Tempat Menarik Maran 2022: Bermandi Manda dan Menghabiskan Masa Bersama Keluarga dan Teman-Teman di Jengka Wonderland
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau sebut taman tema air di Pahang, den cuma tahu tentang Gambang Waterpark je.
Tidak sangka Jengka pun ada taman tema ye.
Meriah pengunjung bersantai bersama keluarga di Jengka Wonderland ni.
Macam-macam juga ada di sini.
Pemilik Jengka Wonderland, Encik Mohd Rafi Ekramuddin semasa ditemui memaklumkan tujuan utama beliau membuat taman tema ini adalah untuk memenuhi keinginan penduduk Jengka beriadah di taman tema tanpa perlu bergerak jauh keluar dari Jengka pada harga mampu milik.
Semasa kami datang ke sini pada hari Sabtu, memang ramai sungguh orang mandi manda di sini.
Aneka Permainan Untuk Semua Golongan
Permainan yang terdapat di Jengka Wonderland termasuklah pelbagai jenis kolam (kolam pantai, paddle boat dan lain-lain), water slides ( , river rides (kolam sungai) dan kids zone.
Yang best nya kita dibenarkan membawa masuk makanan dari luar ke dalam Jengka Wonderland.
Best kan sebab kebanyakan taman tema jarang hendak membenarkan kita bawa makanan sendiri.
Baru la seronok hendak berkelah sambil makan nasi lemak favourite yang ditapau hehehehehhee.
Tapi kepada mereka yang tidak sempat tapau makanan dari luar, jangan risau sebab ada disediakan kafe comel dan kiosk makanan yang menjual aneka makanan ringkas yang bisa mengenyangkan dan memberi tenaga untuk kita terus bergelinjang bermain semua permainan yang ada.
Biasanya bila kita datang tempat macam ni, dianya makan asal kenyang.
Sebab lebih memfokus hendak mandi kolam dan main air.
Jadinya kalau ada maggi cup, nasi goreng, nuggets dan lain-lain makanan yang ringkas tetapi tetap mengenyangkan dah cukup okay.
Kemudahan
Terdapat pelbagai peralatan dan kemudahan yang boleh disewa di Jengka Wonderland ini.
Penting tau loker ni supaya sesi berjimbaan kita sekeluarga dan bersama teman-teman dapat dinikmati sepenuhnya.
Kita boleh sewa loker dengan harga RM4 untuk menyimpan semua barang berharga kita.
Ini penting ye supaya kita tidak susah hati memantau barang semasa kita hendak buat terjun tiruk dalam kolam, atau main bola tampar air, atau menunggu air dalam baldi penuh dan tumpah menimpa kepala kita.
Ketenangan minda semasa berjimba adalah faktor penting di dalam memaksimakan kegembiraan kita.
Kelengkapan lain yang kita boleh sewa adalah pelampung, gazebo dan rumah hobbit.
Surau, tandas dan bilik salin pakaian yang selesa juga tersedia di sini.
Kalau pakaian renang korang tiba-tiba tidak muat atau terkoyak sebab telah lama tidak digunakan, boleh je beli pakaian renang yang dijual di sini.
Harga Tiket Sesuai Untuk Rakyat Marhaein
Harga tiket in sya Allah semuanya mampu milik kalau hendak dibandingkan dengan harga tiket taman tema di Lembah Klang kohkohkohkoh.
Dewasa RM18
Kanak-kanak RM15
Warga Emas dan OKU RM10
Waktu Operasi
Terdapat dua (2) waktu beroperasi bagi jengka wonderland ini iaitu:
Hari biasa (bekerja)
Isnin - Jumaat (kecuali Khamis ditutup): 10.30 pagi - 7.30 malam
Sabtu & ahad : 9.00 pagi - 7.30 malam
Cuti sekolah
Dibuka setiap hari 9.00 pagi - 7.30 malam
Menarik juga kan Jengka Wonderland ni. Macam-macam ada di Jengka rupanya. Selama ni kalau disebut Jengka, den cuma teringat pada FELDA dan kelapa sawit je.
Den pada tahun 2000 pernah buat praktikal dua (2) minggu di Ladang Kelapa Sawit Felda Keratong Jengka ni. Memang antara kenangan yang tidak akan dilupakan.
Jadinya kalau korang datang ke Jengka terutamanya kalau dengan anak-anak, jangan lupa singgah mandi manda di Jengka Wonderland ni ye.
Memang awesome.
Untuk maklumat lanjut tentang Jengka Wonderland ni, boleh layari:
Website: https://jengkawonderland.com/
Facebook: https://www.facebook.com/jengkawonderlandofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/jengkawonderland
Telefon: 019 - 932 7987
E-mail:
sharaligroup2@gmail.com
2 Comments
Eh menarik! Tenkiu share!
ReplyDeleteMost welcome. Nanti singgah bila ke Jengka nanti ye
Delete