Kieslect Lady Calling Watch Lora Yang Sesuai Untuk Gaya Hidup Masa Kini
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ni udah jadi macam keperluan ye untuk mempunyai sekurang-kurangnya seutas jam tangan pintar (smart watch) yang mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada features yang ditawarkan lagi-lagi dengan kehidupan sekarang di mana lebih ramai orang lebih prihatin tentang tahap kesihatan, kesukaan untuk mengambil gambar-gambar yang cantik untuk kenangan di samping kesibukan urusan harian yang kadang kala membawa sampai ke malam.
Den hendak kongsikan dengan korang seutas jam yang memang memikat hati den iaitu Kieslect Lady Calling Watch Lora dengan fadeless aluminium case ni.
Fadeless Aluminum Case jam ini memberikan nilai tambah eksklusif kepada jam ini yang membolehkan ianya digayakan di mana sahaja dan dipadankan dengan pilihan pakaian kita.
Memang sesuai untuk den pakai bila pergi ke tapak atau pergi ke program sosial dan santai.
Penting ciri ini untuk den yang malas hendak tukar-tukar jam.
Disebabkan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini adalah smart watch, makanya korang kena muat turun aplikasi GloryFit di telefon ye.
Daripada aplikasi GloryFit ni, kita boleh tengok dan semua features yang disediakan selepas dihubungkan dengan Bluetooth.
Features Kieslect Lady Calling Watch Lora
Ada banyak fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora ini.
Kalau den terangkan satu persatu mau panjang berjela perkongsiannya tu.
Jadi makanya korang boleh tengok video di bawah tentang semua features yang ada pada jam ini ye.
Banyak kan features nya?
Den sertakan sekali tangkap layar bagi fungsi yangt terdapat pada aplikasi GloryFit ye.
Muka Jam Yang Besar dan Pilihan Gambar Muka Jam (Customizable Watch Faces)
Muka jam yang besar ini menunjukkan maklumat dengan jelas dan memudahkan kita navigate features yang ada pada jam ini.
Penting muka jam besar ini lagi-lagi untuk orang yang rabun macam den ni.
Muka jam besar juga memberikan nilai estetik sebab ianya cantik dan menarik.
Pilihan Gambar Muka Jam (Customizable Watch Faces) merupakan feature yang den berkenan sebab seronok je nak padankan gambar muka jam dengan warna baju, suasana atau perasaan ketika itu.
Kadang-kadang simple things macam ni pun boleh buat hati berbunga-bunga.
Penting tau small thing that make you happy di kala dunia ini penuh dengan macam-macam pancaroba.
Terdapat 54 gambar muka jam yang korang boleh pilih.
Kalau setiap hari korang tukar gambar muka jam pun untuk setiap bulan pun, terlebih-lebih pilihannya.
Setakat ini den tukar gambar muka jam berdasarkan warna pakaian den pada hari itu.
Disebabkan nama jamnya pun Kieslect Lady Calling Watch Lora, makanya fungsi telefon ada di jam ini ye.
Maknanya bila orang telefon kita di telefon bimbit kita, jam ini juga akan berbunyi.
Kita boleh menjawab panggilan menggunakan jam ini apabila keadaan tidak sesuai untuk kita menggunakan telefon.
Boleh dengar jelas ye percakapan dengan jam ini sebab ada aplikasi Stable Bluetooth 5.2 Connection.
Memang awesome kan feature ni?
High Definition Music Playlist on Wrist merupakan feature yang den suka juga.
Kita boleh dengar muzik melalui jam ini ketika sedang bersantai, hiking atau apabila kita menjalankan aktiviti luar lain macam berjalan-jalan di taman dan sebagainya.
Selepas dihubungkan dengan Bluetooth, boleh la layan lagu-lagu sendu kalau hati sedang duka lara.
Kalau tengah gembira kita dengar lagu yang ceria ye.
Untuk sukan, ada 70 pilihan aktiviti yang korang boleh pilih termasuklah tarian, taekwando, naik turun tangga, berbasikal, badminton dan sebagainya.
Sudah pasti ada kiraan kalori dan langkah yang kita buat semasa bersukan.
