Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kita masih diberikan rezeki untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun 2023 ini.

Isilah Ramadhan dengan sebaiknya

Kerna ia datang setahun sekali

Tahun hadapan belum tentu jumpa

Kerna kita mati bila-bila masa

 

Ini antara salah satu lagu nasyid favourite den bila tiba Ramadan.

Sebab memang benarlah pesanannya kerana tidak pasti tahun hadapan kita bertemu Ramadan.

Tahun ini pun belum tentu kita dapat menjalani ibadah Ramadan sehingga akhir kan sebab sebagaimana katanya lirik ini ‘kerna kita mati bila-bila masa’.

In sya Allah semoga ada rezeki kita pada tahun ini untuk menyambut Aidilfitri ye.

 

Ramadan tahun ini agak lebih syahdu sebab arwah abah baru meninggal dunia pada Disember 2023.

Tahun 2023 maknanya sudah 35 tahun arwah emak tiada.

Den pun sudah semakin tua.

Malam pertama Ramadhan migraine teruk yang tidak boleh dibawa berbincang.

Makan ubat migraine terus tidur begitu.

 

Tahun ini julung-julung kalinya pejabat tidak mewajibkan kakitangan menyertai tadarus Al-Quran.

Sebelum ini sempat juga den tadarus walaupun ala-ala terpaksa rela begitu.

Tahun ini bila tadarus terbuka secara sukarela, tidak pasti den akan sertai atau tidak nanti huhuhuhuhuhu.

Semoga terbuka hati ye hendak sertai tadarus ini.

Ramadan tahun ini agak penuh jadual kerjanya siap ada lawatan tapak dan bengkel bagai.

Jangan terpleot semasa di tapak udah la ye dengan cuaca panas lit-lit sekarang ni.

Mesyuarat usah dibicara.

Memang ada hampir setiap hari.

Semoga yang baik-baik untuk kita semua ye.

 

Den sudah beberapa tahun boleh dikira berapa kali pergi ke bazar Ramadan.

Tahun ini rasanya sama je.

Malas hendak bersesak-sesak kisahnya.

Mungkin akan tapau lauk di kedai di bawah rumah.

Atau masak yang sempoi-sempoi je untuk berbuka.

Makin tua ni asal ada makanan macam tuh je konsepnya.

 

Amalan yang cuba hendak dibuat adalah membaca Al-Quran.

Sebab ini je yang senang hendak dibuat.

Hendak bangun qiamullail semua tuh macam tiada harapan sebab selalu je tertidur pengsan saban malam hehehheheehe.

In sya Allah kita cuba apa yang termampu ye.

Kalau ada rezeki hendak bersedekah, kita sedekah ye.

Kalau mampu bangun malam buat solat sunat, kita solat ye.

Jika ada kesempatan bertadarus, kita sertai sama walaupun tajwid agak ke laut dalam.

Jika berupaya solat tarawih, kita buat ye.

Apa pun amalan kita, yang penting kita usahakan sedaya upaya.

Semoga Ramadan ini menjadi asbab untuk kita berubah menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Gambate kudasai untuk kita ye.

 

Semoga Allah kurniakan kesihatan berpanjangan agar kita semua dapat menjalani ibadah Ramadan dengan sebaiknya.

Semoga Ramadan 2023 juga adalah Ramadan terbaik untuk kita.

Salam Ramadan Kareem.


 


1 Comments

  1. selamat berpuasa dan semoga puasa pada tahun ini lebih baik berbanding pada tahun sebelumnya

    ReplyDelete