Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhentian terakhir kami pada hari ketiga sesi berjimbaan di Maran sebelum balik berehat di chalet di Taman Tasik Maran adalah menjamu selera di Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih.

Kalau korang datang ke sini memang kena makan lempeng aneka rasa dan laksa.

Memang mouth watering kata orang putih.

Menu Tradisional Klasik dan Menu Makanan Barat

Den suka menu dekat kafe ni sebab ada menyajikan makanan tradisional klasik.

Sesuai sangat untuk tekak orang tua macam den nih ha.

Lagi-lagi menu lempeng.

Den ni memang hantu lempeng.

Jadinya den pesan lempeng dulu-dulu.

Kawan pesan lempeng pisang.

Den pun menumpang sekali rasa lempeng pisang tu.

Semua sedap la untuk tekak den.

Banyak lagi jenis lempeng yang ada.

Macam kena ulang datang makan sini kan.

Sempat juga den menjamah makanan kawan-kawan den yang lain.

Nasi lemak daging kawah memang terasa lemaknya, daging pun lembut, kari likat pekat memikat.

Laksanya sesedap laksa di Kedah dan Perlis.

Rempah dan asam secukup rasa.

Kuah memang rasa pekat, banyak ikan. 

Tulis blog ni pun udah buat kecur air liur.

Ala….bila boleh ulang lagi makan sini kan huhuhuhu.

 

Lepas tu pekena pula cendol gebu.

Memang awesome banget.

Sesi menjamu selera diakhiri dengan secawan kopi o panas.

Langsung tersandar kekenyangan.

Ada roti canai, roti bakar dan menu lain juga.

Untuk mereka yang teringin hendak menjamu selera makanan Keanu Reeves (makanan barat), jangan risau ye.

Menu makanan barat pun ada disediakan di kafe ini.

Untuk makanan yang den sempat makan di sini memang den bagi markah 10/10.

Sungguh sedap kena dengan tekak den.

 

Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih ni ada Katering Sentuhan Kasih.

Kalau makanan di kafe nya udah sedap, in sya Allah makanan katering pun sedap juga.

Persekitaran Dikelilingi oleh Pokok Menghijau

Persekitaran dekat sini memang banyak pokok menghijau.

Cantik untuk bergambar di sana sini.

Nyamuk pun sama naik sibuk nak bergambar sama hehehehehe.

Lapik meja dan lampu pun klasik je.

Ada juga ruang tertutup yang sesuai untuk buat majlis.

Memang menarik tempat ni.

Sekali gambar persekitaran kawasan ini dah tidak jumpa cari di dalam handphone huhuhuhuhuhu.

Itu la akibatnya kalau kejadian berlaku bulan Mac, bulan November baru nak cerita huhuhuhuhuhu.

Waktu Operasi

Kedainya buka petang hingga malam aje tau setakat ni.

Jangan la korang terdatang waktu pagi untuk breakfast plak.

 

 Sabtu hingga Khamis (Jumaat tutup)

Masa: 12.00 tengahari hingga 7.00 malam

 

Lokasi@Map: https://goo.gl/maps/oc1Wbb9jNwTHUcWX7

Telefon: 013-9372965

 

Walaupun tempat ni jauh ke dalam sedikit dari jalan besar tapi in sya Allah berbaloi datang ke sini sebab makanannya memang kena dengan tekak den dan persekitarannya yang awesome.

Den tidak jumpa pula apa-apa media sosial Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih ni.

Jadinya kalau hendak maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon yang dikongsikan apabila digoogle ye.

Selamat menjamu selera.

0 Comments