Ini pun direkodkan oleh jam ini termasuk jarak kita berjalan kaki.
Untuk den yang sudah berumur 45 tahun ni, tahap kesihatan tuh memang perlu dipantau lebih sedikit sebab risau penyakit singgah.
Makanya features degupan jantung dan paras oksigen memang den berkenan.
Pemantauan tidur belum perlu lagi sebab setakat ni den memang tiada masalah untuk tidur, terlebih-lebih tidur lagi ada la hehehhehehe.
Untuk wanita sememangnya jadual haid bulanan memang penting.
Jadinya Female Menstrual Reminder dalam jam ini antara feature yang memang den gunakan.
Ada banyak features dalam Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, jadinya kita kena explore sendiri feature nya yang mana bersesuaian dengan diri kita ye.
Dua (2) Jenis Tali Jam
Ciri jam ini yang den berkenan adalah ianya didatangkan dengan dua (2) jenis tali jam.
Satu tali jam adalah jenis magnetic strap yang mana sesuai untuk den pakai bila den kerja di lapangan.
Ini penting untuk den yang selalu kena pergi site ni ha.
Untuk aktiviti santai macam berjimba dengan kawan-kawan, melepak bersama anak-anak tengok movies, event bloggers dan sebagainya, den akan tukar tali jam bling kepada yang lebih glamour begitu.
Pilihan Warna Jam Kieslect Lady Calling Watch Lora
Kieslect Lady Calling Watch Lora ini didatangkan di dalam tiga (3) jenis warna iaitu merah jambu, ungu dan emas.
Ramai orang suka Kieslect Lady Calling Watch Lora warna emas kerana ianya mudah hendak dipadankan dengan mana-mana warna pakaian.
Tetapi den pilih jam berwarna merah jambu.
Sekali sekala begitu.
Den rasa cocok sahaja warna merah jambu ni dengan semua warna baju yang den ada.
Kira-kira colour contra begitu konsepnya ye.
Siri Kieslect Smart Watch Yang Lain
Ala…. Kieslect Lady Calling Watch Lora ni a bit girlie dan ladylike sangat la.
Tiada smart watch yang lebih masculine atau yang ada fungsi sukan yang extra ke?
Eh siapa kata tidak ada.
Kieslect Smart Watch ada menawarkan dua (2) pilihan jam yang lebih macho ye.
Ada Kieslect Calling Watch Kr Pro dan Kieslect Calling Watch Kr.
Den kongsikan gambar deme sahaja ye.
Untuk features setiap jam kome boleh baca di laman sesawang Kieslect ye.
Untuk maklumat lanjut tentang Kieslect Smart Watch ni, boleh layari media sosial berikut ye:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://www.twitter.com/KieslectMY
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
Di Mana Hendak Membeli Kieslect Lady Calling Watch Lora atau Kieslect Smart Watch Yang Lain?
Semua pembelian adalah di hujung jari sahaja.
Boleh beli di platform rasmi Kieslect di Shopee ye
https://shopee.com.my/kieslect.os
Kalau korang masukkan kod potongan ni:
1. Kieslect Lady Calling Watch Lora iaitu KIESLORA - potongan harga RM5 voucher
2. Kieslect Calling Watch KS iaitu KIESKS - potongan harga RM10 voucher
Siapa cepat dia dapat ye.
KIESLECT menawarkan satu tahun jaminan penggantian bagi memberikan perkhidmatan dan ketenangan minda kepada pembeli jam ini.
Dalam tempoh satu (1) tahun pembelian, pelanggan boleh menukar sebarang produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) kepada jam yang baru.
Walaubagaimanapun sekiranya jam tersebut rosak akibat faktor manusia seperti kecuaian dan sebagainya, KIESLECT mempunyai hak untuk tidak menggantikannya.
Selamat memilih jam dari rangkaian Keislect ni ye.
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
2 Comments
Cantik design dia, cukup feminin tapi functional habis!
ReplyDeleteHa memang awesome jam ni. Sampai sekarang pakai. Sorry lambat reply. Tak perasan komennya
Delete