Pengalaman Menyertai Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) 22 - 24 November 2022 Putrajaya - Selangor - Perak - Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini den dan 88 orang wakil media dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei berpeluang menyertai Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam (22 - 24 November 2022).
TOMER 2022 merupakan kombinasi dua konsep aktiviti iaitu Explore Race dan Pencarian Harta Karun (Treasure Hunt).
Para peserta perlu menjelajah ke beberapa check points dari Putrajaya - Selangor - Perak - Kuala Lumpur dan menyelesaikan beberapa tugasan yang merangkumi teka-teki dan aktiviti.
Menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi begitu.
Memang awesome banget ye programnya.
Kami dibahagikan kepada 22 buah kumpulan di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan macam-macam tugasan.
Kumpulan den adalah Bestie.
Empat orang ahli group termasuklah den,
Kak Seri Wangi (www.keunggulanwanita.com),
Kak Mieda Jazz (www.blogmiedajazz.com ) dan
Ayie (www.hellenkiller-timetorest.blogspot.com ).
Kereta Perodua MyVi diletakkan nombor kumpulan kami iaitu 15.
Mantap ye kereta MyVi ni membawa kami menjelajah lebih 528 kilometer sepanjang program 3 hari 2 malam ini.
Ini tidak termasuk kiraan kilometer kami sesat barat lagi hehehehehe.
Kereta comel tetapi pick up mantap dan jimat minyak.
Memang awesome.
Hari Pertama (22 November, Selasa)
Glasshaus, Marina Putrajaya - Selangor Fruit Valley - Bagas Zakaria, Gopeng - Tanjung Tualang Tindredge No 5 - Riverside Camp Gopeng
Pendaftaran program bermula seawal 6 pagi di Glasshaus Marina Putrajaya.
Kami breakfast di sini sambil mendengar ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg Dato' Hj Zainuddin Abd Wahab.
Big boss tourism |
Antara penaja program iaitu Pepsi dan Wanda Coffee |
Meriah ye sesi pelepasan (flag off) semua peserta TOMER 2022.
Kereta kumpulan kami sedang dilepaskan |
Bestie team - dari kiri Ayie, Kak Seri Wangi, den dan Kak Mieda |
Tugasan dalam perjalanan dari Putrajaya ke Check Point 1.
Tugasan A - cari perkataan tersembunyi (Modul Kereta Perodua)
Tugasan B - susun jumble words (tempat-tempat menarik di Putrajaya)
Co pilot team kami |
Gigih ye buat tugasan |
Check Point 1 - Selangor Fruit Valley (SFV)
1. Aktiviti membuat telur masin.
Demonstrasi membuat telur masin yang paling ohsem oleh staff SFV |
Apa yang penting kerjasama.... |
2. Melepak minum air kelapa dan makan buah-buahan tempatan termasuk buah nangcem.
3. Sempat kami bergambar dengan Duta Pelancongan, Seni dan Budaya Gastronomi iaitu Chef Ismail dan Maskot SFV.
4. Berehat mengenang keindahan zaman silam di Rumah Tradisional.
Tugasan dalam perjalanan dari Check Point 1 ke Check Point 2.
Tugasan C - cari perkataan tersembunyi (senarai penaja TOMER 2022)
Tugasan D - teka teki (tempat-tempat di Perak)
Masa buat tugasan ni kumpulan kami sudah mula berfikir di luar bima sakti.
Jadinya jawapan yang pelik-pelik dibuat di sini hehehehehe.
Check Point 2 - Bagas Zakaria, Gopeng
4 aktiviti kami perlu selesaikan di sini:
1) Mengasingkan 3 jenis kacang ala-ala Musang Berjanggut.
2) Mencari 2 biji durian di kebun sebelah.
Sakan semua nak cari durian |
3) Mengopek durian dan makan durian sampai lebam.
Champion team kami |
4) Bergambar dengan rumah tradisional di sini.
Tugasan dalam perjalanan dari Check Point 2 ke Check Point 3
Tugasan E - teka teki (senarai nama kedai di Kg. Kepayang)
Ini tugasan paling susah untuk kumpulan kami yang otak masing-masing sudah terpleot hehehehehe.
Siap dengan sesat jalannya.
Memang sakan sungguh.
Daripada 10 soalan, kumpulan kami dapat 4 sahaja jawapan yang betul hehehehhehe.
Tugasan F - teka teki (harta karun)
Ini tugasan yang paling win rasanya untuk kumpulan kami.
Sakan berfikir di luar kotak siap terbagi maklumat palsu kepada kumpulan Indonesia (niat di hati hendak berkongsi jawapan tetapi tak sangka jawapan yang dikongsi salah la pula hehehehehe).
Harta karun yang paling win adalah sos BBQ sedangkan jawapannya adalah jajan Mr Potato hehehehehehe.
Memang sakit perut ahli kumpulan kami gelak sakan mengenangkan betapa luar biasanya tafsiran kami ke atas teka teki yang diberi.
Daripada sisi yang lainnya, berbeza la sedikit barang keperluan yang akan diberikan pada anak-anak yatim Darul Hikmah tuh kan.
Check Point 3 - Tanjung Tualang Tindredge No 5
Aktiviti mencari jalan keluar di TT5 Maze Park.
Walaupun sesat barat dalam maze tuh kita tetap bergambar |
Beriya-iya kami berfikir di luar galaksi hehehehehe |
Check Point 4 - Riverside Camp Gopeng
Tiada aktiviti yang perlu dibuat bagi mendapatkan markah di sini.
Lebih kepada aktiviti santai dan berehat.
Semua peserta menjamu selera BBQ.
Pembentangan jawapan kepada semua tugasan A - F oleh urusetia.
Simbolik pemberian sumbangan harta karun dan telur itik kepada Rumah Darul Hikmah.
Menonton persembahan api oleh Budak-budak Api.
Hari Kedua (23 November, Rabu)
White water river rafting Sungai Kampar - MATIC Kuala Lumpur - Steg Hotel - Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti yang tidak dijangka iaitu white water river rafting Sungai Kampar sedangkan dalam jadual asal aktivitinya adalah santai dan mandi sungai.
Memang awesome banget ye aktiviti ini.
Seterusnya kami terus bergerak ke Kuala Lumpur untuk aktiviti kemuncak iaitu Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022.
Nanti den buat entry lain untuk Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022 ye.
Hari Ketiga (24 November, Khamis)
Steg Hotel Tour - Kembali ke Marina Putrajaya
Gambar terakhir sebelum memulangkan kereta dan berakhirnya program |
Satu pengalaman yang memang sangat mengujakan bila den berpeluang menyertai TOMER 2022 bersama konco-konco Bestie dan rakan media yang lain.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan program ini.
Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia
Perak Tourism : @tourismperak
KL Tourism : @visitklofficial
Perodua : @perodua
Montanic : @montanic_adventure
Pepsi : @pepsimy
Wonda : @wondacoffee
Steg Hotel : @steghotelkl
Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya
Bagas Zakaria : @bagas.zakariah
Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley
Antara souvenirs program. TShirt sampai 4 helai. Mantap sungguh |
Siap dapat pingat. Cantik plak tuh. |
Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.
Bersama Melestarikan Pelancongan Negara
0 Comments