Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk orang yang memakai cermin mata sejak berumur 13 tahun iaitu sudah selama 31 tahun (tua sudah rupanya den ni huhuhuhuhu), antara perkara penting di dalam hidup den adalah di mana kedai cermin mata yang murah sebab den kena tukar cermin mata setiap 2 tahun.

Kalau hendak dikirakan, setiap kali den tukar cermin mata boleh dikatakan memang agak trauma sebab harganya hampir mencecah RM2 ribu.

Udah boleh dapat gelang emas seutas kan? Huhuhuhuhu.

Silalah menjaga mata masing-masing dengan molek ye sebab apabila mula memakai cermin mata, bukan sahaja banyak aktiviti yang agak terhalang tetapi kos untuk membuat cermin mata setiap dua tahun adalah sangat tinggi.

Sayangilah mata anda ye.

Power Tinggi, Rabun Jauh, Rabun Dekat dan Silau

Bila umur mencecah pertengahan 40an ini, bukan sahaja den rabun jauh dan silau tetapi sudah ada rabun dekat juga huhuhuhu.

Lengkap pakej ye - power tinggi, rabun jauh, rabun dekat dan silau.

Jenuh ye bila membaca kena buka cermin mata sebab rabun dekat semakin mendominasi.

Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku macam faktor umur, kerja yang menghadap laptop, screen time yang berlebihan (tengok macam-macam di telefon bimbit, main Candy Crush dengan jayanya eh), membaca buku dalam keadaan lampu samar dan lain-lain.

Kadang-kadang terbaca buku di dalam gelap

Setiap 2 tahun bila buat pemeriksaan mata, power dan silau den memang akan meningkat.

Pencarian Kedai Cermin Mata Murah

Kalau orang lain ada misi mencari café viral atau melancong ke tempat menarik, antara misi hidup den sejak memakai cermin mata adalah mencari kedai cermin mata murah setiap dua tahun sekali.

Sukar ye misi ini.

Walaupun misi ini hanya perlu dilaksanakan setiap dua (2) tahun sekali tetapi tahap kesukarannya tinggi.

Den telah buat cermin mata di banyak kedai.

Den pernah buat cermin mata di Shah Alam, Klang, Kuala Selangor dan Seremban.

Asal orang kata ada kedai cermin mata murah, memang den terjah.

Den biasanya pilih bingkai yang paling murah tidak perlu jenama bagai dan tidak kisah la bentuknya macam mana kerana apa yang penting adalah kantanya kerana bagi keadaan mata den ni, kanta yang diperlukan adalah segala mak nenek spesifikasi.

Den tidak kisah kanta dari Jepun, Korea atau tempatan asalkan harganya tidak membuatkan jantung den tercopot.

Tetapi sepanjang 31 tahun ni memang sokmo kemurungan sebentar bila den buat survey harga cermin mata ni huhuhuhuhu.

Kena jadi kaya sebenarnya bila pakai cermin mata nih huhuhuhuhu.

Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza

Apabila sampai masa untuk menukar cermin mata pada tahun ini, den survey merata mencari kedai cermin mata murah.

Seorang teman yang juga memakai cermin mata cakap ‘Apa kata hang pi tengok kedai Eye Pro Vision di Sungei Wang. Den buat di sana. Harganya murah setakat yang den dah survey. Siap dalam masa satu (1) jam. Layanan mesra pula tu’.

Lalu bergegas la den ke Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza.

Pertama kali sampai di kedai Eye Pro Vision, den terperanjat gila sebab ramainya orang di kedai tuh macam orang membeli belah jualan murah akhir tahun di pasaraya.

Pertama kali sepanjang 31 tahun den memburu cermin mata murah, den jumpa kedai yang penuh dengan orang memilih bingkai cermin mata, diperiksa matanya dan lain-lain.

Selama den pergi mana-mana cermin mata, paling ramai ada dalam tiga (3) orang pelanggan pada satu-satu masa.

Sumpah den terperanjat.

Sementara den menunggu pemilik kedai, Mr William dapat meluangkan masa untuk memeriksa mata den, den mencuba pelbagai jenis bingkai yang tersedia.

Ada banyak pilihan bingkai cermin mata.

Siap ada bingkai yang warna warni ceria di Aidilfitri begitu.

Kakitangan Eye Pro Vision Memberi Penerangan Terperinci dan Layanan Kelas A

Sempat den bertanya pasal cermin mata kepada 2,3 orang pekerja di Eye Pro Vision ini, semuanya memberikan penerangan terperinci dengan penuh berhemah.

Pekerjanya juga membantu den membuat pilihan bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka den (supaya den tidak kelihatan seperti Harry Potter pada umur 44 tahun ni heheeehe).

Sabar ye depa melayan den pakai satu demi satu bingkai cermin mata yang den berkenan.

Elok keroje di kaunter perkhidmatan pelanggan di pejabat kerajaan deme ni sebab bersopan santun sungguh heheheheehe.

Pemeriksaan mata den dibuat dengan teliti melalui alat mesin yang kita perlu tengok gambar belon panas sebelum diteruskan dengan pemeriksaan secara manual.

