Salam Aidilfitri 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Macam mana sambutan Aidilfitri kome?
Yang pasti hampir semua orang menyambut Aidilfitri dalam cuaca panas lit-lit ye.
Memang berkicap dan ketibas hendak mengambil gambar outdoor ye.
Den yang mengambil gambar sekupang dua pun udah tidak nampak anak matanya sebab perit menahan sinaran mentari.
Udah macam mata oppa.
Sepet tetiba hehehehe.
Tahun ini rezeki den dapat rendang daripada kawan-kawan.
Deme tahu den ini maleh hendak masak, depa titipkan rendang pada den siap dengan ketupat nasi, ketupat dalam daun palas digulung dan nasi impit.
Terima kasih daun keladi.
Tahun depan boleh bagi lagi eh.
Sekadar mengambil kesempatan atas kebaikan kawan-kawan hehehehe.
Seperti biasa periuk Noxxa den berjasa satu tahun sekali.
Masak nasi impit je pun.
Punya la banyak resepi boleh masak dengan periuk Noxxa idok la den rajin membuatnya.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, den sekeluarga tidak ke mana-mana selain menjengah mak ayah mertua yang semakin uzur.
Tapi itu la, balik kampung yang idok la jauh mana pun tetap terperangkap di dalam kesesakan trafik.
Sampai habis la bateri handphone tetap la juga tidak sampai ke kampung yang jaraknya sejengkal cuma.
Melayan lagu raya di dalam kereta sampai terpleot la 2 CD lagu raya tuh hehhehe.
Kereta den kereta lama yang masih menggunakan pemain CD.
Macam tidak akan bertukar ke pemain USB ke apa.
Jadinya pasrah aje la ye.
Setakat ini memang tidak ada rancangan menziarahi sesiapa pun sebab pilot nya tidak sihat.
Tahun ini buat julung-julung kalinya kami sekeluarga ada baju raya yang agak sedondon.
Warna mustard + hijau lumut.
Semuanya baju harga rahmah.
Baju Melayu budak-budak - RM39.90 setiap seorang (PKNS Shah Alam).
Baju Melayu buong RM30 (Mydin Sect 18).
Julung-julung kali dia ada Baju Melayu sejak 10 tahun.
Kebaya den RM25 (Kenanga KL). Beli tahun lepas.
Tudung RM25 (Jalan TAR). Beli 2 tahun lepas.
Udah berapa kali pakai tudungnya hehehehe.
Songkok nan hado.
Samping nan hado.
So baju raya kami 4 beranak RM160.
Harga rahmah sangat kan?
Gambar Aidilfitri 2023 favourite den
Macam itu la kisah keluarga kecil den.
Tema baju raya sokmo la asal berbaju begitu.
Begitulah.
Ramai ke yang masih bercuti di kampung?
Den udah masuk keroje hari ini.
Kosong lengang pejabat.
Den mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon maaf zahir batin sekiranya sepanjang den menulis di blog ini ada kata-kata yang mengguris hati, menyentuh rasa, etc sesiapa yang pernah singgah membaca cerita den di blog ini.
Salam Aidilfitri.
0 Comments