Jom Kita Beriadah dan Rekreasi Bersama Keluarga dan Teman di Taman Tugu, Kuala Lumpur Yang Terletak Bersebelahan Tugu Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terjumpa dengan Taman
Tugu ni semasa hendak cari ruang untuk u-turn dari kawasan Tugu Negara sebab
tidak berjumpa parkir dan terlalu ramai orang di kawasan Tugu Negara tu.
Den tidak pernah tahu pun kewujudan taman bersebelahan Tugu Negara ni.
Den ingatkan ada jual pokok-pokok di sini sebab macam ternampak maklumat Nurseri Taman Tugu.
Itu yang singgah tuh.
Walaupun tidak berjumpa pokok-pokok untuk dijual di sini tetap juga berbaloi lepak dekat sini sebab tenang je tempatnya.
Apa Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Sini
Yang terutamanya sudah pasti beriadah dengan tema kembali ke alam semulajadi begitu.
Berjalan di dua denai yang kita boleh pilih iaitu:
Denai Tapak Semaian 1 km
Denai Utama 5 km
Berehat-rehat sambil makan minum di ruang yang disediakan seperti di The Forest House.
Anak-anak boleh bermain buaian di sini.
Jangan lupa minum air kelapa muda di sini.
Korang juga boleh buat keraian sambutan birthday, reunion, gathering dan sebagainya di sini.
Nature education untuk budak-budak pun macam menarik kan?
Contact je deme ye untuk tanya pakej yang ditawarkan ye.
Terberjalan di Denai Tapak Semaian 1 km
Kenapa den cakap terberjalan di denai ni?
Sebab memang tidak plan langsung hendak beriadah kerana rancangan asalnya hendak bergambar di Tugu Negara je.
Bila masuk je ke Taman Tugu ni, si budak kecil tuh ajak berjalan di Denai Tapak Semaian.
Udah la masing-masing pakai baju dan kasut yang tidak sesuai untuk berjalan di denai tetapi hentam saja la labu kan.
Kiddos pakai selipar, den pakai sandal.
Lepas tuh den siap pakai blouse dengan shawl merelip relap lagi.
Patutnya datang sini pakai baju sukan sebab memang temanya bersenam.
Jenuh juga ye
berjalan-jalan di Denai Tapak Semaian ni walaupun 1 kilometer je pusingannya.
Ada tujuh checkpoints semuanya.
Muka lega sampai ke check point terakhir hehehehehe |
Memang penuh pelbagai spesies flora.
Terkejut tengok daun keladi besar sangat. Eh spesies keladi la ni kan ke bukan? |
Ada pokok besar yang diberikan nama bagai.
Boleh belajar sekali tentang pokok masa berjalan di denai ni.
Sakan la melayan depa bertanya macam-macam soalan macam:
Ada ular ke ma kat sini?
Harimau ada?
Kenapa ada nyamuk ni ma?
Jauh lagi ke ma?
Pokok apa ni ma?
Boleh ambil ke pokok ni?
Setiap kali sampai dekat checkpoint, depa gilir-gilir siapa yang lead jalan di denai ni.
Den pun terlibat sekali heehehehehe.
So ada masa den di depan.
Ada masa di tengah.
Ada masa di belakang.
Walaupun capek posing tetap harus onzz yar hehehehehe |
Risau betul deme tengok mama depa yang dok tanya jauh lagi ke checkpoint nya hehehhehe.
Siap pegang tangan den kat mana yang laluan yang sesuai.
Tunggu den yang melembap.
Macam-macam pesan deme pada den.
Hati-hati ma kena lompat ni sebab tak ada jalan.
Padahal ada titi kecil merentasi alur kecil sungai.
Hati-hati ma tanah ni licin.
Hati-hati ma tangga ni ada yang pecah.
Tapi depa enjoy je jalan di denai ni.
Den yang minta nyawa.
Lagi pernah berangan nak hiking bagai kan hehehehehe.
Denai Tapak Semaian ini memang sesuai untuk sekeluarga yang tidak pernah hiking ke mana-mana macam den ni.
Jalannya landai.
Sekali sekala berjumpa dengan tangga yang tidak begitu tinggi.
Laluan turunnya pun tidak mengerikan.
Alhamdulillah pakai sandal dan selipar masih boleh enjoy the simple walk.
Lepas selesai jalan-jalan di denai, kitaorang lepak sekejap.
Kiddos main buaian sementara den lepak minum air kelapa sejuk.
Nyaman je rasa dapat air kelapa muda sejuk lepas berjalan 1 km hehehehe.
Cubaan mengambil gambar melompat tidak jadi tak tau kenapa dengan handphone den.
Dia capture gambar melompat tapi dia simpan gambar selepas kita landing.
Haish.
Kemudahan Tersedia
Selesa ye di sini sebab banyak kerusi dan meja disediakan untuk kita bersantai.
Bilik air pun selesa.
Ada disediakan surau di sini.
Cenderahati
Ada jualan fridge magnet, tshirt, beg, sabun dan lain yang boleh kita beli sebagai kenangan.
Kalau kita ada duit berlebih kita mungkin boleh sertai program adopt a tree sebagai sumbangan bagi mengekalkan kawasan hijau Taman Tugu ni.
In sya Allah den akan datang lagi lain masa untuk cuba denai utama yang 5 kilometer tuh pula.
Yang ini kalau memang harus pakai kasut dan baju sukan supaya tidak terpleot kakinya.
Waktu Operasi
Taman Tugu dibuka setiap hari dari 7.00 pagi -6.30 petang (waktu terakhir masuk ke sini adalah 5.45 petang).
Sepintas Lalu tentang Taman Tugu
Kawasan 66 ekar yang merangkumi Taman Tugu ni asalnya hendak dibangunkan sebagai taman tema dan menjadi intaian para pemaju untuk dimajukan sebab kawasan prime area kot.
Alhamdulillah akhirnya Khazanah Nasional Malaysia menjadikan ianya salah satu projek Corporat Sosial Responsibility (CSR) selepas mendapatkan pandangan orang awam termasuk NGO seperti Malaysian Nature Society (MNS) bagi mengekalkan kawasan ini sebagai kawasan hijau dengan tema green conservation and preservation.
Dengan Kerjasama FRIM, Taman Tugu dikekalkan sebagai taman hijau dan tinggalan bangunan terdahulu dikekalkan.
Untuk baca cerita lanjut tentang Taman Tugu ni termasuk aktiviti yang ditawarkan boleh layari media sosial berikut ye:
Website: www.tamantugu.my
Facebook: https://www.facebook.com/friendsoftamantugu
Instagram: https://www.instagram.com/friendsoftamantugu
0 Comments