Kata pekerja yang memeriksa mata den, memang power mata den ada peningkatan (sikit lagi hendak ada power macam Cyclops gitu hehehehehe).

Begitulah…kena terima hakikat implikasi peningkatan umur, asyik tengok KDrama sampai ke malam buta, membaca ebooks di handphone, membaca buku dalam remang senja di bawah sinaran lampu yang suram, menghadap laptop hampir 8 jam setiap hari.

Cermin Mata Multifocal RM450 Siap Dalam Masa Satu Jam Bagi Mereka Yang Power Cermin Matanya 400 ke Bawah dan Silau Yang Tidak Tinggi

Ini sebenarnya yang istimewa tentang kedai ini.

Kanta mata berkualiti tinggi pada harga di bawah RM500 yang boleh siap dalam masa satu jam serta pemeriksaan mata terperinci.

Mula-mula korang kena buat pemeriksaan mata terperinci terlebih dahulu untuk menentukan tahap kesihatan mata korang ye.

Kalau mata korang memenuhi kriteria:

Kuasa (power) mata 400 ke bawah

Silau yang tidak tinggi

Rabun bukan kombinasi rabun jauh + rabun dekat,

korang boleh mendapatkan cermin mata multifocal RM450 yang boleh siap dalam masa satu jam.

Lengkap pakejnya ye - kualiti + harga mampu milik + jimat masa + pemeriksaan mata menyeluruh.

Semasa hendak menentukan kedudukan titik anak mata bagi cermin mata yang dibuat, bersungguh-sungguh Mr William periksa mata den.

Den risau den terpikat je dengan Mr William sebab teliti dan lama benar bertentang mata dengan dia hehehehehe.

Siap Dalam Masa Satu (1) Jam

Selepas memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka, periksa mata untuk tentukan power mata, etc korang boleh makan-makan atau jalan-jalan dulu sebelum datang semula ke kedai dalam masa satu (1) jam.

Memang awesome ye cermin mata siap dalam masa satu (1) jam.

Cermin Mata Den

Disebabkan mata den ni memang segala kriteria ditapaunya (power tinggi, silau tinggi, rabun jauh dan rabun dekat), makanya den perlukan cermin mata yang perlu ditempah khas kantanya begitu.

Tetapi tetap harga yang ditawarkan oleh Eye Pro Vission jauh lebih murah berbanding dengan kedai lain yang den pernah buat cermin mata.

Tidak pernah sepanjang hidup den dapat harga cermin mata macam ni.

Serious den memang happy banget dapat harga macam ni.

Tempoh siap adalah di antara 5 - 7 hari, lebih singkat daripada tempoh masa yang diambil oleh kedai lain den pernah berurusan yang kadang kala mengambil masa hampir 2 minggu.

Cermin mata baru den

Selepas mencuba cermin mata baru, pekerjanya beri penerangan tentang kedudukan laptop yang sesuai agar mata tidak cepat penat dan sebagainya.

Molek sungguh layanannya.

Kenapa Perlu Pilih Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza?

Bagi den perkara yang paling penting sejak mula memakai cermin mata adalah kanta cermin mata berkualiti pada harga mampu milik.

Bentuk bingkai dan tempoh siap lebih dari seminggu bagi den tiada masalah sebab biasanya den akan pilih bingkai yang paling murah.

Memang excited ye tengok Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza memberikan harga RM450 bagi bingkai + kanta cermin mata multifocal + Den tumpang teruja tu macam kan dapat bonus daripada Kerajaan Negeri eh hehehehehe.

Cermin mata di sini juga dilengkapkan dengan UV420 bagi melindungi mata dari silau malam dan cahaya dari gajet (handphone, laptop dan komputer).

Siap pula dalam masa satu (1) jam - bonus point.

Pemeriksaan menyeluruh + layanan mesra - bonus point.

Baru den faham kenapa kedai Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza ini diserbu oleh ramai pelanggan.

Memang sajak la kedai ini viral.

Bagi pemakai cermin mata yang telah merayap merata mencari cermin mata pada harga yang paling minima, den sarankan korang datang ke kedai ini untuk buat cermin mata korang.

In sya Allah berbaloi.

Kita tengok video satu ye.

RM450 all in one no hidden charge

Mano eh hendak dapat di kedai lain.

Terkilan beno rasa hati den lambat terjumpa kedai ni.

Tapi kita memegang konsep better late than never begitu la ye.

In sya Allah lepas ini memang cermin mata den anak beranak buat di sini aje la.

Dengan boss besar, Mr William yang sangat berhemah melayan pelanggan

Di Mana Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza?

G111 Ground Floor Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Berdekatan dengan kiosk Famous Amos.

Boleh datang naik kereta atau LRT ke sini.

Boleh hubungi Mr William sebelum datang tapi boleh je kalau walk in pun.

Boleh telefon atau whatsapp 016-3771304

Waktu perniagaan setiap hari 11 pagi - 8 malam.

Boleh layari https://www.facebook.com/EyeProVisionViral

Moh la kita dapatkan cermin mata multifocal pada harga mampu milik.


0 Comments