Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Pejam celik pejam celik sudah 14 hari kita berpuasa kan?

Sekejap sangat masa sekarang ni.

 

Antara rezeki berbuka puasa pada tahun ini adalah berbuka puasa dengan makanan yang memang sedap banget dekat tekak den.

Sejak dahulu kala lagi selalu teringin hendak makan itik bila tengok siri drama atau movies Hong Kong, China, Korea dan Jepun.

Mesti ada scenes itik gantung di restoran dalam cerita-cerita tersebut.

Kalau tengok rancangan memasak atau membaca buku cuisine dan culinary dari negara-negara ini, sememangnya akan hidangan itik panggang.

 

Jadinya memang rasa gembira apabila den sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa di Restoran Itek Itik Roast Duck, Damansara Jaya.

Restoran ini menyajikan itik panggang menggunakan resepi turun temurun 30 tahun.

Masuk je kedai terus nampak itik panggang

Pakej Berbuka Puasa Ramadan 2023

Ada tujuh (7) pilihan set berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Itek Itik Roast Duck sempena bulan Ramadan 2023 yang mana setiap satunya sudah tentu dilengkapi dengan hidangan itik.

Udah nama restoran itik kan, kalau tiada itik dalam setiap hidangan macam tidak ngam pula dengan namanya ye.

Walaupun namanya restoran itik, tetap ada banyak jenis hidangan lain termasuklah ayam, makanan laut, sayur-sayuran dan sebagainya.

Jadinya jangan risau kalau tidak terasa hendak makan itik, boleh cuba makanan yang lain sebab semuanya sedap-sedap belaka.

 

Apa Kami Makan?

Disebabkan kalut hendak berbuka puasa, tidak sempat hendak mengambil gambar semua lima (5) hidangan sekaligus huhuhuhu.

Tetapi in sya Allah gambar setiap hidangan sempat diambil.

Semua hidangan yang kami makan sedap-sedap kena sungguh dengan tekak kami.

 

Kam Heong Butter Crab

Ini hidangan yang paling digemari oleh kami sekeluarga.

Hidangan dua ekor ketam yang gemuk dan padat isinya.

Kuah Kam Heong Butter yang pekat lengkap semua perisa.

Sememangnya ini adalah hidangan yang mendapat tempat pertama di hati kami sekeluarga.

Anak sulung den yang tidak beberapa gemar makanan laut pun sakan makan ketam Kam Heong Butter ni.

Sepit ketam yang besar telah diketuk, jadinya memang senang hendak makan.

Kalau kome makan ketam dengan sudu garfu, memang rugi sebab tidak dapat korek semua isi ketam yang terselit-selit di antara cangkerang dan kulit ketam.

Teringat-ingat pula kesedapan isi dan otak ketam itu.

Cincaluk Assam Pedas Goreng Siakap Fish

Hidangan ini paling digemari oleh anak bongsu den.

Sekali pandang macam pedas sebab penuh dengan cili.

Tapi bila makan surprisingly rasa pedas dia sedang elok tidak terlalu menyengit.

Anak-anak den yang tidak tahan pedas pun boleh makan.

Ikan siakap digoreng garing tetapi isi belah dalam kekal lembut ni lagi terasa sebab ada petai dan kacang panjang.

Ini hidangan favourite anak bongsu den.

 

Roast Duck Curry

Kari itik panggang ini antara hidangan yang korang memang kena cuba.

Tekstur daging itiknya juicy dan tidak liat.

Walaupun telah dimasak dengan kuah kari yang pekat tetapi tetap boleh rasa crispy panggang tuh.

Macam mana nak cakap kan? Hehehehehee.

Walaupun hidangan ini ¼ bahagian itik sahaja tetapi cukup jenuh kami hendak menghabiskannya.

Daging itiknya padat.

Makan tiga ketul pun sudah boleh mengenyangkan.

Yang paling banyak makan hidangan ni laki den.

Maknanya dia berkenan sungguh la tuh.

 

Minced Chicken and Mushroom Tofu

Ini hidangan yang paling anak sulung den suka.

Dia sorang makan separuh hidangan ni.

Jarang dia makan beriya macam ni.

Tofu lembut dan sebati dengan semua perencah yang ada.

Cendawan dan hirisan ayam menambah rasa hidangan ini.

Kenapa tofu di restoran macam ni sedap banget kan tapi bila den masak sendiri kadang-kadang dia macam rasa tak boleh hendak telan huhuhuhu.

 

Salted Egg Lotus Root

Selalu kalau tengok drama China dan Korea selalu sangat ada menu lotus root.

Ini kali pertama den sekeluarga dapat makan lotus root.

Rasa telur masin yang menyalut lotus root tidak terlalu muak atau masin.

Sedang elok.

Makan hidangan ni panas-panas memang mengundang tindakan makan terus menerus begitu.

Ini hidangan yang pertama kali habis kami makan.

Sekejap je selesai makannya.

 

Mantao

Nampak rupa mantao ni macam extra garing tetapi itu yang sedapnya.

Garing di luar tetapi di dalam tetap lembut.

Anak bongsu den makan sampai empat (4) ketul mantao ni.

Setiap hidangan agak banyak bahagiannya, memang sedang elok untuk makan empat (4) orang dewasa.

Lagi-lagi bila kita ambil lima (5) jenis hidangan macam ni.

Kami makan sekeluarga memang jenuh hendak menghabiskan semua makanan.

Memang segah perut jadinya hehhehehehehe.


Ada banyak lagi pilihan menu yang lain yang kome boleh cuba ye.

Restoran Selesa, Bersih dan Kemas

Restoran memang selesa siap lengkap pendingin hawa, luas, etc.

Hiasan dinding dipenuhi dengan gambar makanan yang dijual di sini.

Memang buat kecur air liur tau hehehehehehe.

Kalau berbuka puasa di sini, korang boleh solat Maghrib di surau yang terletak di tingkat 2, Atria Shopping Gallery yang terletak sepelaung dari Restoran Itek Itik Roast Duck.

Hanya 130 meter jaraknya.

Tidak sampai 5 minit kalau berjalan kaki.

Jadinya kome walaupun sakan makan sedap berbuka puasa jangan lupa solat Maghrib pula ye.

Kome jangan was-was tau sebab restoran ini telah mendapat SIJIL HALAL JAKIM.

Kome boleh semak di laman sesawang Jakim ye.

Masakan semuanya ada rasa.

Senang kata memang sedap banget untuk tekak kami sekeluarga.

Harganya adalah berpadanan dengan kualiti dan kuantiti hidangan yang disediakan.

Waktu Operasi dan Alamat

Isnin, Rabu - Ahad: 11 pagi - 9.45 malam

Selasa tutup

15 & 17, Jalan SS 22/19, Damansara Jaya, Petaling Jaya

 

Boleh dapatkan maklumat lanjut di

Facebook: https://www.facebook.com/itekduck

Instagram: https://www.instagram.com/itekitik/

Telefon: 03-77317917

In sya Allah Restoran Itek Itik Roast Duck akan menjadi antara restoran pilihan den untuk program makan-makan bersama keluarga dan kawan di masa akan datang.

Serious awesome makanannya.


 

0 Comments