Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita teruskan sambungan cerita yang telah berkurun lama tersimpan ye.

Kedah sememangnya ada banyak sangat tempat menarik yang belum sempat kami teroka.

Sekiranya sesiapa ke Kedah, mohon singgah di Pusat Interpretasi Pelancongan Daerah Kuala Muda (Sungai Merbok dan Kompleks Jeti Semeling) sebab macam-macam ada di sini.

Tempat yang menarik untuk riadah, makan dan menambah ilmu sedikit sebanyak apabila kita singgah ke galeri yang ada.

Kawasan pelancongan seluas 12 ekar yang siap dibina pada 2009 ini terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Jerai Geopark.

Ada pelbagai kemudahan di sini.

Kalau hendak buat seminar ke bengkel pun sesuai sebab ada auditorium yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa.

Pada den tempat ni cantik dan unik banget tetapi masa kami datang, tidak ada ramai orang pun yang mengunjungi tempat ini.

Mungkin waktu kami datang itu agak awal jadinya kami hanya terjumpa dengan tidak sampai 10 orang sepanjang kami berjalan-jalan di sini.

Best bila berjalan di kawasan yang tidak ramai orang.

Seolah-olah kawasan itu kami yang punya hehehehe.

Hendak membaca maklumat di galeri pun tenang sahaja dan kami mengambil masa ikut rasa kami melawat hampir setiap pelusuk kawasan.

 

Replika Gok Arang

Ini sebabnya kami datang ke sini sebab den ternampak ada orang yang berkongsi tentang lawatan mereka di Twitter ke tempat ini.

Gok Arang merupakan tempat di mana kayu bakau dibakar menjadi arang dan pembuatan bata pada satu ketika dulu.

Sempat kami masuk sekejap ke dalam replika gok arang ini.

Jambatan, Jeti dan Kemudahan Lain

Seterusnya kami berjalan merentasi jambatan, tiga (3) buah galeri, pusat jualan hingga sampai ke hujung boardwalk.

Sumpah menarik tempat ni sebenarnya.

Tidak tahu hendak cerita macam mana.

Banyak tempat menarik untuk ruang bergambar di sini.

Sepanjang berjalan di boardwalk tuh terasa tenang je dikelilingi flora menghijau dan aliran Sungai Merbuk.

Santai-santai je jalan di boardwalk tuh tengok pemandangan sambil ambil angin begitu walaupun kami sampai tengahari rembang hehehehehe.

Ancient Kedah Concept Store

Masa kami pergi hanya ada sebuah kedai dibuka.

Barang-barang jualannya menarik banget.

Siap ada jual kebaya semua.

Ada jual sabun, shower cream, etc yang dibuat sendiri menggunakan tumbuhan semulajadi.

Sempat beli sabun dan shower cream di sini.

Kita cuba beri sokongan kepada peniaga tempatan bila ada rezeki konsepnya begitu.

 

Tiga Galeri Yang Sangat Menarik Maklumatnya - Galeri Geopark Jerai, Galeri Sejarah Tamadun Kedah Tua dan Galeri Biodiversiti

Awesome banget ye semua maklumat yang ada di sini.

Galeri Geopark Jerai, Galeri Sejarah Tamadun Kedah Tua dan Galeri Biodiversiti sememangnya penuh dengan maklumat.

Cuma hendak mencari masa bagi membaca semua maklumat itu yang den tiada kesempatan.

Paling kurang kena habiskan satu (1) jam di setiap galeri baru boleh baca semua maklumat yang tersedia.

In sya Allah den cerita di dalam post yang lain ye tentang tiga galeri ini sebab banyak hendak dikongsikan.

Anak-anak den lagi-lagi si F memang lama berteleku di sini sebab banyak maklumat yang dia berkenan.

Restoran Jeti Semeling

Kami makan tengahari di Restoran Jeti Semeling.

Semua makanan yang kami pesan memang kena dengan tekak kami.

Lala masak halia.

Ini favourite A.

Semua yang bercangkerang dia memang suka.

Dimasak lengkap siap dengan daun bawang dan bawang goreng.

Memang setengah pinggan je si A makan.

Sotong bakar cicah dengan air asam.

Sotongnya besar tapi tidak liat.

Manis aje sotongnya.

Perapan sotong meresap masuk ke dalam sotong buat rasa tidak cukup seekor sebenarnya hehehehehehee.

Daging bakar cicah air asam.

Daging tidak liat dan segar.

Ini pun kome kena makan kalau kome datang ke sini ye.

Ala-ala makan with a view begitu dengan pemandangan Sungai Merbuk.

Ada Sungai Merbuk River Cruise juga di sini tetapi disebabkan kami datang tengah hari rembang, tidak la kami menyusuri Sungai Merbuk.

So macam kena ulang datang ke sini nampaknya kan?

Lagipun banyak tempat lagi tidak sempat kami pergi di dalam kawasan Jerai GeoPark ni.

Sekiranya kome berjimba-jimba di Kedah, mohon dimasukkan Pusat Interpretasi Pelancongan Daerah Kuala Muda (Sungai Merbok dan Kompleks Jeti Semeling) di dalam agenda kome ye sebab tempat ini memang menarik.

Jom pi Kedah.

0 Comments