Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Mesti kebanyakkannya masih dalam mood gembira sebab cuti Isnin nanti kan?

Sekali sekala bila den makan di restoran yang menyajikan makanan yang memang awesome pada tekak den, in sya Allah den usahakan untuk berkongsi di dalam blog den ni ha.

 

Siapa suka makan mee tarik?

Ha….den nak kongsikan sebuah restoran mee tarik halal authentic di Kuala Lumpur.

Taukenya adalah orang Cina Muslim dari negara China.

Jadinya in sya Allah makanannya semua resepi asli dari sana.

Minyak cili merahnya pun dibawa khas dari China.

 

Bagi mereka yang memang suka makanan Cina, Muslim Mee Tarik adalah tempat yang korang wajib singgah kalau korang ke Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Bersama boss Muslim Mee Tarik yang lemah lembut orangnya

Pilihan menunya pelbagai, makanannya ada rasa dan persekitarannya bersih dan selesa.

Terletak pula dalam shopping complex, memang molek sangat singgah makan di sini selepas sakan membeli belah begitu.

Aneka Pilihan Menu

Makanan Cina kebanyakannya diperasakan dengan ramuan serta rempah ratus yang menaikkan aroma makanan dan memberikan rasa tersendiri kepada sesuatu hidangan tersebut.

Mee Tarik adalah makanan tradisional Cina Muslim di Lanzhou, China.

Apa yang istimewanya makanan halal yang satu ini?

Ianya mempunyai resepi rasa unik yang menggabungkan lima satu kuah dan empat warna iaitu:

Satu sup (mi sup)

Dua putih (lobak putih)

Tiga merah (minyak cili merah)

Empat hijau (ketumbar, bawang hijau)

Lima kuning (mee kuning)

Disebabkan nama kedainya adalah Muslim Mee Tarik, makanya menu utama di sini adalah mee tarik itu sendiri.

Terdapat pilihan 17 menu berasaskan mee tarik.

Memang terkesima sekejap membelek mana satu menu mee tarik yang hendak dirasa sebab semua nampak macam sedap hehehehehe.

Bagi mereka yang memang tidak boleh hidup tanpa nasi, jangan risau sebab ada pilihan 7 menu berasaskan nasi.

Side dishes yang boleh ditambah untuk dimakan bersama mee tarik atau nasi juga tersedia 11 menu yang kita boleh pilih untuk menambah rasa kita menjamu selera.

Ada 4 menu untuk kita jadikan kudapan yang den memang sangat sarankan korang cuba sebab den habis makan sepinggan sorang-sorang kot hehehehehehe.

Menu Yang Den Makan

Kalau ikutkan hati den nak mencuba makan hampir semua menu yang ada tapi itu la, kapasiti perut kita ni setakat mana la kan.

Lagipun paras kolesterol telah mencanak-canak naik.

Makanya haruslah ada kesedaran diri di situ ye.

Jadinya den pilih untuk makan tujuh (7) menu yang menurut pemilik kedai merupakan antara menu laku keras yang selalu orang makan di sini.

1. Mee Soup With Braised Beef RM12.80

Yang buat rasa hidangan ini istimewa adalah rasa supnya yang secukup rasa sedang elok gabungan rempah ratusnya.

Aroma supnya boleh buat kita yang tidak beberapa lapar boleh menjadi lapar.

Supnya tidak terlalu pedas.

Sesuai juga untuk kanak-kanak.

Kalau hendak tambah pedas kita boleh tambah minyak cili merah yang tersedia di setiap meja ye.

Daging rebusnya tidak hilang rasa manisnya.

Daging lembut.

Senang hendak makan lagi-lagi untuk orang macam den yang giginya pun udah macam-macam cerita hehehehe.

2. Fried Mee Tarik with Kam Heong RM15.80

Ini memang korang kena cuba sebab menu ini menggunakan mee tarik iaitu signature ingredient bagi Muslim Mee Tarik ini.

Mee tarik ni rasa kenyal dan lembut, rasa asli tepung ramuan mee tarik ini.

Menu ini tidak pedas langsung walaupun diperasakan dengan Kam Heong.

Sesuai untuk kanak-kanak juga menu ini.

3. Toothpick Lamb RM35.80

Daging bebiri yang diperap dengan ramuan asli dan diletakkan pada pencungkil gigi.

Comel je hidangan ini.

Dagingnya lembut.

Memang terasa kelainan rempah resepi dari China ni.

Berbeza dengan rempah ratus masakan Melayu kita yang den biasa makan.

Bijan memberikan extra kick kepada hidangan ini.

Boleh jadikan kudapan juga ni sebab elok terletak pada pencungkil gigi dagingnya.

Hidangan ini memang agak pedas.

Jadinya memang bersulam dengan air je la masa makan ni.

