Cookies Sedap Daripada Brainy And The Baker Dibuat Segar Setiap Hari
We Bake Fresh Cookies Everyday
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada banyak pilihan cookies di pasaran baik yang kita boleh beli secara atas talian atau di kedai fizikal tetapi apa yang paling penting di mana hendak cari cookies yang sedap, ingredients serba cukup, dibuat segar setiap hari pada harga yang berpatutan.
Baru-baru ini semasa den pergi ke Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka, den berpeluang mencuba pelbagai makanan yang terdapat di situ.
Antara reruai yang sempat singgah adalah Brainy And The Baker.
Lama den terpaku di reruai ini kerana sibuk merasa merasa semua cookies yang dijual di sini.
Empat (4) Jenis Cookies dan Satu (1) Jenis Biskut Raya
Bagi den kesemua empat (4) jenis cookies dan satu (1) jenis biskut raya yang den rasa memang mantap.
Rich in ingredients dan cair di dalam mulut begitu.
Biskut samperit bagi den sampai bila-bila pun adalah biskut raya tradisional yang lagenda saing-saing dengan biskut makmur, tart nenas dan seangkatan dengannya.
Hendak mencari biskut samperit dengan rasa dulu-dulu memang agak sukar tetapi biskut samperit daripada Brainy And The Baker ada rasa begitu.
Orang old school macam den ni memang sebegini.
Selalu mencari ruang mengenang kisah-kisah manis di sebalik makanan, lagu, tempat menarik dan sebagainya.
Korang kena cuba kesemua empat (4) cookies daripada Brainy And The Baker tau:
Macadamia Choc Chip
Choc Chip
Cranberies Oatmeal
Conrnflakes
Den paling suka makan Macadamia Choc Chip dan Cranberies Oatmeal.
Kalau tidak difikirkan segan dan banyak lagi reruai yang den singgah untuk mencuba makanannya, den mungkin akan bertapa lama di sini dan terhabiskan sampel kedua jenis cookies di reruai Brainy And The Baker ini hehehehehe.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kesedapan cookies dan biskut raya oleh Brainy And The Baker adalah semua cookies nya dan biskut raya dibuat segar setiap hari sebagaimana tagline nya iaitu We Bake Fresh Cookies Everyday.
In sya Allah harga semua cookies adalah mampu milik, berpadanan dengan rasanya.
Korang boleh hubungi nombor tertera di bawah atau layari https://www.instagram.com/lynieland untuk sebarang pertanyaan atau urusan pembelian ye.
Nyum nyum…sekejap lagi habis juga sebekas Macadamia Choc Chip ni hehehehe.
0 Comments