Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini di atas pelancaran Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara.

Majlis pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di AEON BiG Wangsa Maju. 

Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.

Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah ini termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain. 

Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 sahaja. 

Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak.

Manakala bagi Pakej Rahmah, AEON BiG menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 yang akan dijual di seluruh cawangan AEON BiG. 

Inisiatif ini merupakan salah satu misi utama AEON BiG bagi menawarkan pilihan barangan yang bermutu dan bernilai kepada pelanggannya, di samping bersama menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.

AEON BiG juga menyumbangkan Bakul Rahmah kepada 180 keluarga daripada kumpulan B40 dan miskin tegar di 6 negeri terpilih iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang pada hari perasmian. 

Menurut Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG “Kami sentiasa menyokong hasrat Kerajaan di dalam misi membantu golongan yang memerlukan dan menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini. Kami bersyukur kerana melalui program ini, AEON BiG dapat melaksanakan hasrat Kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian". 

Ucapan perasmian oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub
Ucapan oleh Pengarah Urusan AEON BiG

“Walau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang.  Golongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan menjadi tanggungjawab AEON BiG untuk sentiasa berada dekat di hati mereka.” tambah beliau.

Pada tahun lepas AEON BiG telah mengadakan inisiatif Jimat Poket di mana ianya menampilkan dua bungkusan yang terdiri daripada barangan keperluan untuk dipilih oleh pelanggan.

Bungkusan RM60 terdiri daripada 15 barang komoditi manakala bungkusan RM100 mempunyai 18 barang komoditi. AEON BiG juga sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan khasnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat mutu barangan yang terbaik. Inisiatif bersama yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Program Jualan Keluarga Malaysia.

“Ini merupakan satu inisiatif yang terbaik untuk berkongsi rezeki kerana ianya bersifat menang menang yang menyantuni kedua belah pihak iaitu pelanggan dan AEON BiG. Semoga niat kami melaksanakan Program Rahmah ini diberkati.” ujar beliau.

Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40. Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih rendah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.

Boleh lihat katalog Jualan Rahmah di https://aeonbig.com.my/jualan-rahmah

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Facebook: https://www.facebook.com/MYAEONBiG

Instagram: https://www.instagram.com/myaeonbig

Twitter: https://www.twitter.com/AEONRetailMalaysia

Laman Web: www.aeonbig.com.my

 

4 Comments

  1. belum ramai penyertaan untuk Menu Rahmah...harap ramai yang bagi sokongan dallam dana dan promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la harapan kita rakyat marhaein ni di kala kos sara hidup semakin meningkat

      Delete
  2. satu inisiatif yg bagus. semoga diperluaskan ke semua negeri yg ada cawangan AEON spt di KOta Bharu ni...

    ReplyDelete