Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah setelah lima (5) hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), Malaysia akhirnya mempunyai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah taat setia dan memegang rahsia negara di Istana Negara pada pukul 5 petang pada 24 November 2022.

Pertama kali den membaca tentang keputusan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, terus den sebak.

Air mata berjurai-jurai macam kan putus cinta agung.

Banyak perasaan bercampur baur dengan pengumuman tersebut.

Yang lebih kuat adalah harapan yang sangat tinggi menggunung supaya YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat meneraju pentadbiran negara ke arah Malaysia yang lebih cemerlang daripada pelbagai segi.

Akhirnya setelah 24 tahun laungan reformasi bergema, Allah izinkan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah jua.

Kalau Allah tidak izinkan, tidak akan berlaku sesuatu perkara tidak kira betapa kuat kerja keras kita, tidak kira betapa tinggi keazaman kita, etc.

Jalan penuh berliku onak duri untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua.

Bagaikan biduk berlalu, kiambang bertaut.

Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada berkesudahan

 

Mohon semua ahli politik termasuklah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menilai, memahami dan menyimpan kemas di dalam hati pesanan Yang DiPertuan Agong sejurus keputusan pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dimuktamadkan.

Semua ahli politik terutamanya barisan kabinet yang akan dilantik, ahli Dewan Rakyat dan semua yang terlibat di dalam mencorak pengurusan negara sewajarnya bekerjasama bagi memastikan Malaysia dapat diurustadbir dengan selayaknya dan kestabilan negara dapat diperkukuhkan, agar kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum terpelihara dan sebagainya.

 

Tahniah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tugas yang sangat amat terlalu berat tergalas di bahu beliau di dalam merangka dan melaksanakan semua polisi yang perlu agar Malaysia dapat terus mandiri dan berdaya saing, ekonomi Malaysia semakin mantap, kesejahteraan rakyat diutamakan dan sebagainya.

Setelah melalui fasa pandemik Covid19 yang sebenarnya masih membelenggu rakyat sehingga sekarang, banyak perkara yang perlu diperhalusi dan diambil tindakan agar rakyat tidak terus terkesan.

Banyak sungguh perkara yang perlu digerak gempur oleh barisan kabinet yang akan dibentuk yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

Memerangi gejala rasuah hingga ke akar umbi.

Kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jurang pendapatan di antara rakyat marhaein.

Food security.

Perkhidmatan kesihatan negara.

Tahap keselamatan pertahanan negara.

Pendidikan di semua peringkat umur.

Jaringan pengangkutan awam.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Keharmonian di antara semua rakyat.

Hubungan luar negara diperkukuhkan.

Merealisasikan 17 matlamat Sustainable Development Goal (SDG) dan sebagainya.

Tidak dilupakan pelaksanaan 10 Keutamaan Tawaran Harapan.

Semoga YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat memimpin Malaysia untuk tempoh yang panjang, paling kurang sehingga PRU16.

Semoga tidak ada sebarang tindakan seumpama Langkah Sheraton, Langkah Kajang dan pelbagai jenis langkah yang akan menggugat kestabilan negara dan menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.

With great power comes great responsibility

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selamat berkhidmat kepada rakyat dan Negara.

Semoga sukses mengemudi Malaysia kita yang tercinta.

Gambar semuanya daripada google. 

0 Comments