Sesuai juga dimakan dengan nasi putih.

4. BBQ Lamb Skewers (3 pieces RM10)

Ini antara kudapan yang tidak perasan sekejap je habis makan sepinggan heheehehhehee.

Dagingnya lembut.

Rasanya berbeza dengan Toothpick Lamb.

Tidak sama rasa dengan sate atau daging kebab.

Memang lain rasanya tetapi tetap sedap.

Ini memang korang kena cuba.

Satu cucuk memang tidak cukup ye.

Den sorang makan tiga cucuk hehehehehehe.

5. Roasted Chicken Wings (1 piece RM5)

Ini pun korang kena cuba sebab rasa kepak ayam ini memang awesome.

Rasa sedap dengan rasa sihat juga.

Macam mana tuh ye heheheee.

Kepak ayamnya ada rasa rempah dan secukup rasa tetapi tidak rasa masin atau ada perisa tambahan makanan.

Jadinya sedap untuk tekak den.

Ini kalau makan sambil tengok KDrama haruslah tidak cukup 3 cucuk hehehehhhehe.


6. Dumpling Dry RM15.80

Ini den makan sepinggan seorang sekali hadap hhehehehee.

Dumpling nya lembut dan padat dengan inti.

Korang boleh pilih hendak inti ayam, daging lembu atau daging kambing.

Daun bawang memberikan rasa unik dan bau wangi pada hidangan ini.

Memang kanak-kanak boleh makan ni.

Bagi kita orang dewasa ni boleh cicah dengan minyak cili merah untuk rasa yang lebih umpphhhh.

Ini hidangan yang den boleh makan setiap hari sebab sedap dan sihat.

Kalau datang lagi ke restoran ni, ini menu yang den wajib makan lagi.

7. Teh Ba Bao RM5.00

Kalau datang ke mana-mana kedai mee tarik tapi tidak minum Teh Ba Bao macam tak lengkap tau tema makan-makan di kedai mee tarik tuh.

Rasanya memang one of its kind sebab teh hijau ini tidak tawar kerana penuh dengan pelbagai buah-buahan seperti longan, kurma merah, apricot, laici, wolfberry dan bunga chrysanthemum.

Den memang tidak cuba mana-mana menu nasi sebab perut den tidak sebesar perut TRex.

Ini pun tidak dapat makan habis.

Bungkus bawa balik rumah dan sambung makan masa tengok cerita KDrama hehehehehe.

 

Harga pelbagai makanan di sini adalah berpatutan dan mampu milik.

Servis pun cepat ye.

Lepas pesan makanan, dalam den dok main Candy Crush sekupang dua, tiba-tiba eh makanan dah sampai.

Memang cepat betul minuman dan makanan dihantar.

 

Persekitaran Yang Cozy dan Welcoming

Suasana restoran welcoming dengan persekitaran yang ringkas, bersih dan kemas.

Sesuai untuk bersantai dengan keluarga dan teman-teman.

Restoran untuk semua peringkat umur begitu.

Restoran boleh memuatkan dalam 75 orang dalam satu-satu masa.

In sya Allah selesa.

Korang boleh buat reservation awal kalau hendak buat sesi makan-makan dalam jumlah orang yang ramai ye.

 

Masa den makan dalam pukul 5 lebih, ada yang sedang menjamu selera, ada yang datang bungkus, ada rider Grab dan Food Panda keluar masuk.

 

Kalau jalan-jalan cari makan di Kuala Lumpur atau ada kerja di sekitar Pandah Indah, jangan lupa singgah ke Muslim Mee Tarik ini ye.

Tidak kira bersama keluarga tersayang, teman-teman berjimba, rakan sepejabat dan sebagainya, boleh cuba menu authentic mee tarik di sini ye.

In sya Allah ada aneka pilihan juadah yang memang ada rasa pada harga yang berpatutan.

Makanan rasa asli masakan Cina, pelbagai pilihan menu, servis cepat dan harga tidak mengoyakkan dompet. Kombinasi menarik kan?

Alamat restoran Muslim Mee Tarik Pandah Indah

R.G.10 Tingkat Bawah, Mid Point Shopping Complex, Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

https://goo.gl/maps/z8wUgYJGJZAGPKXb8

Waktu Operasi Buka setiap hari 11 pagi - 9.30 malam

Telefon/Whatsapp: 011-21036166

Untuk maklumat lanjut berkaitan restoran ni, selain melayari laman sesawangnya, boleh juga lihat media sosial yang lain ye:

Facebook https://ms-my.facebook.com/muslimmeetarikpandanindah/

Instagram: https://www.instagram.com/muslimmeetarik1234

Selamat menjamu selera di Muslim Mee Tarik apabila datang ke Pandah Indah, Kuala Lumpur ye.


 

0 Comments