Berhadapan dengan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, berdekatan dengan tempat letak kereta ada surau, tandas, gazebo dan Sungai Batu Pahat.

Rasa macam ada ambil gambar maklumat tentang sungai ini tetapi tiada berjumpa di dalam simpanan huhuhuhuhu.

Sungainya sangat jernih dan dingin.

Kalau korang datang ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, selitkan juga masa untuk bermandi manda di sini ye.

Paling kurang mencelup kaki dalam sungai yang molek itu.

Walaupun tiada baju mandi yang dibawa tetap la juga budak-budak ini teruja hendak mandi di sini.

Pakai seluar tidur pun boleh asalkan dapat mandi begitu konsepnya.

Memang keren banget mandi di sini sebab air sungainya sedang elok.

Tidak terlalu dalam dan mengalir di celah-celah batuan.

Sesuai untuk anak-anak mandi.

Den hanya mampu mencelup kaki sambil makan kuih bahulu.

Udah umur sebegini malas hendak mandi sungai, laut, air terjun bagai sebab mengenangkan leceh hendak menukar baju nanti.

Semasa kami berehat menghayati kesegaran air sungai, terdapat beberapa keluarga dapat berkelah di tepi sungai ini.

Gambar-gambar di sungai ini memang den ambil dari satu sudut sahaja sebab den malas hendak bergerak hehehehehe.

Kembali ke alam semulajadi memang antara terapi yang membahagiakan.

Mendengar bunyi deruan air sungai mengalir.

Mencelup kaki di dalam air sungai yang jernih dan sejuk.

Jangan lupa singgah di sini kalau korang ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang ye.

 

Moh kita.

0 Comments