Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Ini cerita tahun lepas.

Seperti biasa den memang terkelembap hendak berkongsi cerita di blog den ni ha.

Tetapi tempat ni memang awesome banget.

Memang kena dikongsikan juga ceritanya walaupun kisahnya berlaku tahun lepas.

Rezeki paling best semasa den pergi ke FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba pada waktu den menaiki jejantas tersebut adalah tiada orang lain pada ketika itu.

Seusai sampai di tangga untuk mendaki naik ke menara jejantas, kami bertembung dengan 4 orang yang telah selesai meniti jejantas.

 

Bermula dari menaiki jejantas sehingga kami selesai kembali ke tempat letak kereta, hanya den berdua dengan kawan den.

Ala-ala jejantas itu kami berdua yang punya untuk tempoh hampir 1 jam tersebut.

Heaven sangat rasanya ye sebab boleh bergambar sesuka hati di sana sini hehehehhehee.

Den sarankan korang datang 30 minit sebelum slot masa korang naik jejantas ye sebab boleh tahan juga hendak menapak dari tempat letak kereta ke pejabat Forest Skywalk.

Dalam 15 minit ada.

Cantik je pemandangan menghijau sepanjang perjalanan cumanya memang ketibas juga la.

Ada maklumat pokok-pokok yang terdapat di sepanjang jalan ni.

Kalau korang sejenis hendak membaca semua maklumat yang ada, masa balik dari meniti jejantas la baru baca ye sebab takut terlambat sampai di pejabat Forest Skywalk tu ha.

Setibanya di pejabat Forest Skywalk, kita perlu mendaftar dan mendapatkan tiket yang telah dibeli di atas talian.

Dari sini kita akan berjalan di laluan denai yang dikelilingi pokok-pokok dalam 100 meter sebelum sampai ke kaki menara jejantas ni.

Laluan jejantas ni mempunyai 11 menara dan 8 jejantas.

Kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk selesai meniti satu pusingan jejantas ni.

Kalau kome dekat setiap pelusuk hendak bergambar, memang lama lagi la masa yang diperlukan.

Dia kalau tempat-tempat tinggi ni, kita memang menjamu mata melihat panorama indah pemandangan menghijau begitu.

Nampak pokok-pokok.

Ada pemandangan tasik.

Awan beraneka bentuk memang molek banget.

Boleh juga nampak bangunan pencakar langit sayup-sayup nun di hujung sana.

Berbaloi ke datang sini?

Berbaloi sangat sebab bukan sahaja dapat tengok pemandangan cantik semasa kita meniti jejantas ini tetapi kita akan terbersenam dengan secara tidak sengaja.

 

Tempahan Tiket Melalui Sistem Atas Talian Sahaja

Korang jangan walk in tau kalau hendak ke sini.

Mesti kena tempah tiket secara atas talian di website

https://skywalk.frim.gov.my

 

Harga tiket adalah seperti di bawah:

Bila kita pilih booking, akan tertera tarikh dan tiket yang masih tersedia.

Pada satu-satu masa hanya 40 orang dibenarkan meniti jejantas tersebut.

Bila dah booking tiket kena bayar terus secara atas talian juga.

Kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan meniti jejantas ni ye sebab struktur binaannya yang kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Den yang tua bangka ni pun seriau masa menaiki dan menuruni tangga di menara-menara yang ada sebab ianya agak curam.

Kalau tersalah langkah memang akan jatuh tergolek.

Memang kurang sesuai untuk kanak-kanak bawah 7 tahun jejantas ini atas faktor keselamatan.

Hendak mengambil gambar pun ala-ala berdebar sebab takut terlepas telefonnya ke bawah.

Kalau telefon terlepas memang selamat jalan romeo la jawabnya ye.

Jadinya jangan lupa berhati-hati bila hendak bergambar sakan di sini.

 

Udah namanya kena berjalan dan meniti jejantas kan, makanya sila la pakai baju dan kasut yang bersesuaian.

Jangan lupa korang pakai baju meleret-leret macam princess.

Takut terpijak kain lalu tersungkur.

Pakai kasut sukan paling sesuai ke sini.

Waktu Operasi

Waktu operasinya unik sikit ye.

Hari Jumaat tutup.

Waktu operasi Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad ada dua (2) tempoh:

 

8.30 pagi - 12.30 tengahari

2.00 petang - 3.30 petang

 

Lokasi FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba Kepong Botanical Garden

Korang jangan masuk dalam kawasan FRIM pula ye macam kitaorang sebab ingatkan jejantas ni dalam FRIM.

Rupa-rupanya jejantas ini di dalam Kepong Botanic Garden.

Udah ada google bagai pun boleh tersalah tempat den nih ha.

Dasar tiada jodoh dengan peta dan seangkatan dengannya begitu la.

 

Untuk maklumat lanjut tentang FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba Kepong Botanical Garden ni, korang boleh layari:

 

Website: https://skywalk.frim.gov.my

Telefon: 03-62797649

Email: frim_enquiry@frim.gov.my

Selamat berjalan-jalan di FRIM Forest Skywalk Jejantas Rimba Kepong Botanical Garden.

Memang awesome tau tempat ni.


0 Comments