Bingkisan Untuk Omak Tiri Den
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
20 May lepas adik bongsu den nikah.
Satu-satunya anak abah dengan omak tiri den.
Omak tiri den tampak berbaur perasaannya.
Happy sebab anaknya sudah selamat menjadi isteri orang.
Dalam masa yang sama dia sebak dan sayu sebab abah tiada sama di hari bahagia itu sedangkan banyak persiapan arwah abah buat keputusan - tarikh nikah, tempat resepsi, bunga telur, etc.
Selepas arwah emak den meninggal dunia pada Oktober 1988, abah sorang-sorang di Seberang Jaya sementara den dan adik duduk dengan atok di Port Dickson.
Abah berkahwin dengan omak tiri (mak) pada Oktober 1999 masa den berumur 21 tahun.
Den memang tidak rapat dengan mak sebab den dah besar masa depa kahwin.
Mak kot nak jadi ala-ala mak tiri Cinderella pun tak sempat sebab den dekat UKM masa tuh.
Kalau mak nak suruh den memasak bagai macam Cinderella pun memang mengundang keracunan makanan la semuanya sebab den dan memasak tidak pernah berjodoh.
Balik Port Dickson pun dah jarang-jarang.
Apatah lagi nak balik ke Seberang Jaya.
Jadi memang jarang beramah mesra begitu.
Bagi den bila abah tampak happy dengan mak, adik-adik, adik-adik tiri dan cucu-cucu tiri, den tumpang happy sama dari kejauhan.
Den sibuk dengan aktiviti berjimba den je.
Orang lone ranger dan introvert begitulah.
Orang yang membesar dengan semangat Luke Skywalker atau Captain Han Solo begitulah.
Tak nak semangat Jabba The Hut ye padahal gangster tersohor seantero galaksi kot kan.
Dasar memilih rupa😊
Banyak gamaknya benda-benda yang mak kecil hati dengan den.
Tapi itu la den dok terpleot lagu tuh la.
Nampak macam baik (puji la diri sendiri sikit noh😊) tetapi ada sedikit vibes Darth Vader begitu.
Mak ni biasanya menyampaikan berita-berita yang abah tak cerita dengan den.
Selalu dok hingaq ke den 'hang telepon la abah hang tuh tanya habaq' tapi itu la den ni memang jenis selenga orangnya.
Telefon hat lagu-lagu tuh la.
Selalu dok rasa abah tau kot den ni sayang kat dia walaupun den tak habaq.
Kira ala-ala macam kuasa telepati Professor X dalam X-Men.
Dasar anak elok disumpah menjadi belalang kunyit begitulah.
Risau kot dia abah dah tak dak ni lagu mana.
Macam den selalu dan banyak kali habaq masa abah ada lagi, den tak mau apa-apa.
Apa-apa yang ada bahagian den, den serahkan pada mak dan adik-adik.
Bukan sebab den baik.
Den punya loqlaq Jabba The Hutt pun tobat nohhh😊.
Tetapi disebabkan kasih sayang mak, adik-adik, adik-adik tiri dan cucu-cucu tiri kepada abah tidak tertanding.
Seluas lautan terbentang tidak berpenghujung di dunia ini kasihnya den kepada abah, setinggi tujuh petala langit sayangnya mereka kepada abah.
Depa yang pesoh abah lebih 25 tahun ni.
Depa yang bertunggu tangga di hospital bila abah warded.
Depa bawa abah jalan-jalan cari makan.
Depa uruskan makan minum, sakit pening abah.
Depa ada kat abah senantiasa.
Depa yang paling merambu ayaq mata bila abah meninggal dunia.
Depa yang selalu pi ziarah kuboq abah.
Den ni sabit anak kandung abah je.
Kalau ada markah LNPT prestasi sebagai anak, mau dapat markah bawah 40.
Lalu mendapat surat tunjuk sebab.
Mungkin dikenakan tindakan tatatertib.
Lantas disejuk bekukan.
Eh😊
Apa-apa yang abah tinggalkan, depa yang lebih layak dan sajak mewarisinya.
Bukan den.
Depa yang bersusah senang dengan abah.
Den ni Allah izinkan berada di sisi abah saat abah menutup mata pun sudah cukup besar rahmat.
Den ni tak disumpah menjadi batu macam Malim Kundang pun udah patut bersyukur banyak dah.
Tapi kot esok-esok terjumpa petroleum ke vibranium ke jongkong emas kat bawah rumah, hat tuh kita bincang lain nohhhhh😊
Nun dia belum apa-apa hal dah buruk siku nohhh.
Mampuih sat ni kena panah petir.
Terima kasih noh mak sayang kat abah, pesoh abah segala, lalu susah senang dengan abah.
Teman abah bercerita.
Dengaq abah meluah rasa.
Kasih dan jasa mak memang tak dapat E balas sampai mati.
Mohon mak doakan E kaya kayak dan dapat bersara awal ye😊
Dasar anak tiri suka makan udang lipan cili kering di kedai bamboo yang telah ditutup😊
Tetiba😊
0 Comments