Kuala Lumpur City Gallery (KLCG) The Arch Tempat Menarik Dataran Merdeka Kuala Lumpur 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disebabkan pertama kali den datang makan di KLCG Confectionery &
Bakery @Dataran, makanya marilah kita melihat apa yang ada di Kuala Lumpur City
Gallery tuh ye.
Serious awesome banget Kuala Lumpur City Gallery.
Ianya merupakan muzium dan pusat maklumat berkaitan Kuala Lumpur.
Banyak tempat yang instagrammable.
Banyak maklumat menarik yang memang tidak sempat den baca.
Dah macam boss yang garang akak yang seorang ni hehehehe |
Masuk je ke bangunan ini kita akan berjumpa dengan peta Kuala Lumpur di salah satu dinding bangunan ini.
Old Kuala Lumpur
Maklumat dan gambar Kuala Lumpur Lama berkaitan perkara bersejarah yang
berlaku dari tahun 1857 - 1974 dipamerkan di sini.
Unik ye susunan maklumat di sini sampai di atas siling pun ada maklumat.
Jangan sampai terkehel leher ye membaca maklumat di sini hehehhe.
1857 - pembukaan Kuala Lumpur yang merupakan pertembungan di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang oleh Raja Abdullah bagi perlombongan bijih timah.
1868 - kapitan Cina iaitu Yap Ah Loy terlibat di dalam pembangunan Kuala
Lumpur.
1880 - rancangan pembangunan Kuala Lumpur oleh Sir Frank Swettenham.
1896 - Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.
1897 - pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi pentadbiran British.
11 Januari 1942 - 15 Ogos 1945 - Jepun menjajah Tanah Melayu.
31 Ogos 1957 - Malaysia menyambut kemerdekaan.
1 Februari 1972 - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandaraya.
Udah macam hendak belajar sejarah di sekolah la pula ye penulisan den ni.
Memang semua gambar adalah hitam putih.
Pada satu dinding diletakkan petikan dokumen perundangan, akhbar, peta dan gambar-gambar mereka yang berkaitan dengan Kuala Lumpur termasuklah Selangor Government Gazzette, Federated Malay States Railways, gambar Queen Victoria, kapitan-kapitan Cina dan sebagainya.
Tetapi keratan akhbar yang menarik perhatian adalah pada 6 Januari 1971 di mana banjir besar melanda Kuala Lumpur (The Great Kuala Lumpur Flood).
Terdapat juga gambar banjir di Dataran Merdeka pada 1902.
Terdapat 16 bangunan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka yang perlu kita cuba lawat paling kurang sekali dalam hidup kita.
Setakat ini den cuma pernah menjejakkan kaki ke 4 bangunan sahaja di dalam senarai ini.
Hmmmmmm….adakah perlu dimasukkan sebagai bucket list untuk 2023?
Terdapat juga beberapa maklumat beberapa bangunan bersejarah lain yang tidak termasuk di dalam senarai 16 bangunan tersebut yang turut kita perlu masukkan dalam bucket list bagi 2023.
Jangan lupa singgah di laman comel sebelah tandas kerana tiles nya bercorak batik.
Klasik sangat.
Pameran di Sebelah KLCG Confectionery & Bakery Café
Di sini terdapat pelbagai pameran yang mengundang untuk sesi bergambar sampai lebam.
100 Icons of Kuala Lumpur
Sumpah den tak tau pun Kuala Lumpur ada 100 ikon.
Den cuba google tapi tidak jumpa pula senarai 100 ikon ini.
Nanti den usahakan lagi ye.
Dataran Merdeka & China Town Diorama Model
Model Diorama ini pun menarik sebenarnya tetapi gambar yang diambil ada yang bergoyang sakan macam kan sedang menarik dangdut.
Lifestyle Miniature
Terdapat 10 buah model mini yang dipamerkan di sini tetapi rupanya den tidak sempat mengambil gambar semua model ni huhuhuhu.
Memang harus ulang datang ke sini nampaknya ye.
Den tidak perasan sebenarnya apa pameran yang dipamerkan di ruang Pameran Bermusim (Seasonal Exhibit).
Memang kena datang lagi la kan ke sini?
Pameran di Tingkat 1
Mulanya den dan Kak Noris macam malas hendak naik ke tingkat 1 tetapi nasib baik kami menjengah ke sini kerana ada juga pameran yang menarik walaupun ada banyak ruang kosong yang masih belum terisi.
Pameran di tingkat 1 ini memang cantik banget untuk bergambar.
The KL Skyline Sculpture
Terdapat 27 bangunan yang membentuk deretan senarai bangunan pencakar langit yang dinobatkan sebagai The KL Skyline Sculpture.
Justifikasi pemilihan 27 bangunan ini tidak den temui di ruang pameran ini.
Atau mungkin juga mata den kero tidak berjumpa maklumatnya.
Nine Exhibits
Den tidak begitu pasti tetapi mungkin pameran yang melibatkan bangunan dan entiti yang den sempat mengambil gambar sekupang dua di sini.
Greater KL Model
Terdapat satu bilik yang menempat model Bandaraya Kuala Lumpur.
Memang cantik tapi itu la den tidak jumpa pula nama setiap bangunan/tempat di model itu.
Tidak pasti samada sebenarnya ada panel yang kita boleh tekan untuk dapatkan maklumat-maklumat tersebut.
Cenderahati
Di hujung tingkat bawah bersebelahan café ada disediakan ruang untuk mempamerkan pelbagai cenderahati termasuklah cenderahati yang fragile pada harga yang amatlah kayangannya.
Jadinya kalau bawa anak-anak yang suka bergelinjangan macam anak-anak den tuh ha, kena pastikan pilih tempat duduk sebelah hadapan dekat dengan pintu masuk ye bagi meminimakan risiko-risiko yang berkaitan.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa ye.
9.00 pagi - 6.00 petang.
Untuk maklumat lanjut tentang galeri ini, boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/klcg.arch/
Memang kena ulang datang ke sini suatu hari nanti.
Kena habiskan masa paling kurang 2 jam di sini untuk habis membaca semua maklumat yang ada.
Tambah 1 jam lagi untuk sesi makan-makan di KLCG Confectionery & Bakery.
Tambah paling kurang 30 minit untuk sesi bergambar sahaja.
0 Comments