Jom Kita Beriadah Bersama Keluarga dan Teman-Teman di Splash Out Langkawi, Taman Tema Pertama di Langkawi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun 2023 memberi peluang kepada kita untuk merancang percutian bersama keluarga dan teman-teman.
Jangan lupa memasukkan agenda riadah di taman teman air pertama di Langkawi ye kalau Langkawi merupakan destinasi pilihan percutian korang pada tahun ini.
Taman Tema Air Pertama Langkawi
Taman tema air Splash Out Langkawi yang pertama di pulau penuh mitos dan legenda ini adalah lokasi aktiviti riadah yang menyeronokkan dan meningkatkan paras adrenalin.
Diinspirasikan dengan perincian seni bina di pesisiran pantai yang membawa tema nautika, taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan. Tambahan pula, terdapat aneka hidangan makanan yang lazat lantas mencoret kenangan hiburan bersama insan yang tersayang.
Terletak di sebelah pesisiran Laut Andaman, taman tema air dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah terletak hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Projek bernilai RM60 juta itu dilancarkan oleh Kumpulan Halim Mazmin pada 2019.
Pengasas Kumpulan Halim Mazmin, Tan Sri Halim Mohammad berkata “Ibarat permata bagi Pulau Langkawi juga negeri Kedah, Splash Out Langkawi adalah destinasi percutian sepanjang tahun yang mengalukan kedatangan para pelancong domestik dan antarabangsa. Kami pasti ramai yang bakal menyerbu ke Pulau Langkawi pada tahun ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan keluarga menghadapi isu di dalam mengimbangi minat ibu bapa dan anak-anak semasa memilih lokasi percutian. Oleh itu, Splash Out Langkawi menawarkan keseronokan dan pelbagai aktiviti riadah buat semua tanpa mengira usia sambil mengekalkan keunikan pengalaman makan angin di pulau ini. Ini memberikan pengalaman yang mengujakan lagi mendebarkan untuk seisi keluarga. Secara tidak langsung, ianya menjadi destinasi percutian yang ideal di samping mencoret kenangan bersama orang tersayang.
Puncak Eksplorasi Air Anda!
Melangkah masuk melalui pintu gerbang besar utama, pengunjung bakal ditawarkan dengan pilihan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, seolah berada di dalam sebuah pengembaraan di lautan bergelora.
Antara tarikan yang penuh keseronokan adalah Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit.
Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang. Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Kita juga boleh bermalasan dalam pelampung dengan menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.
Gelongsor air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin' Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu peminat aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/jam dan hanyut merentasi corong paraboleh 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.
Sudah semestinya permainan gelongsor air paling happening di sini. Buat pengalaman taman tema air yang mengasyikkan, jelajahi Splash-Tacular di mana ia dipercepatkan oleh jet hidro pada kelajuan tinggi atau terokai Poseidon's Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.
Splash- Twister dan Splash-Python semestinay bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller coaster.
Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekaligus menjadi tunggangan paling ekstrim di sini.
Sekiranya slide tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, sila cuba Rainbow Rider yang bakal memberikan pengalaman menarik kepada semua peringkat umur.
Luangkan Lebih Masa Bercuti dan Berehat
Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga mereka. Medan Selera Seafarers Haven menawarkan pelbagai pilihan yang cepat dan lazat daripada makanan segera kegemaran kepada burger dan juga hidangan tempatan.
Buat hidangan cepat atau snek, East India Coffee & Tea Company menawarkan aneka pilihan pastri, kek dan minuman panas. Atau boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus dan buah-buahan atau menikmati ais krim yang menyegarkan. Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian mudah yang menawakan jus, soda dan minuman isotonik.
Kembara seharian anda pastinya tidak akan tamat tanpa lawatan ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi. Bukan sahaja mencipta memori hebat, anda juga boleh menjumpai cenderahati yang unik untuk diberi kepada keluarga dan kawan-kawan di rumah.
Menanda Semua Kotak
Kemudahan di Splash Out Langkawi disediakan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan. Kemudahan termasuk loker, bilik persalinan, bilik menyusu, bilik pertolongan kecemasan, surau dan juga gazebo untuk disewa. Jom kita beriadah di Splash Out Langkawi.
Mereka
yang ingin mengurangkan masa perjalanan boleh menginap di Bella Vista Waterfront Langkawi yang terletak hanya bersebelahan dengan Splash Out Langkawi dan hanya
5 minit berjalan kaki memasuki taman tema ini. Lebih dikenali sebagai 'The Castle', hotel ini terletak di tengah-tengah taman dengan landskap seluas 14 ekar dan panorama pemandangan 360 darjah Laut Andaman dan pekan Kuah.
Waktu Operasi - Rabu sehingga Ahad (11 pagi sehingga 7 malam)
Harga Tiket
Kanak-kanak tinggi 90 cm ke bawah (percuma)
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (RM55)
Dewasa (13-60 tahun) - RM75
Warga emas (lebih 60 tahun) - RM40
Harga Tiket bagi Pemegang MyKad
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (RM35)
Dewasa (13-60 tahun) - RM50
Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau walk in di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, sila langgani Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25.
Splash Out Langkawi menawarkan promosi menarik sepanjang tahun. Jadi, pastikan anda sentiasa memerhatikan tawaran istimewa splash-tacular, terutamanya semasa musim cuti.
Splash Out Langkawi turut menganjurkan aktiviti team building atau lawatan rombongan sekolah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Splash Out Langkawi di semua platform media sosial.
http://facebook.com/splashoutlangkawi
https://www.instagram.com/splashoutlangkawi_waterpark/
https://www.tiktok.com/@splashoutlangkawi
Telefon: +604-9611520
Jom kita ke Splash Out Langkawi.
0 Comments