Daftar Korban Pilihan Di Negara Penuh Konflik Dan Krisis Kemanusiaan, Bermula RM800 Sahaja Kongsi Kegembiraan Aidiladha
Bantu ringankan penderitaan mereka | Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M
Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia setiap tahun kini buka peluang untuk orang Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah RM800 sahaja!
Negara yang terlibat adalah Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan berkongsi objektif utama setiap negara yang dipilih di dalam Kempen Qurban4Ummah tahun ini yang mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin.
Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga amat menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.
Korban anda pasti akan membahagiakan mereka | Qurban 4 Ummah 1444H - 2023M
Keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban anda semua dilaksanakan dengan telus.
Selain itu juga, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh pergi melalui pautan berikut:
Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82
0 Comments