"Bagi rakyat, soal makan adalah sebesar langit" - ungkapan orang Cina. 

 

Terasa sebak dengan ungkapan ini lagi-lagi dalam keadaan Malaysia hari ini di mana harga makanan keperluan meningkat gila-gila dan memberi kesan kepada rakyat marhaein.

 

"Semiskin mana pun, jangan miskin pendidikan".

 

Dalam pada den membaca buku ini, teringat kepada mantan Perdana Menteri iaitu Shinzo Abe yang mati ditembak semasa sedang berucap di Nara pada 8 Julai 2022.

Pada ketika itu ada yang musykil kenapa ada di kalangan rakyat negara China yang seolah-olah meraikan kematian beliau.

Ianya berkaitan dengan pendirian Abe terhadap jenayah perang oleh Jepun semasa Second Sino-Japanese War pada 1937. Boleh google Nanking Massacre. Ada kisahnya disentuh sedikit di dalam buku Kitab Tamadun Islam ini.

Kewujudan semua empat (4) tamadun tertua di dunia adalah China (1600 SM), Mesir (3150 SM), Lembah Sungai Indus (3300 SM) dan Mesopotamia (4000 SM) adalah daripada lembah sungai yang digelar sebagai buaian tamadun (cradle of civilization) kerana fungsinya yang sangat penting.

China (Sungai Kuning), Mesir (Sungai Nil), Lembah Indus (Sungai Indus) dan Mesopotamia (Sungai Tigris dan Eufrat)

Jadinya kome marilah kita bersama-sama menjaga molek sungai-sungai kita ye tidak kira apa warna pun sungai kita.

Sungai yang berwarna-warni in sya Allah tetap bisa dipulihara dengan menggunakan pelbagai tekonologi pada kos yang sangat mahal tetapi kalau sungai telah tiada, apa pun tidak bisa membantu kita mencapai jaminan air (water security).

Asbab Jatuh Bangun Dinasti China

Jatuh bangun dinasti atau empayar China zaman berzaman adalah disebabkan beberapa faktor berikut:

1. pergolakan dalaman - rampasan takhta oleh kaum kerabat maharaja (semua pakat hendak menabalkan diri menjadi maharaja). Rasanya ini berlaku dalam semua sejarah tamadun manusia;

2. ketidakcekapan pengurusan kerajaan oleh Maharaja;

3. apabila tentera diberikan kuasa yang terlalu besar - pemberontakan dan rampasan kuasa pemerintahan oleh jeneral disebabkan pentadbiran maharaja terlalu terpleot, jeneral gila kuasa hendak menjadi maharaja, etc;

4. apabila satu-satu pihak (contohnya sida-sida dan menteri) diberi kuasa besar atau kepercayaan tinggi tanpa pemantauan, ianya akan berakhir dengan pihak tersebut lupa daratan, salahguna kuasa, menyeleweng dan korupsi. Udah dikasi pun sakan kome ye sida-sida;

5. pemberontakan oleh rakyat jelata akibat tertekan kerana dikenakan cukai terlalu tinggi dan dikerah untuk membuat kerja berat atas nama pembangunan;

6. ancaman serangan dari negara luar;

7. perangai gundik-gundik yang menyebabkan amarah di kalangan pembesar dan tentera; dan

8. era kemakmuran membuatkan semua teralpa (sakan berjimba) untuk memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara menyebabkan kuasa tentera merosot - kalah apabila berperang.

 

'Kegagalan mewujudkan Kerajaan yang kuat dan kuasa ketenteraan yang mantap menyebabkan dinasti, tamadun dan empayar hancur'. 

 

Penulis pernah cakap dalam buku beliau Dunia Tanpa Tembok. Menyediakan kelengkapan perang yang terbaik bukan bermakna kita hendak berperang tetapi lebih kepada kita bersedia untuk mempertahankan ibu pertiwi dan rakyat jelata apabila terpaksa berperang.

 

Ini Malaysia patut hadam dengan hati dan minda. Perlu sediakan peruntukan mencukupi untuk menggantikan aset ketenteraan yang usang sebagaimana yang selalu disuarakan oleh tentera darat, laut dan udara kita.

 

Kalau Malaysia pernah gempar dengan Kerajaan Langit Ayah Pin pada awal 2000an, China ada Taiping Tian Guo (Kerajaan Langit Yang Aman) pada 1851. Walaupun kedua entiti ini adalah ajaran sesat tetapi Kerajaan Langit di China ini berjaya menakluk Nanjing pada 1853 daripada Kerajaan Qing. Hebat kan? 

 

Bila cerita tentang bab Kesusasteraan dan Kesenian pastinya diulas tentang The Art of War oleh Sun Zu, karya yang sering dirujuk apabila berbicara tentang kepimpinan.

 

Jika bab Pewarisan Tamadun dibaca dengan mata hati, boleh kita tengok yang Malaysia adalah satu-satunya Negara yang menerima kedatangan/kemasukan orang Cina dari tanah besar secara berlapang dada pada tempoh yang berkenaan.

Cuba baca tentang penerimaan Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand terhadap orang Cina pada ketika itu.

Boleh baca peristiwa Oktober 1740, September 1965 era pemerintahan Sukarno (banteras komunis) dan Mei 1998.

 

Bangsa Malaysia memang tidak akan berjaya dibentuk dengan utuh selagimana pelbagai perkara terutamanya pendidikan tidak diintegrasikan sewajarnya. Siapa yang boleh berlapang dada membincangkan perkara ini kan?

 

Buku karya penulis jarang benar dapat diresensikan dengan menyeluruh sebab banyak sangat maklumatnya.

Ada 88 bab dalam buku ini.

Memang terpleot otak membacanya.

Buku karya Ayman Rashdan Wong yang satu ini merupakan buku paling tebal yang beliau pernah tulis (656 mukasurat).  

Memang menarik buku yang satu ini tetapi den tetapi berkenan dooh dengan buku Dunia Tanpa Tembok I.


0 Comments