Resensi Buku José Rizal Melayu Agung
Sekali cinta pada pertiwi berputik di dalam hati, ia tidak akan terpadam, kerana ia akan tersemat selama-lamanya dan tidak mungkin dimusnahkan
Jose Rizal, artikel El Amor Patrio
Dia kan bila terbaca buku yang best memang agak payah hendak move on.
Buku José Rizal Melayu Agung terjemahan daripada karya The Great Malayan oleh Carlos Quirino ini antara buku yang bagi den sangat mempesonakan daripada segi faktanya dan juga lenggok bahasanya.
Den tidak sangka akan sangat terpaut hati dengan buku ini.
Eh José Melayu ke?
Melayu dalam konteks yang lebih luas merangkumi Austro-Malayan-Polynesian (Austronesian) (Rumpun Melayu).
José Protacio Mercado Rizal y Alonzo Realonda (19 Jun 1861 - 30 Disember 1896) merupakan perwira bangsa Filipina yang amat disanjungi oleh orang Filipina.
8 perkara yang José buat sepanjang 35 tahun hidup beliau:
1. Membaca
2. Mencatat nota
3. Menulis journal, puisi, etc
4. Bersenam
5. Mempunyai hobi - melukis.
6. Mengembara
7. Membahagikan masa untuk semua perkara (jadual)
8. Terus belajar
Kebanyakan perkara di atas dibuat oleh hampir semua tokoh pemikir dan pemimpin yang terkenal.
Beliau boleh berbahasa Sepanyol, Perancis, Itali Jerman, Bahasa Inggeris dan lain-lain.
Menguasai Bahasa Perancis dalam tempoh 2 bulan.
Belajar Bahasa Jepun dalam 1 bulan.
Menghafal 5 patah perkataan Bahasa Jerman setiap malam sebelum tidur dan mengajar Bahasa Jerman 2 kali seminggu pada kawannya.
Novel José yang paling terkenal adalah Noli Me Tangere (Touch Me Not) (1887).
José Rizal adalah susuk yang penuh semangat perjuangan, penat jerih, tidak berputus asa di dalam menentang ketidakadilan pemerintahan Sepanyol termasuk penyelewengan kuasa atas nama agama oleh paderi melalui kuasa pena.
Semangat nasionalisnya bermula seawal 10 tahun apabila menyaksikan ketidakadilan pemerintahan Sepanyol termasuk penyelewengan kuasa atas nama agama oleh paderi ke atas keluarga dan komuniti setempatnya.
José mula mencuba menulis novel pada umur 12 tahun.
José bermain pedang, mendaki bukit dan pergi ke gymnasium.
Mei 1882 - Singapura maju dan pasarnya bersih.
1888 - rakyat Jepun harmoni dan berhemah.
Sampai sekarang pemerhatian José terhadap kedua negara ini benar kan.
Mempunyai perpustakaan di:
1. Hong Kong semasa beliau menetap di sana.
2. rumah keluarga di Kalamba, Filipina.
Beliau menyukai perpustakaan di dalam kapal besar Perancis iaitu Djemnah.
Mengembara ke serata tempat.
Walaupun pernah ditipu beberapa kali, beliau tetap mengembara.
Berjalan sampai kaki melecet dan bengkak
Novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) dan buku El Filibusterismo adalah buku yang mencetuskan semangat untuk berjuang rakyat Filipina.
José berpendapat hasrat supaya Filipina mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol secara aman hanya tinggal mimpi.
José berharap ada perubahan dalam pentadbiran - lebih banyak sekolah dibina, lebih ramai pegawai kerajaan yang jujur, siasatan terhadap penyalahgunaan kuasa paderi dan satu/dua orang wakil tempatan dilantik dalam Cortes Sepanyol.
1888 - Habiskan masa berbulan-bulan di Muzium dan Perpustakaan British untuk salin buku Morga
1890 - mengatakan warna kayumanggi (sawo matang) mempunyai daya tarikan tersendiri.
Daripada seseorang idealist yang menghidupkan semangat revolusi melalui bukunya, beliau akhirnya menjadi seorang realist berfikir secara praktikal yang tidak mahu memulakan revolusi yang tidak mempunyai kebarangkalian untuk berjaya dan mengakibatkan pertumpahan darah orang Filipina yang sia-sia. Beliau akhirnya sedar Filipina dan penduduknya masih belum bersedia menggulingkan pemerintahan Sepanyol melalui kekerasan.
Harapan José untuk Filipina:
1. Benarkan orang Filipina diwakili di Cortes - menghentikan salah guna kuasa oleh sesetengah pihak
2. Kerajaan dan agama harus dipisahkan
3. Kepentingan pendidikan awal - sebahagian jawatan guru kepada penduduk tempatan
4. Perubahan pentadbiran supaya boleh berfungsi dengan jujur
5. Bina sekolah seni lukis dan pertukangan
6. Kebebasan mengamalkan kepercayaan
7. Kebebasan akhbar
José menyanggah artikel Orang Filipina Malas.
Teringat pula kepada buku Mitos Peribumi Malas oleh Syed Hussein Al Attas.
Pernah ditawarkan seratus ribu peso dan sekeping tanah ladang sekiranya beliau menarik semula penulisannya tentang gereja, José menolaknya.
15 Julai 1892 - José dibuang daerah ke Dapitan di persisiran Mindanao.
Dalam buangan menjadi doktor merawat pesakit tanpa bayaran daripada sesiapa yang tidak berkemampuan, mengajar kelas aritmetik, geografi dan retorik, mengarahkan pembinaan sistem pengairan, etc
1893 - José memecahkan monopoli perniagaan runcit oleh orang Cina dengan menubuhkan syarikat perniagaan runcit
José Rizal dihukum mati atas tuduhan jenayah mengasaskan pertubuhan haram, mengapi-apikan dan menggalakkan hasutan dan pemberontakan.
Mi Ultimo Adios (My Last Farewell) merupakan nukilan terakhir José tentang rakyat yang tertindas dan negara yang sedang diperhambakan sebelum beliau ditembak mati pada 30 Disember 1896.
Buku Melayu Agung ini menjadi menarik kerana sumber penulisan buku ini sendiri adalah unik, asli dan mantap daripada catatan harian, surat-surat, puisi, artikel dalam akhbar dan buku yang ditulis sendiri oleh José Rizal.
Tahniah Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menerbitkan terjemahan yang mengusik hati.
Tahniah juga kepada PPAS kerana menyediakan buku ini untuk dipinjam.
Bila baca buku ini terasa kena cari 2 buku di bawah ni:
1. Pride of the Malay Race A Biography of José Rizal by Roman Ozaeta (Translated from the Spanish of Rafael Palma).
2. The Great Malayan (1940) oleh Carlos Quirino.
1 Comments
Nice post thank you Sandra
ReplyDelete