Kisah Mengemas Rak Buku
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Mengemas rak buku nampak macam tugas simple yang melibatkan:
1. pilih buku yang telah dibaca untuk diasingkan dalam kotak (untuk didermakan atau dijual yang entah bila tu);
2. susun buku-buku baru yang dibeli untuk dibaca dalam tahun ini.
Tetapi sebenarnya tugas mengemas rak buku adalah sesuatu yang mencabar kerana pelbagai sebab.
1. Lokasi buku merata-rata di sana sini.
Di dalam rak buku.
Di bawah rak buku.
Di dalam almari baju.
Di atas rak televisyen.
Di dalam plastik.
Di dalam kotak.
Di atas tilam.
2. Semua buku yang telah dibaca macam sayang hendak dimasukkan ke dalam kotak. Mana la tau hendak membaca lagi buku-buku ini suatu hari nanti sedangkan banyak je lagi kan buku-buku yang belum dibaca.
Hendak menentukan buku mana yang perlu masuk dalam kotak pun sudah ambil masa.
3. Terjumpa 2 buah buku dengan tajuk yang sama.
Ambil masa juga untuk menentukan buku yang mana satu yang hendak disimpan berdasarkan ilustrasi kulit buku, jenis buku hard cover atau soft cover, etc.
4. Terjumpa buku yang termasuk dalam kategori 'macam mana boleh terbeli buku-buku ni' lalu berfikir hendak letak di rak atau dimasukkan dalam kotak sebab kebarangkalian akan membaca buku sebegini memang rendah sangat.
Biasanya buku-buku agama dan motivasi.
Dasar tidak sedar diri ye.
Contohnya buku seperti Fatwa Kontemporari oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Tafsir Al-Azhar oleh Hamka, etc. Ini semua den borong masa Jualan Gudang PTS satu ketika dulu.
5. Terjumpa buku best yang pernah dibaca lalu teringat pengarang tersebut mempunyai beberapa buah buku yang belum den baca.
Ini memang haru biru jadinya sebab den akan mencari buku-buku pengarang di kedai-kedai buku online atau mereka yang ada menjual buku ini di platform carousel, mudah, shopee, etc.
Kadang-kadang den siap telefon kedai buku fizikal yang tiada website tanya tentang buku-buku tersebut.
Memang ambil masa kalau ini berlaku.
6. Kalau terjumpa pula buku-buku yang den beli di jualan gudang, mesti akan ada aktiviti menyiasat bila jualan gudang terdekat yang akan dibuat.
Jualan gudang MPH, Popular, PTS, DBP, etc.
7. Bila berjumpa dengan buku-buku yang den suka tetapi sudah rosak, terkoyak, etc udah kena tampal bagai.
Reput sudah my feel good book ni
8. Yang paling ngeri adalah apabila terjumpa buku-buku yang memang den simpan sebab suka ulang baca.
Ini kalau tak kena gaya memang terus tinggalkan kerja-kerja mengemas buku lalu terbaca buku yang dijumpai.
Kalau ini terjadi, memang selamat jalan romeo la kepada sesi mengemas.
9. Terjumpa buku yang termasuk di dalam kategori 'eh sudah lama saya mencari baru sekarang saya menjumpai kamu' pun bahaya sebab ianya akan berakhir dengan sesi membaca buku tersebut dan terlupa kepada sesi mengemas.
10. Terpegang pula buku yang dikategorikan sebagai 'baca la kejap sinopsis buku ni tentang apa'. Ini pun berakhir dengan episod 'bacalah sekejap lalu membawa kepada lagu NSync Bye Bye Bye sesi mengemas'.
11. Terjumpa coffee table book pun bahaya kerana akan terpesona dengan gambar berwarna-warni di helaian kertas licin di dalam buku tersebut lalu jatuh cinta.
Ini pun menyebabkan terlupa pada sesi mengemas.
Ini 11 sebab yang boleh menyebabkan sesi mengemas sepatutnya berakhir dalam masa 1 hari boleh melarat-larat hingga berhari-hari.
Begitulah kisahnya.
Setelah hampir 3 hari mengemas buku-buku, hasilnya adalah seperti berikut:
1. Sempat membaca 3 buah buku di kala dalam fasa mengemas.
2. 2 gambar terawal adalah 2 rak buku yang berjaya disusun setakat ini.
3. Ada 2 buah kotak penuh dengan buku yang telah dikenalpasti tidak mahu dibaca lagi.
4. Terjumpa 2 buku
dengan judul yang sama huhuhuhu.
0 Comments