunia.
Serious mantap meletop pengangkutan awamnya.
Kalau la pengangkutan awam di Kuala Lumpur semantap pengangkutan awam di Singapura, alangkah bahagianya hidup kita.
7. Pilihan Tempat Penginapan
Hotel di Singapura memang mahal banget sebab kadar tukaran wang kita.
Kalau tengok Agoda, hotel biasa paling murah di hari biasa bukan ada cuti apa-apa pun dalam RM250 satu malam.
Ini pun bilik yang paling comel.
Bagi mereka yang solo traveller boleh pertimbangkan untuk tidur di hostel atau capsule pod dalam harga RM120 ke atas satu malam.
Cumanya bila hostel ni kena berkongsi bilik air dan ruang bilik.
Kebiasaannya orang Malaysia akan tidur di Johor Bharu sebab harga hotelnya lebih mampu milik.
Kalau sesi berjimba hanya satu (1) hari di Singapura memang sesuai tidur di Johor Bharu tapi kalau itinerari di Singapura melebihi 1 hari, agak jenuh dan perlu bertabah hati hendak berulang alik dari Johor Bharu ke Singapura setiap hari sebab kita perlu melalui proses imigresen dan kastam setiap kali kita masuk keluar ke Singapura dan Johor Bharu.
Jadinya pilihan tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan keselesaan kita ye.
8. Banyak Tempat Menarik Percuma
Tempat menarik yang berbayar memang banyak di Singapura.
Best memang best cuma kena bertabah menyediakan ongkosnya.
Singapura sebenarnya ada banyak tempat percuma yang tidak kurang menariknya.
Jewel Changi Airport, Merlion Park, Gardens By The Bay, Bugis Street, Kampung Gelam, Marina Bay, Marina Barrage, Orchard Road, Little India, Chinatown dan banyak lagi.
Changi Airport |
Cuma rajin tidak rajin sahaja hendak berjalan kaki meronda di setiap tempat yang menarik ini.
9. Banyak Kawasan Hijau dan Alam Semulajadi (Hutan dan Taman)
Walaupun Singapura ni comel sahaja saiznya iaitu 728.6 km2 tetapi ianya mempunyai pelbagai kawasan hijau yang kebanyakannya percuma kepada semua untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Den hanya berkesempatan berjalan-jalan di MacRitchie Reservoir and Tree Top Walk, Pulau Ubin (ini pun tidak sempat pergi ke semua tempat) dan Gardens By The Bay.
MacRitchie Reservoir |
Pulau Ubin |
Chek Jawa Wetland |
Den tidak sempat menjelajah semua taman yang berada di Gardens By The Bay.
Jika ada rezeki ke Singapura lagi, den kena lepak 1 hari suntuk di sini supaya dapat menapak di semua taman yang ada di sini
Singapore Botanical Garden, Southern Ridges, Mount Faber (Bukit Teluk Blangah), Chestnut Nature Park, Fort Canning Park Hill, Sungei Buloh Wetland Reserves, Bukit Timah Nature Reserves adalah antara tempat yang den berangan hendak menjejak kaki satu hari nanti.
Ada banyak lagi tau kawasan hijau di Singapura yang tidak den ketahui.
Malaysia pun banyak je kawasan hijau kenapa hendak pergi sampai Singapura?
Betul Malaysia masih banyak kawasan hijau cuma Malaysia ni sangat besar.
Ambil masa panjang untuk menjelajah semua kawasan hijau di Malaysia.
Singapura ni comel sahaja.
In sya Allah rasanya dalam kurang 2 minggu, boleh pergi ke semua kawasan hijau di Singapura.
10. Mudah Hendak Berkomunikasi
Memang tidak akan ada masalah untuk berkomunikasi kerana penduduk Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.
Ada juga di antara mereka yang boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.
Jadinya kalau sesat jalan atau tersalah arah, in sya Allah senang hendak bertanya begitu.
In sya Allah tiada isu jiwa kacau bila ada keperluan berkomunikasi di Singapura ni.
11. Makanan Unik di Singapura
Sudah pasti makanan di Malaysia lebih beraneka tetapi Singapura juga mempunyai makanan unik yang perlu kita cuba apabila kita berjalan di Singapura.
Murtabak Singapura.
Sup tulang merah.
Rojak Singapura.
Lontong Singapura.
Aiskrim tepi jalan.
Satay street.
Memang kebanyakan makanan ini kita boleh temui di Malaysia terutamanya di Johor Bharu tetapi feeling nya agak berbeza bila kita makan makanan tersebut di Singapura.
12. International Concerts
Ha….ini terpakai untuk mereka yang minat kepada hiburan.
Artis antarabangsa biasanya akan datang ke Singapura dalam rangka jelajah Asia mereka.
Jarang Singapura tidak termasuk dalam lokasi konsert mereka.
Konsert terkini yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Singapura adalah:
1. Coldplay - 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari 2024 dan
2. Taylor Swift - 2,3,4,7,8 dan 9 Mac 2024
Bukan sahaja peminat penyanyi-penyanyi antarabangsa dapat menghadiri konsert artis kegemaran mereka tetapi konsert seperti ini secara tidak langsung akan memberikan impak positif kepada ekonomi Singapura kerana akan berlaku peningkatan permintaan terhadap pengangkutan (flight, etc), penginapan, lawatan ke tempat menarik dan sebagainya.
Cukup 12 kriteria atau sebab kenapa kome boleh pertimbangkan hendak melawat Singapura ye.
Betul kita ada banyak kisah dengan Singapura daripada perjanjian penyaluran air dari Johor ke Singapura, penduduk Singapura membeli diesel bersubsidi di Malaysia dan lain-lain cerita yang kome boleh baca di internet.
Tetapi setiap negara ada bahagian yang positif dan sisi gelap masing-masing.
Makanya sekiranya kita ada kesempatan daripada pelbagai aspek untuk berjalan ke Singapura, moh la kita pertimbangkan untuk berjalan ke Singapura ye.
In sya Allah berbaloi walaupun tukaran wangnya keras.
2 Comments
Baru tempah tiket flight & book hotel untuk bulan 3 tahun depan. Masih mencari private packages utk 5hari 4mlm…sbb bawa anak.
ReplyDeleteWahhhh bestnya hendak berjalan-jalan ke Singapore bersama keluarga. Puan boleh baca blog ini kalau hendak cuba berjalan sendiri bersama keluarga https://timetravelafif.blogspot.com/2023/07/singapore-part-5-garden-by-bay-marina.html?sc=1693795103668&m=1#c5891227454934307209
Delete