John Wick Chapter 4 Movie Review
Such a life....begitulah kehidupan.
A fitting ending for Mr Wick.
Ini kesimpulan den untuk movie John Wick Chapter 4 ini.
John Wick Series dari nombor 1 hingga 4 memang fokusnya pada aksi tabrakan, mengejar manusia perangai ala kesambet setan, tidak logik akal, tembak, tikam, berdarah di sana sini, etc.
Tetapi John Wick Chapter 4 seolah-olah John Wick ni ala-ala immortal ye.
Jatuh beratus-ratus anak tangga tergolek-golek sampai ke bawah eh elok dia bangun berlawan.
Kena langgar berenyut-renyut kereta eh elok dia tidak patah barang jari kelingking pun.
Jatuh/terjun dari tingkat tinggi siap pecah cermin, kena palang besi bagai, terhempas sana sini eh elok dia bergerak tidak terhencut-hencut sikit pun.
Sebutir peluru pun tidak kena walau guna pistol dan senapang canggih, etc.
Biasa sebenarnya movie aksi hero gagah perkasa tapi yang ini melampau-lampau benar ye hehehehehehe.
Den sebenarnya setuju banget dengan review oleh thechilaxrider. Kome boleh tengok review dia di https://vt.tiktok.com/ZS8bhv3ma/
Semua movie John Wick kecuali yang kedua, pelakon selain Keanu Reeves sebenarnya berada di dalam kategori stealing the scene whenever they appear on screen.
Ian McShane (Winston) ni daripada movies sebelum John Wick pun memang ada karisma lagi-lagi dengan deep voice dan slanga English dia tu.
Dia sebut 'Jonathan' pun udah ada impak pada cerita.
Udah 80 tahun dia ni.
Den mula kenal Lance Reddick (Charon) dari drama series Fringe.
Ini pun antara aktor yang ada aura tersendiri.
Meninggal dunia baru-baru ni.
Laurance Fishbone sekupang benar wataknya tetapi tetap la juga apabila dia muncul terasa impaknya.
Hiroyuki Sanada (Shimazu) bagi den legendary actor.
Den memang suka banget dia ni.
Sekejap sangat pula wataknya.
Macam kena ulang tengok The Last Samurai ni.
Donnie Yen (Caine), Mr Ip Man ni memang memukau sokmo bila berlakon.
Bila dia bergasak dengan John Wick, nampak lebih cantik fighting skills dia.
Orang Asia ni berhemah ye.
Bila Caine dan Shimazu bercakap, terserlah budi bahasanya di situ padahal tengah bincang pasal hendak berbunuhan hehehehhehe.
Bila ada aksi lawan Caine dan Shimazu, memang tidak terpandang dah John Wick. Seni berlawan dan mempertahankan diri orang Asia memang pada tahap yang berbeza.
Keanu (58 tahun), Donnie (59 tahun) & Hiroyuki (62 tahun) masih gagah untuk berlawan bagai.
Walaupun banyak aksi guna pelagak ngeri tetapi tetap sihat ye deme ni.
Den ni nak duduk antara dua sujud pun udah terpleot.
Elok je deme berlakon walau udah mencecah umur warga emas ye.
Ada di Malaysia ni katanya tidak terima pelakon tua, gemuk dan sakit....eh ….hehehehehhee.
Pelakon otai tetap berbisa.
Lakonan deme biasanya bukan bese-bese.
Den paling suka movie John Wick 1.
Simple dan tidak berlebihan aksinya.
John Wick 4 masih berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Aksi bergasak memang berenyut-renyut di dalam movie ni.
Cuma ada terlebih sudah begitu.
Den jatuh cinta pandang pertama dekat Keanu Reeves masa Speed (1994) sampai sekarang.
Walaupun cinta itu buta, den tetap kena terima hakikat yang Keanu bukanlah seorang pelakon yang boleh bawa pelbagai watak macam Hugh Jackman, Brad Pitt, Russell Crowe, Will Smith, etc (aksi, drama, romance apa semua depa boleh tapau).
Keanu Reeves adalah seorang pelakon yang sesuai dengan watak kurang ekspresi dan skrip sepatah dua kata begitu.
Dia memang sajak la berlakon genre aksi John Wick, Matrix, Constantine, etc. Bila dia berlakon Walk On The Clouds dan The Lake House, nampak agak kejung di situ.
Tetapi tetap la jua den minat pengsan dekat Keanu Reeves ni sebab dia baik hati dan easy on eyes.
So pegi la kome tengok John Wick 4 ye.
Mungkinkah ada John Wick 5?
Siapa tahu kan?
0 Comments