Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersambung lagi kita di dalam siri jalan-jalan cari makan di Maran yang telah berlangsung berbulan lamanya yang entah bila hendak habis diceritakan di dalam blog ini huhuhuhuhu.

Better late than never la konsep yang kita pakai di sini ye.

In sya Allah den cuba habiskan cerita tentang tempat menarik di Maran yang den sempat lawat sebelum masuk tahun 2023 ye.

Kisah jalan-jalan cari makan di Maran pada hari ketiga den dan rakan-rakan diteruskan dengan melihat proses bekam dan mendapatkan maklumat tentang inovasi katil sesuai pesakit di Spa Melur Beauty & Wellness yang terletak di Jengka.

Kecil molek sahaja premis ini tetapi lengkap semua perkhidmatan tersedia di sini.

Perkhidmatan di Spa Melur Beauty & Wellness

Ada banyak perkhidmatan di Spa Melur Beauty & Wellness ini baik sekiranya kita berhasrat untuk memanjakan diri, mencuba untuk mengekalkan keremajaan, meningkatkan kesihatan diri dan sebagainya:

1. Kecantikan - rawatan muka, sauna, urutan, mandian dan waxing;

2. Kesihatan - rawatan bekam dan resdung;

3. Pakej pengantin;

4. Pakej rawatan bersalin (pantang); dan

5. Pakej pelajar

Ha….banyak kan perkhidmatannya. Pilih sahaja yang mana satu yang berkenan di hati begitu.

Sempat salah seorang ahli rombongan Cik Kiah kami ini membuat bekam kepala. Ini pertama kali den tengok orang buat bekam. Macam ngeri sebab udah la buat di kepala, nampak pula darah keluar dari kepala masa berbekam tuh. Den memang ngeri perkara-perkara berkaitan darah ni walaupun pada satu ketika dulu pernah berangan hendak menjadi doktor hehehehehehe.

Melur Spa Beauty & Wellness mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berkualiti seperti Balm Bidara, Balm Daun Gelenggang, Minyak Urut dan Katil Inovasi OKU.

Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Melur Spa Beauty & Wellness di pautan berikut ye:

Facebook:  https://www.facebook.com/people/Melur-Spa-Beauty-Wellness/100062999511580/

Telefon: 013-7438252/017-9819452


 

0 Comments