Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah kita telah memasuki sepuluh (10) hari terakhir Ramadhan.

Semoga Allah kurniakan kita rezeki untuk bertemu Lailatulqadar.

In sya Allah.

 

Hari ini den hendak kongsikan Resepi Butter Sugar Cookies yang ringkas dan mudah.

Disebabkan den guna acuan berbentuk dinosaur makanya den namakan resepi ni Resepi Butter Sugar Cookies Dinosaur Raw Raw begitu.

Nama je macam gempak tetapi biskut yang sama je rasanya begitu tidak kira bentuk apa yang dibuat hehehehe.

 

Ini satu-satunya biskut yang setakat ini den boleh buat dan menjadi.

Budak-budak pun suka makan.

Kiddos gembira mama pun senang hati.

 

Lima (5) Bahan

 

250 g Anchor Pure Butter Salted

150 g gula ising

500 g tepung biskut

1 biji telur saiz B

2 sudu the esen vanilla

Mudah je kan hendak cari bahan-bahannya.

Setiap kali den buat biskut ini sejak 4 tahun lepas memang den menggunakan Anchor Butter sebab rasa dia yang lemak berkrim dan warna kuning keemasannya tuh.

Boleh je kome hendak guna mentega jenama lain pun asalkan mentega ye.

Den tidak pernah lagi guna marjerin untuk buat biskut ni.

 

Satu adunan macam ni biasanya den dapat dalam 30 - 40 ekor dinosaurs bergantung kepada saiz dinosaurs tersebut.

 

Tapi video yang den kongsikan menggunakan bahan-bahannya empat (4) kali ganda bahan-bahan di atas ye sebab den terajin secara tiba-tiba.

Lagipun ada empat (4) ketul Anchor Butter.

Makanya den balun je guna salted dan unsalted butter sekali muhahaha.

Begitulah.

Lima (5) Langkah Mudah Membuat Doh

1. Masukkan mentega dan gula ke dalam pengadun. Adun sehingga sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Adun sehingga sebati.

3. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit. Adun sehingga sebati.

4. Hentikan pengadun dan bentukkan adunan sehingga menjadi doh.

5. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di peti sejuk bahagian bawah semalaman (24 jam).

Memang kena simpan semalaman tau adunannya.

Baru cantik kejadian biskutnya.

Esoknya baru kita tekap dan bakar biskutnya ye.

 

Lima (5) Langkah Mudah Membuat Biskut Dinosaur Raw Raw

1. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan biar sebentar dalam 5 - 10 minit.

2. Gelekkan adunan. Den letakkan pembaris di tepi kiri kanan adunan untuk dapatkan ketebalan adunan yang sama.

3. Tekap adunan menggunakan acuan dinosaur sebab nama biskutnya pun Biskut Dinosaur Raw Raw. Kome boleh je gunakan apa-apa acuan pun yang tersedia di rumah. Susun molek biskut kome atas dulang pembakar. Bagi ruang sedikit antara seekor dinosaur dengan dinosaur yang lain supaya deme tidak bergaduh hehehehehe.

4. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 1600C api atas bawah selama 20 minit. Suhu dan masa ini bergantung kepada jenis oven masing-masing ye. Kome jangan lupa tengok biskut korang dari semasa ke semasa ye. Sekejap lagi udah rentung biskut dinosaur kome macam kena hentaman asteroid.

5. Siap dibakar biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas ye.

Siap sudah Biskut Dinosaur Raw Raw den.

Selalunya orang akan hias butter sugar cookies ini dengan royal icing.

Tapi disebabkan den malas nak bancuh adunan royal icing dan dekorasi dinosaur cookies ni makanya setakat ini sahaja la resepi den hehehehhee.

Lagipun tahun 2023 ni temanya Biskut Dinosaur Raw Raw asli tanpa pewarna begitu.

Alasan kan hahahahaha.

 

In sya Allah di lain hari den akan kongsikan resepi royal icing dan tunjukkan cara dekorasi butter sugar cookies dan hasil dekorasi tersebut ye.

 

Kalau kome buat Butter Sugar Cookies Dinosaur Raw Raw ni sebagai biskut raya, in sya Allah memang akan menjadi pilihan budak-budak lagi-lagi peminat cerita Jurassic World semua tuh.

Deme akan tertarik dengan bentuk cookies tuh.

Tapi rasa biskut ni memang sedang elok untuk den dan anak-anak.

 

Selamat mencuba membuat Butter Sugar Cookies Dinosaur Raw Raw.

0 Comments